Sunday, August 29, 2010

Gambar2 Pencemaran Masjid di Dunia - termasuk Syeikh Azhar

Ketika dunia Islam lain bergerak pantas menggamit umat manusia kepada Islam tetapi pemerintah UMNO masih lagi bagai katak didalam gelas kaca. Mereka melihat perkembangan drastik orang memeluk Islam khususnya di Eropah dan Amerika hatta menjangkau 200% tetapi di Malaysia, Islam di ISAkan oleh UMNO. Terkongkong dalam selaput yang dicipta oleh UMNO sendiri. Sudahlah perkembangan Islam lambat bahkan ramai pula orang melayu yang murtad. Ini disebabkan sikap dan cara berpolitik UMNO yang tidak menguntungkan Islam tetapi hanya sekadar keuntungan sementara yang ingin diraih oleh UMNO-BN. Sentiasa mengapi-apikan perbalahan agama dan kaum demi meraih politik murahan.

Ketika Majlis fatwa telah mengeluarkan hukum berkait keharusan bukan Islam mengunjungi masjid sebagaimana yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.

2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.

3. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.

4. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza.

Dan memang itu pun yang dilakukan oleh umat Islam diluar Malaysia yang merupakan amalan yang dilakukan sendiri oleh Rasulullah Saw dan para sahabat. Masjid merupakan pusat pemerintahan, pusat pentadbiran, pusat kehakiman, tempat ibadah, tempat pertemuan duta-duta asing yang ingin menemui Rasulullah Saw maupun khalifah selepas baginda.

Kita lihat gambar-gambar dibawah bagaimana menggambarkan perkembangan dakwah yang pesat terhadap mereka yang bukan Islam yang menjadikan masjid sebagai pusat maklumat dan penyebaran Islam dinegara selain Negara kita. Bagi UMNO semua ini adalah pencemaran terhadap kesucian masjid dan penghinaan terhadap Islam.

1. Masjid Lakemba di Sydney yang merupakan antara tertua dan terbesar. Mereka mengundang bukan Islam serta memberi penjelasan berkait kekeliruan tentang Islam. Mereka sentiasa mengadakan hari terbuka yang member banyak manfaat dakwah. Sheikh Yahya Safi, sebagai imam yang merupakan kelahiran lubnan menyebut ianya memberi ruang untuk berdialog serta menolak salah-faham terhadap Islam. Bahkan ramai yang terbuka hati dan mendapat hidayah dan memeluk agama Islam



2. Lebih 2,000 masjid di Jerman telah mengadakan Hari khusus pada hari Rabu dan terbuka kepada umum termasuk bukan Islam untuk mengunjungi masjid, melihat ibadah umat Islam dan bertanyakan tentang Islam.


3. 3 May 2010, pihak Masjid Makkah di United Kingdom telah mengadakan pameran Islam secara tahunan dan dikunjungi oleh rombongan setiausaha kerajaan Alan Johnson. Mereka sempat melawat dan megadakan dialog dan perbincangan didalam masjid tersebut.
4. Sempena Ramadhan The Golden Mosque Lower Sheriff Street, Rochdale telah mengadakan hari terbuka dengan mengundang orang ramai termasuk bukan Islam untuk berbuka puasa dan mendapat taklimat tentang islam didalam masjid yang dikendalikan oleh imam selaku pengerusi masjid iaitu Tahir Mahmood.

5. Pusat Islam London .Terletak di Regent Park yang sibuk dengan orang-ramai khususnya hari jumaat yang menampung 10,000 jamaah. Para pelawat akan diberi penerangan oleh Pegawai Perhubungan Awam pusat Islam tersebut iaitu Omar Saddique. Beliau memberi penjelasan tentang Islam dan setiap persoalan yang diutarakan oleh para pelawat didalam masjid tersebut.

6. Di Durban, Masjid dan selaku Pusat Islam yang pernah diasas dan dikelolakan oleh Syeikh Ahmad Deedat iaitu IPCI, seorang pendakwah tersohor telah menyediakan hari lawatan khusus kepada non muslim sebagai Mosque Tours dan memberi penjelasan tentang ibadah dan penerangan tentang islam dan perbandingan agama. Khususnya amalan para nabi yang ditinggalkan oleh Yahudi dan nasrani tetapi diamalkan oleh umat Islam seperti membuat kasut sebelum masuk ke tempat suci (masjid), berwudhu dengan membersih diri, kiblat, cara iabadah dengan sujud dan ruku’ yang merupakan amalan para nabi semenjak bani Israel lagi. Ramai yang tertarik dan akhirnya memeluk Islam disitu.

7. Lihat bagaimana Obama sendiri yang menziarahi masjid turut membuka kasut beliau untuk masuk ke ruang solat. Bahkan Pope sebagai ketua agama Kristian Khatolik juga masuk ke masjid dalam lawatannya ke negara Arab. Kalau berlaku di Malaysia nescaya berlakulah kiamat.

8. Masjid al-Azhar sendiri membenarkan pelawat bukan Islam memasuki ruang dalaman masjid termasuklah Putera Charles dan Lady Diana dengan ditemani oleh Syeikh Azhar ketika itu iaitu Syeikh Tantawi. Kalau kat Malaysia mungkin Majlis Agama menghambat mereka kot?.
Bahkan banyak masjid-masjid lain diseluruh dunia menganjurkannya. Termasuk di Malaysia sendiri kecuali apabila timbulnya isu YB DAP dari parlimen Serdang Teo Nie Ching dengan kejadian masuk ke Surau Huda di Kajang. Beliau telah mendapat keizinan drp pihak pengurusan surau utk memasuki ruang solat bagi menyampaikan bantuan kpd surau tersebut dan bukannya member tazkirah tetapi sekadar ucapan sempena pemberian bantuan kepada surau tersebut. Beliau juga turut berbuka puasa bersamaah muslimat disitu. Ia telah dipolitikkan oleh UMNO-BN sebagai mencemari tempat suci Islam.
Apakah hukumnya yang sebenar?

Hukum bukan Islam masuk MASJIDIL HARAM
Majoriti ulama melarang bukan Islam memasuki masjidil haram atas larangan yang terdapat di dalam ayat al-Quran:-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلاَ يَقْرَبُواْ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَـذَا
Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu kotor, maka janganlah mereka mendekati Masjidil haram sesudah tahun ini.. (At-Taubat : 28)

Berdasarkan dua ayat ini, majoriti ulama dari kalangan mazhab maliki dan Syafie melarang bukan Islam memasuki Masjidil Haram, namun demikian dibenarkan bagi ahli Kitab (Kristian dan Yahudi) untuk memasukinya dengan syarat-syarat tertentu.

