Wednesday, September 29, 2010

Jentera p'raya pemuda dilancar di Ijtima' Tarbawi


KUALA LUMPUR, 29 Sept: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan melancarkan jentera pilihan raya pemuda peringkat kebangsaan di Ijtima' Tarbawi hujung minggu ini bagi menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas dan pilihan raya Negeri Sarawak.
Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, kesempatan itu diambil untuk pemuda menyatakan kesediaan mereka untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi mengekalkan kemenangan PAS di Dun Galas dan membantu kemenangan Pakatan Rakyat di Sarawak.

"Bersempena dengan ijtima' yang menghimpunkan pemuda di semua peringkat, kita akan adakan pelancaran gerak kerja.
"Kita akan adakan ikrar untuk pejuang untuk seluruh pemuda turun bagi mengekalkan kemenangan PAS di Galas dan membantu Pakatan Rakyat untuk menang di Sarawak," kata Nasrudin ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Beliau turut memberitahu, pemuda juga akan melancarkan kalendar bagi tahun 2011 yang diterbitkan oleh DPPP selain melancarkan laman wen rasmi DPPP versi baru.
"Pemuda juga akan melancarkan takwim tahun 2011 terbitan DPPP yang bercirikan Islam dan akan dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," katanya.
Menyentuh mengenai kehadiran peserta, beliau berkata, setakat ini seramai lima ribu pemuda dan pemudi telah mengesahkan kehadiran mereka ke ijtima' yang bertempat di Masjid Rusila, Marang.
Tambahnya, pendaftaran masih lagi dibuka sehingga ke petang Jumaat, sebelum majlis perasmian pada malamya.
Namun, pendaftaran di saat-saat akhir tidak digalakkan bagi mengelakkan kesulitan bagi pihak jawatankuasa penganjur.
"Kepada yang berminat untuk menyertai dan masih belum mendaftar, saya sarankan segera mendaftar di Sekretariat Pemuda Pusat atau negeri masing bagi memudahkan pihak pengurusan tempat, makanan dan logistik menyediakan kemudahan yang cukup termasuk khemah untuk mereka," pesannya.
Dijangkakan, wakil dari jemaah Ikhwanul Muslimin akan hadir sebagai tetamu undangan.
"Wakil Ikhanul Muslimin sudah memberikan persetujuan awal untuk hadir namun kita masih menunggu pengesahan kehadiran mereka," katanya.
Ijtima' bermula 1 hingga 3 Oktober itu akan dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS sementara Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merupakan salah seorang pembentang kertas kerja yang telah disesuaikan untuk pemuda dan pemudi.
Read more...

Kertas siasatan BPR sahkan Adun Kulim ditawar RM5 juta

KUALA LUMPUR, 29 Sept: Raja Petra Kamarudin melalui blognya Malaysia Today hari ini mendedahkan satu kertas siasatan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR), kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengesahkan dakwaan Adun Kulim beliau ditawar RM5 juta untuk lompat parti adalah benar. 

Dalam postingnya hari ini, Raja Petra menyiarkan 'Laporan Siasatan Awal' BPR (kini SPRM) cawangan Seberang Perai Aduan no 11/2008 yang dibuat oleh YB Lim Soo Nee (gambar), Adun Kulim dari PKR yang dinamakan sebagai A1. 

Laporan itu mendedahkan sasaran siasatan mereka adalah bekas Menteri Besar Kedah, Mahazir bin Khalid yang dinamakan sebagai B1 dan dan orang tengah Tan Yak Siew yang dinamakan B2. 

Di akhir laporan ini, siasatan itu mengesahkan, pada 9.9.2008 satu perjumpaan telah diadakan di Hotel Sunway, Seberang Jaya, Perai. 

"Bahagian Perisikan Ibu Pejabat telah membuat satu rakaman audio dan video di bilik hotel tersebut. 

