Tuesday, August 24, 2010

Qada' Fidyah - Kiraan Fidyah Secupak (KULIAH ILMU UST MOHD IRWAN, IFTAR PEMUDA PAS TAMAN EHSAN)

21 Ogos 2010, Sabtu - Pemuda PAS Taman Ehsan telah berjaya menganjurkan iftar ramadhan yang pertama. Majlis iftar ini dimulakan dengan Solat Asar berjemaah dan diteruskan dengan kuliah ilmu bertajuk Qada' Fidyah: Bagaimana kiraan nya? yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Irwan. Dalam kuliah tersebut, Ust Irwan telah menerangkan dengan mendalam mengenai qada fidyah yang mana terdapat  3 fasal iaitu golongan2 yang meninggalkan puasa, bagaimana untuk mengira secupak beras dan kaedah menyelesaikan fidyah yang tertunggak (Kaedah pengajian2 pondok ).

FASAL 1: 4 GOLONGAN YANG MENINGGALKAN PUASA

1. Tidak wajib qada' & tidak wajib fidyah - Org yg meninggal dalam bulan ramadhan juga.

2. Wajib qada' sahaja (tahun pertama) - Contohnya jika seseorang itu tinggal 5 hari puasa pada tahun 2009, maka ia perlu mengqada'kan dlm tahun itu juga, bermakna nermula 1 Syawal sehinggalah 30 syaaban berikutnya. Jika ia tidak menqadakannya, maka tahun berikutnya, ia perlu membayar fidyah. Dan fidyah akan berganda mengikut tahun selagi mana ia tidak mengqada'kan puasa yang ia tinggal.

Tahun 2009 - Aminah tinggal puasa kerana uzur syarie' sebanyak 5 hari
           Bermula 1 syawal sehinggalah 30 Syaaban ia perlu mengqadakannya jika tidak mahu dikenakan
           fidyah ( 5 qada' / 0 fidyah)

Contoh:
Tahun 2010 - Apabila masuk Ramadhan 2010, jika Aminah masih tidak mengqadakannya, maka aminah
          wajib membayar fidyah mengikut hari yang dia tinggal puasa. (Dlm contoh yg diberi 5 hari, maka
          fidyah yang wajib dibayar adalah 5 cupak beras) (5 qada'/5 fidyah)

Tahun 2011 - Jika masuk Ramadhan 2011, Aminah masih tidak lagi mengqada'kan puasa yang ia tinggal
          pada 2009, maka selepas ramadhan 2011, ia wajib mengqada'kan 5 hari puasa yg ia tinggal dan
          membayar fidyah sebanyak 10 cupak beras. (Berganda) (5 qada'/10 fidyah)  dan begitulah tahun2
          berikutnya selagi mana ia tidak menggantikan puasa yang ia tinggal.

3. Wajib bayar fidyah sahaja.
       Iaitu golongan orong tua yang uzur & orang sakit (TANPA HARAPAN SEMBUH). Ulama'
       bersependapat, orang yang mengidap penyakit kegagalan buah pinggang (dialysis) tidak perlu untuk
       mengqada'kan puasa dan wajib membayar fidyah sahaja.

4. Wajib Qada' & wajib fidyah - Perempuan2 yang mengandung @ yang menyusukan anak. Tidak berpuasa
       kerana untuk menyelamatkan nyawa

FASAL 2 : KIRAAN FIDYAH SECUPAK BERAS

Contoh kes: Rosidah sekarang berumur 32 tahun. Bermula dari beliau akil baligh (berumur 12tahun) sehingga sekarang, beliau tidak pernah mengqada'kan puasanya. Pada tahun ini, beliau tersedar, yang beliau perlu mengqada'kan puasanya. Berapakan jumlah fidyah yang perlu beliau bayar?