Satu lagi adalah :-

أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَقْرَبُواْ الصَّلاَةَ وَأَنتُمْ سُكَارَى حَتَّىَ تَعْلَمُواْ مَا تَقُولُونَ وَلاَ جُنُبًا إِلاَّ عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىَ تَغْتَسِلُواْ
Ertinya : "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu salat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri mesjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekedar berlalu saja." ( 4:43 )

Imam Abu Hanifah pula menyatakan non-muslim dibenarkan untuk memasuki masjidil haram sekadar lalu, namun tidak dibenarkan untuknya duduk dan menetap di sana (sebagaimana sebahagian umat Islam); ini kerana beliau berpandangan, ‘kotor' yang disebut di dalam ayat itu hanyalah membawa maksud kekotoran syirik yang melibatkan hati bukannya kekotoran fizikal. Lebih dari itu, Ibn Hajar menyatakan mazhab Hanafi membenarkan bukan Islam memasuki masjid tanpa syarat.
Imam Ahmad Hanbal pula menyatakan bukan Islam hanya dibenarkan untuk memasuki masjidil haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan-tujuan yang munasabah seperti pembinaan dan maintainance. Beliau mengambil dalil iaitu penduduk Taif dibenarkan oleh nabi s.a.w untuk menetap dan tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam.
Rasulullah juga diriwayatkan menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah ketika itu mereka juga diizinkan oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid, nabi menyebut kepada sahabat
"Biarkan mereka (untuk menyelesaikan sembahyang mereka)"
Selain itu, Imam Al-Bukhari juga ada membawakan sebuah hadis yang menyebut bagaimana seorang bukan Islam bernama Thamamah ibn Athal, diikat oleh Rasulullah di dalam masjid (ditangkap atas kesalahan tertentu),

بعث رسول اللَّهِ خَيْلًا قِبَلَ نَجْدٍ فَجَاءَتْ بِرَجُلٍ من بَنِي حَنِيفَةَ يُقَالُ له ثُمَامَةُ بن أُثَالٍ فَرَبَطُوهُ بِسَارِيَةٍ من سَوَارِي الْمَسْجِدِ
Ertinya : Rasulullah s.a.w menghantar seorang berkuda di arah Najd, maka terlihat seorang lelaki dari Bani Hanfiah ( sedang mengintip) yang bernama Thumamah Bin Uthal, lalu diikatnya di satu tiang dari tiang-tiang masjid ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )
Selepas tiga hari, akhirnya setelah dia melihat bagaimana umat islam beribadah dan keramahan umat Islam kepadanya yang sentiasa bertanya keadaannya, dia akhirnya memeluk Islam kerana tertawan melihat keindahan kehidupan dan ibadah umat Islam.
HUKUM MASUK MASJID SELAIN MASJIDIL HARAM
Imam Ibn Hajar Al-‘Asqolani ketika menghuraikan isu ini mengatakan mazhab Maliki tetap MELARANG bukan Islam memasuki masjid manakala Mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi membenarkan bukan Islam untuk memasuki masjid-masjid lain dengan syarat-syarat tertentu. Beliau juga menegaskan kebenaran ini cukup kuat dari dalil tawanan perang bernama Thumamah tersebut.
Imam Nawawi menghuraikan :
Melihat kepada hadis ini, harus hukumnya mengikat tawanan dan menahannya serta harus juga seorang yang bukan Islam untuk memasuki masjid. Mazhab Syafie : menyatakan keharusannya dengan syarat terdapat keizinan dari umat Islam sama ada kafir itu dari kalangan ahli Kitab atau selainnya. Namun Khalifah Umar bin Abd Aziz, Qatadah dan Imam Malik tidak mengharuskannya. (Syarah Sohih Muslim, 12/87)
Imam Al-Mawardi As-Syafie membawakan pula teks kata-kata Imam Syafie dalam hal ini iaitu :-
ولا بأس أن يبيت المشرك في كل مسجد إلا المسجد الحرامErtinya : Tiada masalah untuk seorang bukan Islam menetap di setiap masjid kecuali masjidil Haram. ( Al-Hawi Al-Kabir, 2/268)
Permasalahannya hanya satu kerana si pelaku bukan UMNO. Kalau UMNO dia menjadi halal semata. Ketika orang lain dilarang berceramah didalam masjid tetapi untuk UMNO halal. Ketika orang lain haram mendedahkan aurat dalam masjid tetapi jika UMNO jadi halal. UMNO nampaknya hanya layak menjadi terompah untuk ke jamban masjid sahaja. Inilah sebenarnya punca pencemaran terhadap Islam di Malaysia sebagai wakil penjajah selepas kemerdekaan. Munasabahlah mereka mengambil APCO Zionis sebagai penasihat hanya untuk mengkucar-kacirkan umat Islam di Malaysia. Penaja 1 Malaysia ini sebenarnya pengamal teroris di Malaysia.

- http://ustsaifulbahri.blogspot.com
Read more...

Isu Aurat Dalam Masjid. Cuba anda semua perhatikan dua gambar ini dan nilaikan sendiri isu ini seadil-adilnya.




Read more...

RAMAH MESRA PEMUDA PAS TAMAN EHSAN & IFTAR BERSAMA YB SALAHUDIDIN AYUB, NAIB PRESIDEN PAS






Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT kerana Ramadhan kali ini, Pemuda PAS Taman Ehsan berpeluang untuk beramah mesra & iftar bersama Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub di Masjid Subang Perdana pada 17 Ramadhan 1431H. Sifat keramahan & kesederhaan beliau amat dikagumi. Tidak memerlukan layanan VIP, sifat seperti inilah yang tidak terdapat pd mana2 pimpinan UMNO. Agak2lah, kalau Naib Presiden UMNO yang datang, mesti ada carpet merah, penuh dengan polis2 untuk jg keselamatan ataupun paling kurang catering. Berbanding dengan pimpinan Parti Islam, PAS. Apa yang dihidang, itulah yang dijamah dengan penuh kesyukuran.












































Read more...