"YB Mahazir Khalid yang datang berjumpa dengan A1 (Lim Soo Nee) dan mengesahkan penawaran wang itu sebanyak RM5 juta dan sekiranya A1 hendak lebih lagi, boleh berbincang dengan Datuk Seri Najib. 

"A1 juga dimaklumkan, sekiranya beliau lompat parti ke BN, beliau akan mendapat beberapa projek," tulis laporan itu. 

Laporan siasatan yang ditandatangani oleh Mahani binti Din, Penolong Kanan Penguasa, Badan Pencegah Rasuah Cawangan Seberang Perai itu melaporkan, Ibu Pejabat BPR (kini SPRM) akan menguruskan kes ini seterusnya.






- Harakah daily & Malaysia Today.Net
Read more...

Tuesday, September 28, 2010

JEMPUTAN KE MAJLIS JAMUAN AIDILFITRI PUTEH

Read more...

Monday, September 27, 2010

Dr Asri: Bantuan k'jaan Pulau Pinang tidak haram

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata wang yang diterima daripada bantuan kewangan kerajaan yang hasilnya diperolehi dari sumber perjudian adalah tidak haram.

“Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram. Sebabnya mereka bukan berjudi, mereka mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi,” katanya dalam pesanan SMS kepada Malaysiakinidari Beijing, China.

Menurut Dr Asri, kesalahan ditanggung oleh kerajaan dan syarikat judi. 

“Sama dengan mereka yang mendapat gaji dari kerajaan atau penjual yang menjual makanan lalu dibayar dengan wang judi. Wang itu halal kerana dia tidak berjudi tetapi berniaga makanan.”

Beliau mengulas laporan akhbar yang mendakwa kerajaan Pulau Pinang menggunakan wang sumbangan daripada Kelab Lumba Kuda negeri itu untuk disalurkan ke program membasmi kemiskinannya.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng bagaimanapun menafikan laporan berkenaan dan berkata wang sumbangan daripada Kelab Lumba Kuda itu diasingkan dan dikhususkan kepada orang bukan Islam dan tidaknya kepada orang Islam.

Judi hendaklah dicegah

Menurut Dr Asri, hakikatnya di Malaysia, wang judi digunakan bukan sahaja oleh kerajaan negeri Pulau Pinang tetapi juga oleh kerajaan persekutuan. Sumber itu diperolehi menerusi bentuk cukai judi, arak, hiburan dan lain-lain lagi.

“Pendapatan kerajaan itu juga digunakan untuk pelbagai keperluan rakyat. Kakitangan kerajaan yang mendapat gaji juga dari pelbagai sumber,” katanya.

Sehubungan itu, kata Dr Asri, segala aktiviti yang menggalakkan judi hendaklah dicegah oleh semua kerajaan kerana judi adalah haram dan merosakkan masyarakat.


Dalam perkembangan yang sama, Lim hari ini berkata Umno cuba meneruskan fitnah dan tohmahan terhadap kerajaan negeri pimpinannya.

“Selepas gagal membuktikan program penghargaan warga emas terbabit dengan hasil judi haram, Umno pula cuba mengalihkan perhatian daripada fitnah mereka dengan menyatakan program rakan anti-kemiskinan (RAK) membasmi miskin tegar datangnya dari sumber judi haram. Bukti Umno adalah derma RM2 juta daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang,” kata Lim dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, wang derma RM2 juta itu telah disahkan oleh pegawai kewangan negeri, Datuk Farizan Darus bahawa ia telah diasingkan dan dikhususkan kepada orang bukan Islam dan tidaknya kepada orang Islam.
Ada juga bukan Islam miskin tegar

“Perlu diingati bahawa ada juga orang bukan Islam yang miskin tegar, bukan semua bukan Islam kaya macam pemimpin BN. Adakah salah untuk menyalurkan wang derma ini kepada orang bukan Islam?” soal Lim.


Katanya lagi, bantuan RAK kepada keluarga miskin tegar Islam dibiayai daripada hasil kerajaan negeri menerusi lebihan belanjawan.

