Thursday, October 21, 2010

PNB sendiri cadang bina menara sedangkan Najib sendiri Pengerusi Lembaga Pengarah PNB.

Setuju dengan pandangan Ustaz Idris Ahmad (Rujuk artikel di bawah). Najib sekali langi mendungukan rakyat dengan alasan bukan beliau yang mengarahkan  membina Warisan yang bernilai RM5 billion. Kita kene ingat, RM 5 billion tu hanyalah estimation price. Dalam sejarah projek BN, bila dah mula projek, harganya akan meningkat berkali ganda. Contoh yang terdekat PKFZ, berapa banyak dan tambahan tang diberikan... akhirnya jatuh tergolek jugak. Pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur, brapa banyak duit negara yang dah dilesapkan oleh kroni mereka? Bakun? Pembinaan Istana? dan banyak lagi... Inilah bukti amalan ketirisan dan amalan kronism yang diamalkan oleh BN sehinggakan peruntukkan untuk rakyat pun, disapu untuk kepentingan mereka... Sekali lg alasan dungu yang diberikan oleh Najib, bukan arahan dia... bukankah beliau merupakan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah PNB & timbalanya Muhyiddin Yassin??  (Link)

Senang-senang je si Najib ni nak perbodohkan rakyat... 



KUALA LUMPUR, 20 Okt: Kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan beliau tidak mengarahkan membina Menara Warisan sebaliknya ia dicadang oleh Pemodalan Nasional Berhad (PNB) adalah alasan Pak Pandir.

“Ini adalah alasan ‘Pak Pandir’ dan melucukan daripada seorang Perdana Menteri,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Baginya, kenyataan itu seolah-oleh hendak melepaskan bebanan kepada PNB, bukannya kepada Najib sendiri. Ini, menurutnya kerana ia mendapat kritikan yang hebat daripada berbagai pihak.

Tambahnya, wang sebanyak RM5 bilion untuk membina menara setinggi 100 tingkat itu mampu membina 1,667 buah sekolah yang bernilai RM3 juta sebuah dan mampu memberi biasiswa pelajar perubatan seramai 5 ribu pelajar dengan kos RM1 juta di United Kingdom.

Katanya, PAS berpendapat, kalau pun benar itu cadangan daripada PNB kenapa Najib sebagai orang yang berkuasa dan tahu bagaimana kedudukan kewangan negara sekarang, yang lebih perlu kepada projek yang lebih bermanfaat kepada rakyat dan negara. 

“Sejak bila pula pula beliau begitu lemah sampai terpaksa mengikut cadangan PNB,” ujarnya sinis.

Soalnya lagi, bukankah Najib selama ini begitu gagah sekali membuat keputusan yang merugikan negara tanpa meminta pandangan orang lain termasuklah ahli Parlimen, ketika melepaskan khazanah berharga 217 hektar  tanah KTMB kepada Singapura dan telaga minyak blok L dan M kepada Brunei yang bernilai RM320 bilion.

“Nampaknya pemimpin Umno cuba hendak menyalahkan orang lain ketika tidak mampu menghadapi satu situasi,” katanya lagi.

Ini, tambahnya samalah dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ditanya apa tindakan terhadap dua orang pengetua yang dituduh rasis menyatakan beliau tidak ada kuasa sebagai seorang menteri kerana bukan bidang kuasa menteri.

“Sedangkan jawapan ini, orang buta dekat Pagoh pun ketawa,” ujarnya.



No comments:

Post a Comment