Saturday, August 28, 2010

Bangkit Perkauman untuk Tutup Kehilangan RM52 bilion

GEORGETOWN, 27 Ogos: Tindakan Umno mengapi-apikan isu perkauman dan agama adalah cubaan menutup skandal kehilangan RM52 bilion saham Bumiputera, kata Lim Guan Eng.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata demikian sebagai mengulas isu perkauman yang cuba dihangatkan Umno pada pada waktu ini.

"Mereka mengapi-apikan pelbagai isu perkauman supaya menutup skandal RM52 bilion.

"Dari RM54 bilion yang diberikan kepada Bumiputera sekarang hanya tinggal RM2 bilion sahaja," ujarnya semalam selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

"Itulah sebabnya mereka mainkan isu-isu berkaitan agama dan perkauman ini, supaya isu sebenar boleh ditutup."

Sambil mendakwa Umno mengkhianati kepentingan orang-orang Melayu dan Bumiputera, Setiausaha Agong DAP itu turut mempersoal keengganan Umno BN untuk menubuhkan suruhanjaya diraja menyiasat punca ekuiti Bumiputera tinggal RM2 bilion sahaja.

"Siapa yang kebas RM52 bilion saham Bumiputera ini, tentulah Umno BN.

"Adakah disebabkan itu, mereka tidak mahu menubuhkan suatu siasatan suruhanjaya di raja," soal beliau di Ibu Pejabat PKR, Tropicana, Petaling Jaya.

Sehubungan itu, beliau menganggap DAP, PAS dan PKR atas muafakat Pakatan Rakyat wajar bersatu untuk menentang permainan politik Barisan Nasional itu.

"Kita boleh bersatu melawan kemungkaran yang dicerminkan oleh Barisan Nasional, baik Umno, MCA atau MIC," katanya lagi.

Sidang media tersebut turut disertai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Sebelum pada itu, beliau turut mengaku bahawa beberapa pemimpin DAP memang mempunyai perbezaan pendirian berhubung cadangan PAS melaksanakan hudud.

Namun, katanya itu hanya perkara kecil dan Pakatan lebih mengutamakan agenda menentang kemungkaran yang dilakukan dalam Umno BN dari mempopularkan idealogi kepartian masing-masing.

29 Mac lalu, Guan Eng di Dewan Rakyat mempersoal integriti Umno BN ekoran kehilangan RM52 bilion itu.

Persoalan itu lanjutan Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan mendedahkan bahawa ekuiti Bumiputera hanya tinggal RM2 bilion sahaja.

Menurut Guan Eng juga, ekuiti Bumiputera mampu meningkat sebanyak 45 peratus melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) sekiranya Umno tidak mengkhianati amanah rakyat, khususnya orang-orang Melayu.
Read more...

Thursday, August 26, 2010

40 ulama ketuai Munajat Royalti Kelantan

KOTA BHARU, 25 Ogos: Seramai 40 ulama akan mengetuai Munajat Royalti Kelantan bagi memohon tuntutan hak royalti minyak kerajaan negeri itu dikembalikan kerajaan Pusat.

Program secara berkala yang dijangka bermula Disember ini adalah dianjur sekretariat khas royalti yang di bawah Gerakan Bertindak Kebalikan Royalti Minyak (Gegar).

Ketua NGO itu, Md Zulaimi Kazin, dalam sidang medianya memberitahu sebahagian besar anggota mereka disertai oleh para ulamak dari beberapa buah pondok, terutama dari Madrasah Diniah Bakriah, Pondok Pasir Tumbuh.

Menurutnya, seketeriat yang dipengerusikan Tuan Guru Hussin Ibrahim, dari Pondok Lubuk Tapah Pasir Mas itu, diadakan bertujuan untuk menyampaikan mesej rakyat menuntut royalti itu melalui golongan ulamak.

Ujarnya, 40 ulama yang akan menyertai misi ini dipilih berdasarkan jasa dan khidmat yang dicurahkan bagi pembangunan ilmu agama di negeri Kelantan.

“ Pemilihan ulama tersebut di buat dari kalangan ulama dipondok-pondok, ulama kawasan dari Dewan Ulama PAS dan ulama di kalangan ahli akademik,” ujarnya lagi.

Tambahnya, para ulama berkenaan juga akan mendoakan kelancaran proses tuntutan di mahkamah sekiranya tuntutan itu dibawa ke peringkat tersebut.

“Paling penting misi ini akan menyampaikan mesej yang jelas kepada kerajaan Pusat dan Petronas bahawa rakyat Kelantan turut bangkit menuntut hak mereka.

40 ulama tersebut juga katanya akan mendoakan dan bermunajat secara individu selama 40 hari berturut-turut di Kelantan dan kemuncak munajat akan dilakukan selama 40 waktu di Baitullah di Makah.

Sehubungan itu, semua warga negara yang perihatin terutama rakyat Kelantan diseru menyalurkan sumbangan untuk menjayakan program tersebut.

Kutipan sumbangan akan bermula 1 Syawal bersamaan 10 September sehingga 30 November ini.

- Harakah daily
Read more...

Tuesday, August 24, 2010

IFTAR PEMUDA PAS TAMAN EHSAN

21 Ogos 2010, Sabtu - Iftar pemuda PAS Taman Ehsan telah disertai bersama oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang dalam siri ziarah DPPKS ke cawangan-cawangan. Majlis Iftar ini dimulakan dengan solat Asar berjemaah dan disusuli dengan kuliah ilmu oleh ust Mohd Irwan sebelum berbuka puasa. Majlis iftar diteruskan dengan solat maghrib berjemaah, kemudian ramah mesra DPPKS dengan pemuda caw Taman Ehsan sambil menghadap hidangan nasi beriani dan diteruskan dengan solat isyak, tarawikh berjemaah. Selepas solat tarawaikh, tazkirah disampaikan oleh Ust Malek Tapah. Majlis iftar kali ini disudahi dengan perbincangan dan soal jawab hala tuju dan program yang akan dilaksanakan pemuda cawangan tman Ehsan dan DPPKS. Alhamdulillah, majlis Iftar kali ini, memdapat sambutan yang menggalakkan. Dan diharapkan Iftar Pemuda PAS Cawangan Taman Ehsan Kali Ke2  pada 28 Ogos ini, akan lebih meriah dengan kehadiran yang lebih ramai. Sekian




Read more...