Program penghargaan warga emas yang menjadi isu kontroversial itu membayar RM100 setiap tahun kepada semua yang melebihi 60 tahun. 

Sehingga sekarang, hampir 110,000 warga emas di Pulau Pinang telah mendaftarkan diri dan mendapat RM100 setiap tahun. Di samping itu, waris warga emas yang mendaftarkan diri akan menerima RM1,000 sekali sahaja bila warga emas meninggal dunia. 

“Urustadbir CAT dan langkah anti-rasuah telah membolehkan Pulau Pinang mencatatkan lebihan belanjawan yang paling besar dalam sejarah sebanyak RM88 juta pada 2008 dan RM77 juta pada 2009. 

“Oleh itu, tidak wujud langsung program ini dibiayai oleh sumber luar. Keseluruhan kos program ini dibiayai sepenuhnya oleh hasil lebihan Belanjawan. Dengan kata lain, program penghargaan warga emas adalah dividen 'anti-rasuah' yang dapat dinikmati oleh rakyat kerana mempunyai sebuah kerajaan negeri yang bersih dan tidak makan duit,” katanya lagi.

- Malaysia kini
Read more...

Reezal mahu jadi ‘hero’ baru di Pulau Pinang

BUKIT MERTAJAM, 27 Sept: Kenyataan Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican kononnya Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberikan RM100 kepada warga emas hasil wang judi sengaja ditiupkan untuk menimbulkan kemarahan orang Melayu.
Pesuruhajaya PAS negeri, Ustaz Saleh Man berkata, sebenarnya isu itu sengaja dimainkan untuk mencari publisiti murahan untuk menonjolkan dirinya 'hero' baru Umno di Pulau Pinang setelah beberapa orang hero lama kini sudah patah sayap.
"Reezal Merican sengaja cari publisiti murahan untuk meningkatkan pengaruhnya bagi dilihat hero baru Umno di Pulau Pinang. Cubaannya untuk menggantikan Tun Abdullah di Parlimen Kepala Batas makin ligat," katanya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir berpendapat Umno bakal menurut ‘kematian’ MCA dan Gerakan Pulau Pinang tidak lama lagi.
“Maka sebab itu kepimpinannya terpaksa melakar sejarah terakhir supaya menjadi kenangan anak cucu,” ujarnya ketika berucap sempena Jamuan Hari Raya Aidilfitri PAS Bukit Mertajam di halaman Pasti Alma Jaya, semalam.
Ujarnya, justeru itu jentera PAS dan Pakatan Rakyat perlu bersiap sedia berganding bahu menyusun pelbagai program dan agenda untuk rakyat bagi menggantikan Umno.
"Apa yang Umno lakukan untuk mengembalikan sokongan ditolak rakyat.  Sokongan orang Cina dan India jelas berpatah arang cuma Melayu saja yang masih berdolak dalik. 
“Namun tidak mengapa, biar Umno cipta isu yang akhirnya makan diri. Bila makan diri, pasti parti itu jadi macam MCA dan Gerakan yang amat lemah di negari ini berbanding dulu begitu agresif," ujarnya. Lagi.
Beliau percaya selepas pilihan raya umum ke-13 nanti, Umno akan kehilangan pengaruh sekaligus melenyapkan impian untuk terus berkuasa di Malaysia.

- Harakahdaily
Read more...

Friday, September 24, 2010

KE MANA PERGINYA PUASA RAMADHAN

Marilah kita menjadi pengikut setia Nabi Muhammad saw. Selepas kita berjaya menamatkan sebulan puasa Ramadhan berserta dengan amalan-amalan yang dituntut, sepatutnya kita mampu untuk melaksanakannya dibulan-bulan yang lain juga, jgnlah kita sia-siakan amalan yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan. Cubalah sedaya upaya untuk mengekalkan amalan-amalan di bulan Ramadhan sehingga kita bertemu dengan Ramadhan yang akan datang. Antara amalan-amalan yang sepatutnya kita amalkan sehingga bertemu Ramadhan yang akan datang adalah seperti berikut:











Read more...