Wajib start puasa berumur 12 tahun

     12 - 30 hari tidak berpuasa      
     13 - 60 cupak beras                   23 - 360
     14 - 90                                       24 - 390
     15 - 120                                     25 - 420
     16 - 150                                     26 - 450                  
     17 - 180                                     27 - 480                        
     18 - 210                                     28 - 510                        
     19 - 240                                     29 - 540                        
     20 - 270                                     30 - 570
     21 - 300                                     31 - 600
     22 - 330                                     32 - 630 cupak beras

*** Ini bermakna jumlah cupak beras yang perlu pn Rosidah bayar adalah 6930 (60+90+120+.......+630=6930) cupak pada usianya 32 tahun.

 Nisbah secupak yang digunapakai sekarang adalah 657gram secupak beras.

Untuk mendapatkan nilai dlm RM, mestilah berdasarkan 10 kg beras yang digunakan oleh setiap keluarga. Nilainya berubah bg setiap keluarga bergantung harga beras yang digunakan. Contohnya, Keluarga Ali guna beras RM18 bg 10 kg, keluarga Abu RM25 bg 10 kg.

Dlm kes ini, kita andaikan Pn Rosidah kebiasaanya menggunakan beras berkualiti, beras wangi siam yang mana harga 10 kg bersamaan RM35.00. Contoh kiraannya bagi secupak beras adalah seperti berikut:

    RM35 / 10 000gram   X   657gram = RM2.30 secupak.

Oleh itu,
              6930 cupak X RM2.30 = RM15,939 jumlah fidyah yang wajib dibayar oleh Pn Rasyidah.

Persoalannya, jika kita adalah Pn Rosidah, adakah kita mampu untuk membayarnya??????????

FASAL 3: KAEDAH MEMUDAHKAN BAYARAN FIDYAH


Menurut Ust Irwan, kaedah ini kebanyakannya digunakan di pondok2 dengan tujuan untuk memudahkan orang awam membayar fidyah yang terlalu tinggi. Menurut beliau lg, kaedah ini juga memerlukan pemahaman yang mendalam untuk dilaksanakan. Kaedah ini dinamakan kaedah 'Tarik tolak'.

Dalam kaedah 'TARIK TOLAK', kebiasaanya ustaz akan bertanya berapakah jumlah minima yang mampu dibayar oleh si pembayar fidyah????

Mari kita balik ke kajian kes, Pn Rosidah tadi... Dalam kes ini Pn Rosidah wajib membayar fidyah sebanyak RM15,939.00. Ust akan bertanya kepada Pn Rosidah, adakah beliau dan suami beliau mampu untuk membayar kesemuanya? Jika tidak, Ust akan bertanya, berapakah paling mampu dibayar... Jika Pn Rosidah menjawab beliau hanya mampu untuk membayar RM 1000.00 shj setelah diambil kira pendapatan & tanggungan beliau. Maka disinilah akan digunakan kaedah 'TOLAK & TARIK'.

Seperti yang disebutkan tadi, pemahaman dan ilmu yang mendalam amat diperlukan. Maka ust tadi akan menerima RM1000.00 dengan lafaz akadnya sekali. Dengan automatiknya RM1000 td menjadi milik ustaz dan ia berhak untuk memberi kepada sesiapa yang fakir atau miskin. Lalu, ust td memberikan kembali RM1000 kepada Pn Rosidah atas dasar beliau layak menerimanya mengikut konteks Islam, (maksud fakir dan miskin klik di sini), dan proses ini akan berulang sehinggalah 16 kali yang mana jumlah yang diberikan RM15,939.00. Dengan itu, selesailah bayaran fidyah Pn Rosidah td. Dan menurut ustaz Irwan lg, kaedah inilah yang beliau praktikkan semasa beliau belajar di pondok satu masa dahulu... Wallahualam....

- Dicatit oleh Sdr Khairulanuar untuk dikongsi buat yang tidak hadir. Insya Allah, Iftar ke2 nanti akan membincangkan bab MAHRAM yang bertajuk BERSALAMAN DI BULAN SYAWAL - DIMANAKAH SILAPNYA...", marilah kita hadir beramai-ramai. Sekian

1 comment:

  1. Berapakah harga secupak beras untuk membayar fidyah tahun 2012 ini?

    ReplyDelete