Qada' Fidyah - Kiraan Fidyah Secupak (KULIAH ILMU UST MOHD IRWAN, IFTAR PEMUDA PAS TAMAN EHSAN)

21 Ogos 2010, Sabtu - Pemuda PAS Taman Ehsan telah berjaya menganjurkan iftar ramadhan yang pertama. Majlis iftar ini dimulakan dengan Solat Asar berjemaah dan diteruskan dengan kuliah ilmu bertajuk Qada' Fidyah: Bagaimana kiraan nya? yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Irwan. Dalam kuliah tersebut, Ust Irwan telah menerangkan dengan mendalam mengenai qada fidyah yang mana terdapat  3 fasal iaitu golongan2 yang meninggalkan puasa, bagaimana untuk mengira secupak beras dan kaedah menyelesaikan fidyah yang tertunggak (Kaedah pengajian2 pondok ).

FASAL 1: 4 GOLONGAN YANG MENINGGALKAN PUASA

1. Tidak wajib qada' & tidak wajib fidyah - Org yg meninggal dalam bulan ramadhan juga.

2. Wajib qada' sahaja (tahun pertama) - Contohnya jika seseorang itu tinggal 5 hari puasa pada tahun 2009, maka ia perlu mengqada'kan dlm tahun itu juga, bermakna nermula 1 Syawal sehinggalah 30 syaaban berikutnya. Jika ia tidak menqadakannya, maka tahun berikutnya, ia perlu membayar fidyah. Dan fidyah akan berganda mengikut tahun selagi mana ia tidak mengqada'kan puasa yang ia tinggal.

Tahun 2009 - Aminah tinggal puasa kerana uzur syarie' sebanyak 5 hari
           Bermula 1 syawal sehinggalah 30 Syaaban ia perlu mengqadakannya jika tidak mahu dikenakan
           fidyah ( 5 qada' / 0 fidyah)

Contoh:
Tahun 2010 - Apabila masuk Ramadhan 2010, jika Aminah masih tidak mengqadakannya, maka aminah
          wajib membayar fidyah mengikut hari yang dia tinggal puasa. (Dlm contoh yg diberi 5 hari, maka
          fidyah yang wajib dibayar adalah 5 cupak beras) (5 qada'/5 fidyah)

Tahun 2011 - Jika masuk Ramadhan 2011, Aminah masih tidak lagi mengqada'kan puasa yang ia tinggal
          pada 2009, maka selepas ramadhan 2011, ia wajib mengqada'kan 5 hari puasa yg ia tinggal dan
          membayar fidyah sebanyak 10 cupak beras. (Berganda) (5 qada'/10 fidyah)  dan begitulah tahun2
          berikutnya selagi mana ia tidak menggantikan puasa yang ia tinggal.

3. Wajib bayar fidyah sahaja.
       Iaitu golongan orong tua yang uzur & orang sakit (TANPA HARAPAN SEMBUH). Ulama'
       bersependapat, orang yang mengidap penyakit kegagalan buah pinggang (dialysis) tidak perlu untuk
       mengqada'kan puasa dan wajib membayar fidyah sahaja.

4. Wajib Qada' & wajib fidyah - Perempuan2 yang mengandung @ yang menyusukan anak. Tidak berpuasa
       kerana untuk menyelamatkan nyawa

FASAL 2 : KIRAAN FIDYAH SECUPAK BERAS

Contoh kes: Rosidah sekarang berumur 32 tahun. Bermula dari beliau akil baligh (berumur 12tahun) sehingga sekarang, beliau tidak pernah mengqada'kan puasanya. Pada tahun ini, beliau tersedar, yang beliau perlu mengqada'kan puasanya. Berapakan jumlah fidyah yang perlu beliau bayar?

Wajib start puasa berumur 12 tahun

     12 - 30 hari tidak berpuasa      
     13 - 60 cupak beras                   23 - 360
     14 - 90                                       24 - 390
     15 - 120                                     25 - 420
     16 - 150                                     26 - 450                  
     17 - 180                                     27 - 480                        
     18 - 210                                     28 - 510                        
     19 - 240                                     29 - 540                        
     20 - 270                                     30 - 570
     21 - 300                                     31 - 600
     22 - 330                                     32 - 630 cupak beras

*** Ini bermakna jumlah cupak beras yang perlu pn Rosidah bayar adalah 6930 (60+90+120+.......+630=6930) cupak pada usianya 32 tahun.

 Nisbah secupak yang digunapakai sekarang adalah 657gram secupak beras.

Untuk mendapatkan nilai dlm RM, mestilah berdasarkan 10 kg beras yang digunakan oleh setiap keluarga. Nilainya berubah bg setiap keluarga bergantung harga beras yang digunakan. Contohnya, Keluarga Ali guna beras RM18 bg 10 kg, keluarga Abu RM25 bg 10 kg.

Dlm kes ini, kita andaikan Pn Rosidah kebiasaanya menggunakan beras berkualiti, beras wangi siam yang mana harga 10 kg bersamaan RM35.00. Contoh kiraannya bagi secupak beras adalah seperti berikut:

    RM35 / 10 000gram   X   657gram = RM2.30 secupak.

Oleh itu,
              6930 cupak X RM2.30 = RM15,939 jumlah fidyah yang wajib dibayar oleh Pn Rasyidah.

Persoalannya, jika kita adalah Pn Rosidah, adakah kita mampu untuk membayarnya??????????

FASAL 3: KAEDAH MEMUDAHKAN BAYARAN FIDYAH


Menurut Ust Irwan, kaedah ini kebanyakannya digunakan di pondok2 dengan tujuan untuk memudahkan orang awam membayar fidyah yang terlalu tinggi. Menurut beliau lg, kaedah ini juga memerlukan pemahaman yang mendalam untuk dilaksanakan. Kaedah ini dinamakan kaedah 'Tarik tolak'.

Dalam kaedah 'TARIK TOLAK', kebiasaanya ustaz akan bertanya berapakah jumlah minima yang mampu dibayar oleh si pembayar fidyah????

Mari kita balik ke kajian kes, Pn Rosidah tadi... Dalam kes ini Pn Rosidah wajib membayar fidyah sebanyak RM15,939.00. Ust akan bertanya kepada Pn Rosidah, adakah beliau dan suami beliau mampu untuk membayar kesemuanya? Jika tidak, Ust akan bertanya, berapakah paling mampu dibayar... Jika Pn Rosidah menjawab beliau hanya mampu untuk membayar RM 1000.00 shj setelah diambil kira pendapatan & tanggungan beliau. Maka disinilah akan digunakan kaedah 'TOLAK & TARIK'.