Sunday, September 19, 2010

Liputan Royalti minyak Kelantan-Al-Jazeera - Contoh Laporan Yang Adil Buat MEDIA MALAYSIA!!!



Agak-agaknya, RTM, TV3, media TV, Radio & akhbar2 yg lain sanggup ke buat laporan sebegini??? Adil & saksama... kemudian dipenuhi dengan hujah-hujah yang membawa sesiapa melihatnya untuk menilai kebaikan & keburukannya. Bukan mcm media di Malaysia. la ni asyik nak mengampu aje, mungkin kesan didikan UPCO kot?.... You all fikir la sendiri!!! 
Read more...

Saturday, September 18, 2010

MESTI TONTON: WACANA PERDANA 6 - WAWASAN 2020: REALITI @ ILUSI





Insya ALLAH akan dibawakan LIVE dari
         http://puteh-pas.blogspot.com Read more...

Friday, September 17, 2010

KURSUS ASAS MEMBINA BLOG REMAJA ISLAM ANJURAN GeMS TAMAN EHSAN BERSAMA UNIT IT PEMUDA PAS TAMAN EHSAN


Menjemput semua remaja Taman Ehsan & Desa Jaya (Berumur 12 -15 tahun) untuk menyertai terutamanya adik-adik yang baru sahaja selesai menduduki UPSR digalakkan untuk menyertai kursus ini. 
  • Tarikh Kursus : 16 Oktober 2010 (SABTU) di Pusat Tarbiyah Ehsan (PUTEH)
  • Harga penyertaan yang terendah. Hanya RM 20.00 seorang dan RM 15.00 bagi bekas pelajar PASTI. (Termasuk buku nota, latihan amali menggunakan pc & internet, minum pagi, makan tengah hari, minum petang dan juga SIJIL PENYERTAAN)
  • Peserta yang mendaftar kursus ini, automatik akan didaftarkan KELAB GENERASI IDAMAN SELANGOR (GeMS) TAMAN EHSAN
  • Diakhir kursus, adik-adik akan memiliki blog peribadi dan Insya Allah akan diajar bagaimana untuk menggunakannya sebaik mungkin.
  • Tarikh akhir penerimaan borang pendaftaran adalah 14 October 2010. Kepada sesiapa yang berminat tapi tidak dapat borang, boleh mendaftar menggunakan SMS dengan taipkan  KURSUS BLOG  NAMA  NO. IC dan hantarkan ke 019-3300404.


Read more...

Wednesday, September 15, 2010

'KPN, perasaan aman mula terhakis'


Assalamualaikum,


Tahniah saya buat Tan Sri Ismail Omar.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Ismail Omar atas perlantikan beliau selaku Ketua Polis Negara (KPN) yang baru. Saya sebagai rakyat bawahan yang lemah meletakkan harapan yang tinggi terhadap kewibawaan Tan Sri.

Pemilihan Tan Sri sebagai satu kejayaan dalam kerjaya Tan Sri, di samping satu ujian besar daripada Allah yang akan menghitungkannya pada hari kiamat kelak.

Ya! Harapan rakyat amat besar terhadap Tan Sri KPN. Pada hari ini, lebaran Tan Sri selaku KPN masih lagi putih. Tindakan dan keputusan yang bakal diambil Tan Sri KPN selepas inilah yang akan mencorakkan warna kain tersebut. Rakyat akan berbicara mengenai baik atau buruk pada penilaian mereka. 

Namun apa yang lebih penting segalanya akan tercatat di sisi Allah; adil atau zalim, amanah atau khianat, berjasa atau menganiaya.
Tan Sri, keadilan itu tetap tercatat dengan mulia di sisi Allah, walaupun ada yang menentangnya. Saya percaya Tan Sri akan berusaha sedayanya melaksanakan prinsip-prinsip keadilan itu. Rakyat marhaen seperti saya tentu sahaja akan selalu berdoa agar Tan Sri adil dan berjaya melaksanakan keadilan. 

