Thursday, October 21, 2010

Hutang isi rumah di Malaysia tertinggi di Asia


Ketika dalam perjalanan ke tempat kerja pagi semalam, saya tertarik dengan slot salah satu siaran radio swasta yang membincangkan isu hutang isi rumah rakyat Malaysia adalah yang tertinggi di Asia dalam suasana nafas baru budget 2011 yang dibentangkan oleh PM.  Menurut laporan tahunan 2009 Bank Negara Malaysia (BNM), hutang isi rumah dilaporkan meningkat kepada 76.6 peratus bagi tahun ini iaitu yang tertinggi di Asia daripada 63.9 peratus KDNK pada 2008. Adakah rakyat Malaysia memang suka berhutang atau terpaksa berhutang akibat tekanan kos sara hidup yang semakin meninggi sekarang?(Link)

Jika dilihat dari keadaan semasa sekarang, mungkin ada sesetengah rakyat Malaysia memang suka berhutang, tapi banyak juga yang terpaksa untuk berhutang demi kelangsungan hidup. Contohnya, graduan universiti, belum pun dapat kerja yang tetap & menjamin telah dibebankan dengan hutang PTPTN yang mana rata-ratanya melebihi 10k. Saya mengambil contoh yang paling minima kerana bagi graduan universiti awam, paling kurang akan berhutang RM 9k, pinjaman separuh PTPTN iaitu RM3K untuk setahun. Jika pengajian 3 tahun, jumlah pinjaman RM 9K. Habis je pengajian, setiap graduan bukan sahaja mendapat sijil, diploma atau ijazah mereka, malah mereka juga mendapat sijil HUTANG dari PTPTN. Sijil inilah yang akan menghantui mereka setelah mereka tamat belajar nanti. Ini baru satu contoh golongan yang terpaksa berhutang, malah banyak lagi golongan yang memerlukan bantuan & perhatian daripada pemimpin-pemimpin negara.

Tidakkah kepimpinan negara tahu akan permasalahan ini? Persoalannya, jika dilihat kepada bajet 2011, apakah kandungan bajet yang dibentangkan dapat membantu golongan seperti ini? Alangkah baiknya jika, budget yang dibentangkan dan diluluskan dapat mengambil kira akan hasil kajian seperti ini. Mungkin sewaktu peringkat perancangan bajet, pemimpin-pemimpin negara terlepas pandang atau buat-buat tidak tahu dengan isu ini. Yang penting bagi mereka, macam mana untuk mencari-cari lubang duit untuk dipenuhkan ke kocek masing-masing daripada memikirkan rakyat. Biarlah rakyat hidup dikelilingi hutang dan mati dalam keadaan berhutang.

Jika ditanya kepada rakyat, perlukan kita membina bangunan yang besar-besar, projek-projek mega. Hanya golongan yang berkepentingan dan buta mata hati sahaja yang mahukan. Golongan kebanyakkan akan mengatakan tidak. Cukup-cukuplah seperti projek-projek mega yang lepas. Setiap kali kerajaan mengumumkan sesuatu projek mega, yang akan melonjak kegembiraan hanyalah kroni-kroni dan suku sakat yang berkaitan dengan pemimpin-pemimpin BN. Projek yang akan mengeyangkan perut mereka walaupun rakyat terpaksa menanggung kelaparan dan berhutang keliling pinggang. Secara rasionalnya, atas dasar apa kita perlukan Bangunan Warisan yang mempunyai 100 tingkat? Bangunan-bangunan pencakar langit di bandaraya Kuala Lumpur yang ada pun banyak yang kosong. Tidak berpenghuni, hanya berdiri megah di tengah-tengah bandar tanpa penghuni. Ibarat hidup malu, mati tak mahu. Last-last jadi sarang pembiakan penagih-penagih dadah. Tidak cukupkah bangunan pencakar langit seperti Petronas Twin Tower dan yang lain-lain sebagai lambang kemajuan Malaysia??? Yang sedapnya, kroni-kroni yang membuatnya, dapat je projek, sub kepada kontraktor bukan bumiputera. Yang bumi ni, hanya gunakan nama sahaja, kontraktor ALI BABA. Pengarah orang Melayu, yang ibawahnya semua non bumi. Cukup bulan dapat duit, untung atas angin.

Sekarang ni, kebanyakkan rakyat Malaysia hidup dalam ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Pendapatan bulanan yang dapat setiap akhir bulan hanya transit dalam akaun bank hanya untuk beberapa ketika sahaja. Terpaksa mengikat pinggang, kerana hutang keliling pinggang. Ditambah pulak sekarang dengan kenaikan harga barang keperluan-keperluan. Pernahkah kerajaan terfikir akan masalah yang dihadapi oleh rakyat? Dalam keadaan seperti ini pun, kerajaan ada hati nak gunakan GST(Goverment Service Tax) kepada rakyat. Berterima kasihlah kepada Allah kerana masih sayangkan kita dengan mengurniakan Pakatan Rakyat yang membela rakyat sehinggalah GST ditangguhkan. Ditangguhkan??? adakah ini bermakna kerajaan Malaysia sekarang masih mengintai-intai ruang yang sesuai untuk mengerat rakyat untuk melaksanakan GST??? Keputusannya ada pada tangan kita... Ya, kitalah penentu segala-segalanya... dengan tangan-tangan kita inilah yang akan menentukan adakah kita akan dikerat atau tidak oleh regim BN yang rakus untuk merampas hak rakyat. Oleh itu, gunakanlah kekuatan yang kita ada untuk membuat pilihan yang tepat.

Tapi sayang, masih ramai rakyat yang masih belum sedar. Lena diulit dengan kemewahan yang di hidangkan di depan mata walaupun bukan milik mereka. Bagi mereka, dengan adanya bangunan pencakar langit, sudah cukup membanggakan walaupun tidak sesen pun dapat kat mereka, ataupun tidak sedikit pun memanfaatkan kepada mereka. Tidakkah kita terfikir, alangkah bagusnya jika 5 billion yang diperuntukkan untuk membina Warisan 100 tingkat itu digunakan untuk membantu kepada pelajar-pelajar di universiti awam @ swasta dgn menggantikan PTPTN tu sebagai biasiswakan lebih bermanfaat? Bukankah ciri-ciri negara yang berkebajikan adalah kerajaan yang memberikan pendidikan, perubatan percuma kepada rakyat? Rakyat akan lebih bersyukur, jika pendidikan & perubatan diberikan percuma... Akhir sekali, marilah kita melakukan perubahan, perubahan yang lebih baik daripada sekarang. Jangan kita biarkan pemimpin yang tamak haloba mengambil hak kita sebagai rakyat Malaysia.



No comments:

Post a Comment