Seperti yang disebutkan tadi, pemahaman dan ilmu yang mendalam amat diperlukan. Maka ust tadi akan menerima RM1000.00 dengan lafaz akadnya sekali. Dengan automatiknya RM1000 td menjadi milik ustaz dan ia berhak untuk memberi kepada sesiapa yang fakir atau miskin. Lalu, ust td memberikan kembali RM1000 kepada Pn Rosidah atas dasar beliau layak menerimanya mengikut konteks Islam, (maksud fakir dan miskin klik di sini), dan proses ini akan berulang sehinggalah 16 kali yang mana jumlah yang diberikan RM15,939.00. Dengan itu, selesailah bayaran fidyah Pn Rosidah td. Dan menurut ustaz Irwan lg, kaedah inilah yang beliau praktikkan semasa beliau belajar di pondok satu masa dahulu... Wallahualam....

- Dicatit oleh Sdr Khairulanuar untuk dikongsi buat yang tidak hadir. Insya Allah, Iftar ke2 nanti akan membincangkan bab MAHRAM yang bertajuk BERSALAMAN DI BULAN SYAWAL - DIMANAKAH SILAPNYA...", marilah kita hadir beramai-ramai. Sekian Read more...

Saturday, August 21, 2010

Artis Malaysia, Bertaubatlah sebelum terlambat... Ke manakah sensitivitinya Umat Islam???

Adakah ini merupakan contoh kebebasan bersuara di Malaysia? Sehinggakan hukum tuhan dipermain-mainkan dan Nabi Muhammad SAW yang kita cintai dihina sebahagian rupa... Apa tindakan Menteri Penerangan, kalau satu ketika dulu, artis Faizal Tahir diband kerana membuka t-shirt di khalayak ramai, yang ni terang2an menghina Nabi Muhammad SAW & mempermain-mainkan agama tiada tindakan diambil... 


 
Read more...

Thursday, August 19, 2010

Di sini, Dinar dan Dirham: Di sana, dengki dan dendam

 Kadang-kadang tingkah laku pemimpin Umno ini sangat mudah untuk dijangka. Apa saja yang baik datang dari Kelantan, itulah yang akan dibangkang habis-habisan oleh Umno. Sebut saja apa jua perkara yang datang dari Kelantan, berduyun-duyunlah pemimpin Umno ‘menunjuk cerdik’ memberi komen. Kalaupun nampak janggal, tiadalah mereka peduli asalkan nampak hebat di mata pandangan gerombolan mereka.
Seingat saya, sepanjang dua dekad usia kerajaan PAS di Kelantan bermula tahun 1990 ini, itulah yang sentiasa kami hadapi. Cuti dua hari seminggu digelar sebagai ‘budaya pemalas’, akhirnya orang yang sama menelan kembali ludahnya. Cuti 60 hari kakitangan wanita yang bersalin turut dipandang sinis, kemudiannya tanpa segan silu ditiru. Jangan lupa pemerkasaan perbankan Islam turut bermula dengan langkah kerajaan Kelantan memindahkan wang kerajaan dari bank riba ke perbankan Islam. Itu belum termasuk program-program kebajikan seperti Skim Takaful Kifalah, Skim Armalah, Ladang Rakyat dan panjang lagi senarainya.
Terbaru apabila kerajaan Kelantan melancarkan mata wang syariah Emas Dinar dan Perak Dirham (D&D) 12 Ogos lepas, maka bersatulah pemimpin Umno untuk menghentam langkah ini. Ramadan yang sepatutnya menjadi bulan damai dan pesta ibadat menjadi pesta menghentam kerajaan Kelantan.
Saya ingin nyatakan, apakah salahnya Kelantan ingin memulakan jihad ekonomi ini? Jika Umno BN enggan memulakan, jangan pula menidakkan usaha pihak lain. Saya ulangi penegasan yang dibuat sebelum ini oleh ahli Exco saya, Datuk Haji Husam Musa bahawa apa yang dilancarkan oleh Kelantan bukanlah matawang, ia hanyalah  pengenalan kepada sistem barter trade.
Tukar suka sama suka dengan kerelaan tidak pernah dihalang di negara demokrasi ini. Setiap orang berkuasa ke atas barangannya dan berhak membuat keputusan. Apa yang salah ialah membuat keputusan ke atas barangan yang kita tidak berhak. Contohnya, memberi percuma dua blok minyak minyak milik rakyat yang berharga ratusan billion ringgit kepada kuasa asing. Atau merompak hak milik rakyat Kelantan ke atas telaga minyak dengan menafikan royalti!
Seperti yang saya nyatakan di dalam ucapan perasmian pelancaran 12 Ogos lepas, sistem wang kertas diperkenalkan oleh penjajah untuk menguasai ekonomi umat Islam. Hasilnya, seluruh manusia di dunia diperkotak-katikkan oleh kuasa-kuasa besar untuk mempercayai nilai yang ada pada sekeping kertas.
Kertas tersebut hakikatnya langsung tidak mempunyai sandaran yang didakwa. Jika kita menaiki bas atau keretapi contohnya, kita membayar dan diberikan resit. Resit tersebut ialah tanda kita telah membayar kepada perkhidmatan yang diberikan, ertinya resit tersebut tidak mempunyai nilai apa-apa kecuali setelah bayaran diberikan. Hari ini, bank mengeluarkan wang kertas tanpa sebarang sandaran nilai. Kononnya ia disandarkan pada nilaian emas, hakikatnya ia disandarkan kepada keadaan ekonomi semasa sesebuah negara. Ini sebenarnya lebih teruk dari resit bas dan keretapi tadi.
Realitinya matawang tidak berharga  melainkan  jika Kerajaan  memberi  nilai kepadanya. Wang  kertas  RM1 bukan  bernilai RM1 daripada segi harga kertasnya. Ia  bernilai  RM1 kerana itulah nilai yang ditetapkan oleh  Kerajaan.  Jika Kerajaan mencetak angka lima atau  sepuluh maka nilai kertasnya  tidak naik kepada RM5 atau RM10. Hanya  pengakuan dan jaminan Kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan. Itulah hakikatnya wang kertas.
Tertarik saya apabila seorang Timbalan Menteri yang baru-baru ini heboh telah meluluskan lesen judi tiba-tiba mengeluarkan kenyataan bahawa Dinar Emas dan Perak Dirham ini boleh menyebabkan kerugian. Terlintas di benak saya, jika begini  taraf pemikiran seorang timbalan menteri, apa pula jenis pemikiran yang ingin diasuh kepada rakyat.
Emas merupakan komoditi yang paling stabil harganya. Ia akan terus meningkat jika dibandingkan dengan wang ringgit. Bukankah Tun Dr Mahathir sendiri pernah melancarkan gold coin yang dinamakan Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia satu ketika dahulu? Mari kita semak harganya. Pada 18 Julai 2001, sekeping syiling Kijang Emas seberat 1 auns harganya ialah RM1,082. Hari ini pada tarikh 1 Julai 2010, ia sudah boleh dijual dengan harga RM4,104. Ertinya jika seseorang melabur sebanyak RM108,200 dengan membeli seratus keping Kijang Emas pada tahun 2001, kini ia boleh dijual dengan harga RM410,400. Keuntungan 400% dalam masa 9 tahun! Butiran ini boleh dilayari di (http://www.bnm.gov.my/). Ini bukti harga emas tidak akan turun sehingga merugikan. Paling tidak pun, lebih baik daripada sebuah syarikat penerbangan yang rugi RM535 juta pada suku kedua tahun ini!
Di dalam al-Quran sendiri menceritakan kisah Ashabul Kahfi yang tertidur selama 309 tahun di dalam sebuah gua. Apabila bangkit mereka menggunakan duit perak yang ada di tangan mereka untuk membeli makanan. Ertinya, selepas 309 tahun, duit itu masih elok dan mempunyai nilai seperti sedia kala.
Justeru, saya nasihatkan kepada pihak-pihak tertentu, janganlah terburu-buru menidakkan usaha-usaha kerajan Kelantan. Tidak cukup tenaga di Malaysia, diambil pula tulisan kolumnis yang beraliran orientalis untuk menghentam kami. Sehingga langkah kami mengasingkan kaunter bayaran di pasar raya disifatkan sebagai ’aparteid agama’. Bagaimana pula langkah Keretapi Tanah Melayu menyediakan gerabak khas bagi wanita? Itu aparteid apa namanya?
Saya ingin bertanya, apa kurangnya kami di Kelantan dengan anda yang berada di Pusat. Jika anda mempunyai pakar ekonomi, kami pun mempunyai pakar ekonomi. Takdirnya bertukar teraju di Putrajaya nanti, kami juga mampu mentadbir bahkan lebih baik dari anda, Insya-Allah. Janganlah dibiarkan hasad dengki menguasai menyebabkan ternafinya segala kebaikan yang kami lakukan. Jangan pula kami di sini melancarkan Dinar dan Dirham (D&D), anda di sana melancarkan dengki dan dendam!
Akhir kata, jika datanglah bertadarus dengan kami di Kelantan di bulan Ramadan ini. Salah satu ayat yang menjadi menjadi bacaan kami sekarang ialah ayat 63 dari Surah al-Furqan yang bermaksud: ”Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan.”
Nik Abdul Aziz Nik Mat   
Read more...

