Tuesday, August 3, 2010

Sambutan Menggalakkan Program Merakyatkan Ekonomi Selangor di Taman Ehsan

1 Ogos 2010, Ahad - Program Merakyatkan Ekonomi Selangor yang diadakan di Dewan Serbaguna MPS Taman Ehsan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Dianggarkan sekitar lebih 1000 orang hadir di majlis tersebut walaupun hujan renyai-renyai turun semasa majlis sedang berlangsung. Penceramah yang hadir adalah YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, YB Dato' Hasan Ali, YB Sivarasa, YB Elizabeth Wong dan YB Saifuddin Nasution. Simbolik menyokong tahanan ISA dan bantah ISA juga diadakan dengan memadam lampu dewan dan menyalakan lilin oleh semua hadirin yang hadir. Selain itu, kaunter Memasyaratkan Ekonomi Selangor seperti Pendaftaran SkimWarga Emas, Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), hadiah IPT juga dibuka oleh wakil agen Kerajaan Negeri Selangor sendiri. Tidak ketinggalan juga, PAS Cawangan Taman Ehsan melalui Pemuda PAS Taman Ehsan membuka kaunter semakan daftar pemilih dan pendaftaran pengundi baru. Majlis digemparkan dengan kemasukan 2 orang kuat pemuda UMNO Taman Ehsan, Sdr Rafiq yang mana Dato' Seri Anwar Ibrahim memakaikan uniform KEADILAN kepada beliau. Ini memberi Tamparan hebat kepada UMNO Taman Ehsan. Diharapkan dengan kemasukkan Saudara Rafiq dapat memantapkan PAKATAN RAKYAT terutama Parti Keadilan Ranting Taman Ehsan dalam usaha menumbangkan UMNO dan BARISAN NASIONAL.Tahniah kepada semua penduduk Taman Ehsan & Desa Jaya & kepada semua yang hadir!!!




Kaunter Semakan dan Daftar Pemilih

Sanggup berpayung kerana dlm dewan & khemah penuh sesak



Ketibaan Dato' Seri Anwar Ibrahim


Dato' Seri Anwar Ibrahim memakaikan vest KEADILAN kepada Sdr Rafiq



Bergambar bersama pimpinan PAS Kawasan Subang
  

No comments:

Post a Comment