Wednesday, October 27, 2010

PRK GALAS: ANTARA TINDAKAN TERDESAK BN UNTUK MENGEKANG KEMENANGAN PAS DI GALAS

GALAS, 26 Okt - Sekatan FRU kepada rombongan pasukan yang mengiring calon PAS memasuki Pusat Penamaan Calon di Pejabat Tanah jajahan Gua Musang adalah sesuatu diluar jangkaan.
Diulas oleh Saifuddin Nasution Setiausaha Agung Parti Keadilan " Saya tidak menafikan terdapat cubaan untuk melengah-lengahkan proses penyerahan borang pencalonan, calon PAS sehingga mengambil masa setengah jam".

Tegasnya, "Sekatan seumpama ini tidak pernah berlaku sepanjang PRK sebelum ini. Tidak pernah berlaku FRU berbaris merintangi jalan sehingga menyekat perarakan calon untuk masuk ke kawasan penamaan.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang menjelaskan "Perkara  tersebut tidak dimaklumkan di dalam sebarang taklimat SPR".

Dalam kejadian yang berlaku pada 9.30 pagi tadi, sekumpulan FRU didakwa menyekat kumpulan pertama yang mengiring calon PAS  dari pimpinan Pakatan Rakyat yang terdiri dari Presiden PAS, YB Tuan Guru Abdul Hadi Awang,Lim Kit Siang Pengerusi DAP Kebangsaan dan Naib Presiden PKR Azmin Ali.

Malah,selepas dipamerkan PAS kebenaran memasuki Pusat Penamaan,mereka tetap dihalang memasuki Pusat Penamaan tersebut.
Ditanya mengenai alasan dan motif kejadian berlaku, Saifuddin enggan memberi sebarang penjelasan.Sebaliknya menyerahkan jawapan dari kejadian tersebut kepada pihak Polis.

"Saya tidak tahu, kita serahkan kepada pihak Polis untuk menjawab",ujar beliau.

Bagaimanapun perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat jentera pakatan Rakyat agar perkara seumpama ini tidak berulang lagi.

No comments:

Post a Comment