Sunday, August 15, 2010

Skandal PKFZ? Sandiwara BN dlm menipu rakyat

Read more...

Bala Allah atau Bencana Alam? - Ribut di bazar Ramadan Jasin,Melaka


"Firman Allah yang bermaksud ” Segala kerosakan di atas muka bumi ini adalah dari usaha tangan-tangan manusia sendiri…..". 

Jelas ayat di atas menunjukkan sesuatu yang berlaku adalah disebabkan perbuatan manusia yang mengundang bala dari Allah. Adakah ini balasan atau peringatan  Allah untuk kita semua atas apa yang berlaku kebelakangan ini? Hukum Islam tidak diambil kira.... malah idea yang dari Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam sendiri dalam menangani isu-isu anak zina dengan merancang untuk menubuhkan Sekolah Hamil Pertama di Jasin, sikit pun tidak mendatangkan idea untuk kembali kepada ISLAM? Fikir-fikirkanlan...

Read more...

Saturday, August 14, 2010

Kosmo! Online: Ayam Ramadan semakin mahal

KL OGOS 12 10: Kenaikan harga ayam pada minggu pertama bulan Ramadan berlaku lagi dengan para pembeli di beberapa negeri terpaksa membayar sehingga RM7.50 atau 70 sen melebihi harga biasa bagi setiap kilogram sejak kelmarin.











Senario itu dikatakan gambaran awal bahawa harga ayam boleh mencecah RM10 sekilogram menjelang Syawal selepas harganya kini ditentukan oleh pasaran dan bukan lagi sebagai barangan kawalan sejak 15 Julai lalu. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, keputusan itu diambil memandangkan bekalan ayam semakin stabil. Bagaimanapun, kesannya kini ramai penjual mendakwa tersepit di antara harga pemborong yang lebih tinggi serta menjadi sasaran kemarahan pelanggan. Dalam tinjauan Kosmo! di Kuala Terengganu semalam, ayam dijual RM7.50 sekilogram berbanding RM6.90 iaitu kenaikan sebanyak 50 sen.


