Friday, October 22, 2010

ISLAMIC FASHION FESTIVAL - Mana suara NGO ISLAM Malaysia?



Adakah ini merupakan 1 penghinaan kepada ISLAM? 1 ketika dulu kita cukup marah dengan pelukis karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW, tp sekarang pemimpin negara kita pulak yang menganjur program yang menghina syariat ISLAM. Mana Pemuda UMNO yang mati-mati berdemo ketika isu Kalimah ALLAH suatu ketika dulu? Mana NGO seperti PEKIDA, PERKASA, Badan Amal Mesra Kuala Lumpur Dan Selangor (AMAL MESRA), Pertubuhan Warisan Persahabatan Malaysia (SAHABAT), dan lain-lain? Kenapa sampai sekarang senyap seribu bahasa??? Adakah pada pandangan mereka dengan menjadi penganjur ISLAMIC FASHION FSTIVAL ini mendaulatkan ISLAM? Musuh-musuh ISLAN tersenyum, kerana selepas ini, mereka x perlu lagi memburuk-burukkan ISLAM dengan mengupah pelukis-pelukis kartun untuk menghina ISLAM kerana orang yang mengatakan dia ISLAM sanggup untuk mengambil tugas mereka.


PEMUDA PAS TAMAN EHSAN bersetuju dengan DEWAN PEMUDA PAS PUSAT mengutuk & mengecam tindakan tindakan Rosmah Mansor yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. apabila salah satu fesyen mereka melukis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka. Kita juga mendesak Rosmah bertaubat dan minta maaf kepada umat Islam secara terbuka kepada seluruh umat ISLAM terutamanya di Umat ISLAM di MALAYSIA.

Pada festival tersebut, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat. Pakaian yang diperagakan itu bukan pakaian Islam tetapi pakaian wanita jalang dan jahiliah.




Kami sebagai rakyat Malaysia yang beragama ISLAM malu dan kesal dengan tindakan ROSMAH sebagai Penaung kepada FESTIVAL BUSANA MUSLIM @ ISLAMIC FASHION FESTIVAL yang memalukan dan berniat jahat terhadap ISLAM. Oleh itu, marilah kita menzahirkan kekecewaan, mengutuk keras dan menggesa ROSMAH MANSOR selaku isteri kepada NAJIB dengan menyertai himpunan aman terhadap ROSMAH MANSOR atas tindakannya yang menghina syariat ISLAM. 


Masih adakah rakyat Malaysia yang masih mengatakan UMNO memperjuangkan @ memartabatkan ISLAM? Fikir-fikirkanlah......... 






2 comments:

  1. Rupa-rupanya UMNO sendiri yg menghina Islam...

    ReplyDelete
  2. bukan takat tu,..tulisan nabi kita direka letak pada bahagian sulit wanita. macam takde tempat lain nak letak. sangat menghinakan!!

    ReplyDelete