Tuesday, October 19, 2010

BONUS UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN SEBENARNYA ADA KALAU BN BIJAK MENGURUS KEWANGAN & SERIUS UNTUK MEMBANTU RAKYAT...

Tertarik dengan alasan Najib mengenai kenapa bonus sebulan gaji tidak diberikan kepada kakitangan kerajaan. Kerajaan akan menanggung perbelanjaan RM 3.1 billion jika diberikan bonus sebulan gaji kepada semua kakitangan kerajaan. Pastu, media perdana milik kerajaan semua menghebahkannya seolah-olah rakyat Malaysia ni bodoh & dungu seperti mereka. Ditambah pulak dengan ulasan-ulasan pembodek-pembodek kerajaan kononnya tindakan kerajaan tidak memberikan bonus adalah tindakan yang tepat... Aduh! apalah nasib rakyat Malaysia kerana mempunyai pemimpin & "cerdik-pandai" yang bengap lagi bangang. Dan yang lebih malang plak, ada suara-suara yang menyuruh kita bersyukur dengan apa yang diberikan oleh kerajaan. Otak yang Allah kurniakan untuk digunakan sebaik mungkin seolah-olah diletakkan di kepala lutut. Nilah kesannya jika budaya mengampu diamalkan berterusan sehinggakan alasan bangang dan bodoh ni pun dikatakan betul & bernas.

Jika benar rakyat didahulukan, kenapa alasan sebegini yang diberikan? Tidak lain & tidak bukan, hanyalah untuk memperbodohkan rakyat seperti mana kebodohan-kebodohan mereka. Sekarang ni, rakyat tidak lagi sebodoh yang diorang sangkakan... Berbalik kepada bonus, jika kerajaan BN serius untuk membantu kakitangan kerajaan khususnya dan rakyat Malaysia amnya, sebenarnya peruntukan untuk bonus sebulan gaji ada jika kewangan negara diuruskan dengan bijak dan tidak mengamalkan kronisme seperti yang berlaku sekarang. Cuba kita lihat, berapa banyakkah kerugian tang ditanggung oleh kerajaan akibat dari kegagalan projek-projek mega sebelum ni? Dibawah ni list-list contoh ketidak bijaksanaan kerajaan dalam mengurus wang negara sehinggakan jika dijumlahkan semuanya kemungkinan menyamai dengan RM3.1 billion:

1. Berapa subsidi kepada IPP -  RM20 bilion. 
2. Berapa jumlah disebabkan rasuah, penyelewengan, ketirisan, stadium runtuh? - RM20 bilion 
3. Tambah lagi: Iklan Rosmah di USA = RM1.5 juta 
4. Belanjawan makan2 1 Malaysia = lebih kurang 5 juta 
5. Belanja sponsor 100 persen 1Lady seminar = berapa juta pulak? 
6. PKFZ hangus = 10 billion 
7. Pampasan jambatan bengkok: RM224 juta 
8. Budget untuk Menara Warisan PNB - RM 5 billion
9. Projek-projek lain yang direct nego oleh governmet - RM???

Kesimpulannya, budget untuk bonus memang ada. Memang Najib tidak ingin untuk beri dan hendak menipu rakyat. Ok lah, mungkin akan ada yang mempertikaikan, takkan semua RM3.1 billion nak habiskan untuk bonus? Pada pandangan saya, tidak perlulah...  berikan sebulan bonus ikut gred gaji. Mungkin mana-mana kakitangan kerajaan yang gajinya lebih dari RM10 ribu, tidak perlu dibagi bonus, kerana gaji mereka ni sudah besar, lebih RM 5 ribu, mungkin 1/2 bulan bonus dan yang kurang RM 5 ribu, dapat sebulan bonus. Saya percaya, kebanyakkan kakitangan kerajaan yang gajinya kurang daripada RM5 ribu ni la yang terlalu mengharapkan bonus sebulan gaji. Jika dilihat ganjaran RM500 yang diberikan pun diberikan ikut gred gaji J54 dan ke bawah je dapat... tang ni, bleh plak Nakib pikir???

Akhir sekali, sedarlah wahai rakyat Malaysia, bukakanlah pintu mata hati mu... cukup-cukuplah kita diperbodohkan oleh pemimpin-pemimpin negara sekarang ni... Masa ni lah masa yang terbaik untuk melakukan perubahan.... Renung-renungkanlah 50 tahun akan datang, apakah nasib negara kita yang tercinta ini masih dimonopoli oelh orang-orang yang tamak haloba mengurus negara? Janganlah kita dipersalahkan oleh cucu cicit kita kerana kita tidak berani  melakukan perubahan sehinggakan kita meninggalkan bumi Malaysia ini dalam keadaan yang amat parah. Sekarang ni pun Allah SWT dah tunjukkan 1 persatu kesannya jika kita tidak melakukan perubahan sekarang, lambakan anak zinanya,  keruntuhan akhlak muda mudi yang serius... cumanya Allah belum turunkan bala yang besar seperti ribut taufan, banjir besar dan lain-lain lagi yang akan menghancurkan umat manusia  seperti kaum-kaum sebelum ini. Ambillah iktibar dari kaum-kaum terdahulu yang mana Allah telah ranapkan mereka daripada muka bumi ini seperti Kaum Luth, Fir'uan, kaum Nabi Nuh dan lain-lain lagi... Kita kena bersyukur kerana menjadi umat Nabi Muhammad SAW kerana Nabi junjungan kita pernah berdoa kepada Allah agar jika hendak ditimpakan bala atas apa yang ummat Ku lakukan sehinggakan mendatang murka kepaa Mu Ya Allah, janganlah Engkau turunkan bala seperti umat-umut yang terdahulu...

- Berubah sebelum parah!!!

Khairulanuar
1.30am


No comments:

Post a Comment