Peniaga ayam di Pasar Bukit Besar yang dikenali sebagai Pok berkata, kenaikan itu terpaksa dibuat memandangkan mereka membeli pada harga semakin tinggi daripada pemborong. "Ada dua pemborong ayam yang aktif di Kuala Terengganu dan hampir kesemua peniaga mendapatkan bekalan daripada mereka," katanya.
Di Pulau Pinang, tinjauan di Pasar Bayan Baru pula mendapati ayam dijual di antara RM6.90 hingga RM7.20 sekilogram berbanding RM6.50 sebelum ini. Keadaan sama juga berlaku di Pasar Awam Tun Sardon apabila pengguna terpaksa membayar lebih 70 sen kerana harga ayam dijual mencecah RM7.20 sekilogram berbanding RM6.50 sebelumnya.
Komen Blog Ibnu Hasyim: Sudah puas cerita fasal ayam tiap-tiap tahun. Nampaknya pemimpin politik kita kalah dengan politik beberapa kerat taukeh-taukeh ayam yang menguasai perniagaan ayam di negara ini. Harga tidak dapat dikawal. Itulah alasan yang diberi tiap-tiap tahun. Otak menteri pun menjadi macam 'otak ayam' berbanding dengan taukeh ayam itu.
Apakah mereka benar-benat tidak mampu mengawal harga, atau di'tidak mampu'kan? Kerajaan ke yang berkuasa atau taukeh ayam yang berkuasa? Atau hanya jadi macam 'ibu ayam' yang hanya mampu mengutip cukai kepada langganan ayam-ayamnya sahaja? Kalau tak mampu juga, berhentilah jadi menteri, bagilah kumpulan parti lain memerintah.
Saya dah tulis fasal ayam ini pada 17-9-2007 'Politik Ayam: Ayam, Bermacam Ayam!' lagi. Boleh renung-renung balik,,begini sedutannya..
[Pertama.. Cuba lihat, kenapa harga ayam cuma naik pada bulan Ramadzan dan Hari Raya orang Islam sahaja, tidak pada Tahun Baru Cina? Kalau betul harga terpaksa naik, mengapa harga daging-daging lain seperti lembu, kambing dan lain-lain tidak naik? Harga ayam naik begini, berlaku setiap tahun। Tetapi tidak pada Tahun Baru Cina, bahkan turun pula. Contohnya, pada Tahun Baru Cina awal Januari lalu Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia mengumumkan penurunan harga ayam di seluruh Malaysia antara 80 sen hingga RM1.06 tiap satu kilogram.
Kedua.. Kenapa kerajaan jadi bengap macam tak boleh buat apa-apa? Tidak menasabah langsung pihak berkuasa sudah takde kuasa, tidak boleh bertindak? KPDNHEP sudah khianati amanah rakyat ke? Atau bahagian pengguna, hanya pegang kuasa tak tahu nak guna? Kalau nak halang ceramah pembangkang seperti yang berlaku baru-baru ini di Terangganu, atau di lain-lain tempat sebelumnya mereka cepat bertindak।
Ketga.. Adakah mereka tidak bertindak kerana kebanyakan pemborong atau persatuan penternakan ayam adalah bukan dari kalangan orang Melayu? Hingga perniagaan ayam terpaksa dipolitikkan? Kalau bertindak, mereka akan dituduh perkauman, hingga menyebabkan kedudukan parti pemerintah tergugat? Apakah ianya juga seperti yang berlaku pada operasi babi di Paya Mengkuang, Ayer Molek dan Bukit Beruang Melaka baru-baru ini, tidak mampu dilaksanakan walau Unit Simpanan Persekutuan (FRU), rela dan lain-lain dikerahkan ke sana?
Hanya semata-mata kerana 120,000 ekor babi milik orang bukan Melayu? Tetapi kalau kepada setinggan-setinggan Melayu Kampung Berembang Selangor sanggup mereka lanyak habis-habisan? Apakah orang-orang Melayu Islam sudah menjadi warga kelas dua di bumi sendiri??
Akhirnya dalam kes ayam ini, tukang-tukang kipas kerajaan, hanya mampu menyalahkan pengguna-pengguna Islam yang guna ayam lebih di hari perayaan। Itu lagi bengap! Sanggup menyalahkan dan tangkap peniaga-peniaga kecil orang Islam saja. Taukeh-taukeh judi pengekploit harga ayam (pemborong) tak kena apa-apa pun. Inilah jadahnya bila lantik pemimpin-pemimpin yang tidak boleh buat apa-apa.. pemimpin bengap!]
Kesimpunnya, hukum pemimpin-pemimpin begap ini pada PRU 13 akan datang. Maaf, tulisan agak kasar sikit, kerana pengguna ayam, atau rakyat miskin ditindas jauh lebih kasar lagi dari hanya kata-kata ini.





PRU 13.. tolak tersungkurkan BN!!

Sumber:ibnuhasyim
Read more...

Friday, August 13, 2010

Negara Parah : Zina , Rogol & Buang Bayi

1. Peradaban dan tamadun negara kita kian musnah malah semakin parah dan dahsyat . Penghuninya telah hilang perikemanusiaan . Segalanya bermula dari nafsu yang gagal dikawal serta diasuh dengan akhlak dan moral yang positif .

2. Gejala zina [ seks bebas ] , buang bayi , rogol dan bunuh semakin menjadi - jadi . Seperti sistem pentadbiran dan sosial negara kita tidak berkesan langsung untuk membendung kemungkaran dan jenayah yang semakin berleluasa serta kejam .

3. Ia bukan lagi menjadi masaalah individu tetapi juga masyarakat . Ia bukan lagi menjadi masaalah negara tetapi juga rakyat . Ia bukan lagi masaalah pemerintah tetapi juga pembangkang . Ia masaalah semua . Semua mesti bertanggungjawab .

4. Saya kira negara mesti mengambil langkah drastik . Parlimen mesti segera membincangkan perkara ini secara serius justeru kini ia telah menjadi barah dalam masyarakat . Jangan tangguh atau lengah kerana semakin hari semakin ramai bayi luar nikah dilahirkan , semakin ramai bayi dibunuh kejam , semakin ramai yang berzina , semakin ramai yang bergaul bebas , semakin ramai yang menjadi mangsa rogol dan semakin ramai mangsa dibunuh .

5. Sampai bila perkara ini mahu dibiarkan berlarutan ? seketika dulu , kondom diperkenalkan untuk mengelakkan kehamilan dan aids kononnya , namun nyata ia tidak menyelesaikan masaalah . Kehamilan luar nikah terus berleluasa dan penyak
it aids terus merebak dan berkembang . Selesaikah cadangan mahu menubuhkan bank bayi ? selesaikah sekadar mahu menubuhkan sekolah pelajar hamil ? selesaikah sekadar pendidikan seks di sekolah ?

6. Mungkar dan jenayah ini berlaku bukan kerana mereka tidak cukup kondom , bukan kerana tiada tempat mereka mahu melahirkan bayi , bukan kerana tidak tahu di mana mereka harus menyambung pelajaran dan apa yang berlaku juga bukan kerana mereka jahil dan buta tentang seks ! Sebaliknya apa yang berlaku ialah kerana manusia jahil tentang agama . Mereka menjadi hamba nafsu dan mangsa budaya maksiat yang bermaharajalela dalam negara kita mutaakhir ini.

