Tuesday, October 5, 2010

DEKLARASI IJTIMA’ TARBAWI KEBANGSAAN DEWAN PEMUDA PAS 2010





Deklerasi Ijitima' Tarrbawi Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan 2010 yang telah diterima dan sepekati oleh semua, iaitu:

1) Bertekad memperkasakan tarbiyah dengan memahami dan melaksanakan program tarbiyah secara berterusan dan konsisten didalam Dewan Pemuda PAS di seluruh peringkat.

2) Menjadikan tarbiyah merentasi tanzim, dengan erti kata nilai-nilai tarbiyah akan menguasai dan mengorientasikan seluruh kegiatan lajnah dan jemaah.

3) Memperkukuhkan program usrah diseluruh peringkat sebagai asas dan akar kepada semua program kepartian dan politik yang lain.



4) Demi pemerkasaan tarbiyah di dalam dewan pemuda, maka kita sebagai peserta program ijtima’ tarbawi 2010 bersetuju untuk mengadakan program ijtimak tarbawi sebagai acara tahunan.

5) Menyokong konsep kepimpinan ulama’ dan mempertahankannya untuk menerajui parti PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang memayungi umat islam di Malaysia.

6) Membina diri dan syakhsiah dengan terus mendalami ilmu-ilmu islam mengikut acuan Al-Quran dan as-Sunnah serta hikmah para ulamak dan pejuang Islam di sepanjang zaman.

No comments:

Post a Comment