7. Kelab - kelab malam beroperasi sehingga ke awal pagi dengan aktiviti yang sangat jalang , sundal dan tidak bermoral . Tarian lucah , arak dan pil ectasy , pelacuran , pergaulan bebas , penzinaan atau seks bebas menjadi rutin . Aktiviti hiburan mengatasi majlis ilmu dan kegiatan yang berfaedah. Maksiat ini telah menular dari bandar ke kampung , dari desa ke felda , dari pekan dan taman perumahan .

8. Saya menyeru semua pihak khasnya para pemimpin negara , pemimpin masyarakat , ahli - ahli parlimen , ahli - ahli D
ewan Undangan Negeri , imam - imam masjid , ahli agama , ahli politik , ngo dan seluruh rakyat sedar dan menginsafi perkara ini agar kita tidak lagi lengah dan hanya beretorik . Hentikan pertelagahan dan percakaran yang tidak menguntungkan sesiapa sebaliknya segera ambil langkah berkesan untuk selamatkan negara . Laksanakan peranan masing - masing . Jangan banyak mulut tetapi banyakkan kerja .

9. Hapuskan segala anasir yang merangsang nafsu gila manusia yang mendorong berlakunya maksiat , mungkar dan jenayah ini . Makmurkan negara dengan aktiviti yang bermoral dan berakhlak serta mendidik minda dan peribadi . Sebagai contoh tindakan drastik yang mesti diambil ialah :

  • Hentikanlah rancangan televisyen yang tidak bermoral
  • Sekat dan kawal secara serius lambakan video lucah
  • Basmi habis - habisan pusat pelacuran dan hiburan yang melampau
  • Sekat laman - laman lucah secara serius
  • Menguatkuasa undang2 syariah
  • Bantu dan banyakkan pusat pengajian Islam
  • Aktifkan aktiviti yang mendidik minda dan sebagainya .
Banyak lagi langkah yang perlu diambil . [ sekadar menyebut beberapa contoh ]

10. Malaysia perlu bertindak segera . Bertindak sekarang ! bukan esok atau lusa ! negara kini menuju ke curam binasa . Kembalilah kepada Islam dan cara hidupnya . Dewan Pemuda PAS sedia memberi khidmat upaya dan tenaga yang dimiliki untuk tujuan menyelamatkan negara dari pengaruh maksiat dan mungkar yang semakin parah ini .

- http://episodeperjuangan.blogspot.com
Read more...

Thursday, August 12, 2010

Orang muda yang hebat

Kuliyah : Kuliyah Maghrib Mingguan - M2 & M3 & M4 ||
Kitab : Bahrul Maazi Jilid 1 & Kasyhful Ghaibiyyah ||
Lokasi : Surau Haji Awang Ladang ||
Tarikh : 17 Julai 2009 ||
Hari : Jumaat ||
Ulasan : Allahu Rabbi .. Allah memilih golongan muda yang hatinya dekat dengan Allah .. sentiasa duduk di dalam keadaan beribadah kepada Allah .. balasanya Allah memberi naungan dipadang mahsyar yang pada ketika itu .. matahari sangat hampir di atas kepala .. Allahu Rabbi .. hebatnya golongan muda ini ..


Read more...

Tuesday, August 10, 2010

Perutusan Ramadhan 1431 buat Pemuda


1. Ramadhan adalah Sebuah Madrasah at Tadhribiyyah ar Ruuhiyyah [ Latih tubi Spiritual ] untuk mendidik dan mengkaderkan ummah agar lahir generasi yang beriman dan bertaqwa.

2. Firman Allah swt di dalam surah al Baqarah ayat : 183 jelas menggariskan Taqwa sebagai objektifutama dari pembentukan Madrasah Ramadhan tersebut.

3. Sebagai seorang muslim , sayugianya merebut peluang keemasan ini untuk menempat diri hampir di sisi Allah swt.

4. Terlebih layak bagi para pejuang dan pemuda - pemuda yang menjadi anggota Harakah Islamiyyah [PAS] . Mereka mestilah memiliki karamah ini sementara peluang hanya sekali dalam tempoh setahun .

5. Selain menjalani ibadah puasa di bulan mulia ini , setiap pemuda mesti berikhtiar secara serius untuk meningkatkan prestasi pengabdian diri kepada Allah swt dengan menambah koleksi ibadah khusus , justeru ia adalah asas kekuatan dalaman bagi seorang pejuang sebelum ia mendepani cabaran dan halangan sukar di sepanjang jalan dakwah ini .

6. Capailah segala kelebihan yang dikurniakan Allah swt sempena Ramadhan Al Mubarak ini terutama penghayatan Ruuhul Jihad sehingga semangat Jihad Fi Sabilillah menjadi sebati dalam jiwa pemuda sebagai perisai ummah.

7. Tentu saja menjalani kehidupan dalam suasana ubudiyatillah [ pengabdian diri kepada Allah ] seperti di bulan mulia ini memudahkan kita mencapai prestasi tertinggi sebagai hamba yang taat dan bertaqwa . Pejuang yang taat dan bertaqwa mempunyai kedudukan yang hampir dengan Allah swt. Sementara kedudukannya yang hampir itu membuatkan doanya mustajab [ diterima Allah swt ] dan munajatnya maqbul .

8. Doa dan munajat yang mustajab serta maqbul ini adalah antara senjata yang paling berkesan untuk dibawa ke tengah medan juang terutama apabila berdepan dengan musuh yang begitu licik dan liat untuk ditewaskan . Sementelah pula berdepan dengan musuh disaat kita telah kehabisan daya dan upaya juga di saat kehilangan taktik dan teknik serta kehabisan strategi untuk diaplikasi .

9. Perjuangan Islam yang kita dokong hari ini sangat memerlukan pemuda yang hebat dan mantap spiritual disamping memiliki kekuatan peribadi dan ketinggian akhlak . Perjuangan ini juga memerlukan pemuda yang memiliki fikrah yang jelas dan penghayatan yang sempurna terhadap tasawwur amal Islami .

10. Mudah - mudahan Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan terbaik dalam hidup kita. Saya mewakili EXCO DPPP dan seluruh warga DPP mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak . Semoga kita direstui Allah swt. Selamat berjuang . Ramadhan Kareem !

-Ust Nasaruddin Tantawi, Ketua Pemuda PAS Pusat
Read more...