Adil dan amanah itu perintah Allah dan RasulNya. Insan yang betul fitrahnya sayangkan keadilan dan amanah, cintakan pula kepada pengamal dan pejuangnya. 

Rakyat akan mencintai Tan Sri, insyaAllah. Adapun kezaliman dan khianat, ianya dikutuk di langit dan bumi. Allah dan Rasul memurkainya. Insan yang mukmin dan waras melaknatnya. 



Adil itu merentasi perasaan dan kepentingan



Walaupun ianya dilupai di dunia atas kelicikan manusia, namun Allah menyebut: 

(maksudnya) Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; Sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan Yang berlaku). (dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas)(Surah Ibrahim 42-43). 



Kami berharap Tan Sri berusaha menghindari noda-noda kezaliman.

Saya percaya Tan Sri seorang yang berwibawa dan profesional, apatah lagi Tan Sri seorang muslim yang beriman tentang hari akhirat. Tan Sri, dosa manusia ada yang bersifat peribadi antara dia dengan Allah, dan ada pula yang membabitkan hak-hak makhluk Allah yang lain. 

Dosa peribadi mudah untuk dilangsaikan; taubat dan istighfar antara dia dengan Allah sahaja. Adapun kezaliman terhadap orang lain; ia membabitkan hak hamba-hamba Allah yang tidak mudah untuk diselesaikan. Ada tuntutan yang lain yang mesti bayar, dan Allah juga ada hukuman-Nya yang setimpal.
Tan Sri, hak dan keadilan itu buta warna perbezaan. Adil itu prinsip yang merentasi batasan perasaan dan kepentingan. Merentasi batasan bangsa dan agama sekalipun.

Firman Allah: (maksudnya) "Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan." 
(Surah al-Maidah, ayat 8). 

Saya pasti Tan Sri lebih faham dan lebih berkesedaran dalam hal ini.



Jihad kembalikan keharmonian



Tan Sri, seperti yang kita bersama tahu bahawa asas sosial (basic social values) yang rakyat perlukan adalah security (keselamatan),freedom (kebebasan), order (peraturan), justice (keadilan) danwelfare (kebajikan). Polis berperanan besar dalam hal ini. Tan Sri adalah insan harapan!

Tan Sri, seperti yang Tan Sri maklum kadar dan jenis jenayah dalam negara kita hari ini amat membimbangkan. Perasaan aman yang merupakan asas kehidupan kemanusiaan mula terhakis hari demi hari. Tugas Tan Sri tentulah besar. 



Ia adalah jihad yang agung pahalanya jika Tan Sri dapat mengembalikan keamanan dan memberikan keharmonian kepada rakyat. Salah satu sebab negara tidak aman, hilangnya keberkatan pemerintahan dan rakyat. Adil membuahkan rahmat Allah sekalipun jika pemerintah itu bukan muslim. 

Zalim melahirkan kemurkaan Allah, sekalipun pemerintah itu muslim. Inilah yang sedang kita lihat dalam dunia hari ini. Kami mendoakan agar Tan Sri berjaya meneruskan jihad menegakkan keamanan dan keharmonian dalam kalangan rakyat.

Harapan kami agar Tan Sri dapat melaksanakan prinsip-prinsip yang dititahkan Allah dan RasulNya. Semoga Allah memberkati negara ini kerana keadilan insan-insan yang diberikan amanah. 

Rakyat mengadu kepada penguasa tentang kezaliman orang lain terhadap mereka. Namun, jika penguasa itu yang zalim, rakyat mengadu kepada Allah tentang kezaliman penguasa mereka.

Nabi bersabda: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi kerana ianya dibawa atas lindungan awan dan Allah Yang Maha Tinggi berfirman: "Demi kemuliaan dan keagunganKu, akan Aku menangkan engkau sekalipun selepas beberapa lama" (Riwayat al-Bukhari dalamal-Tarikh al-Kabir, dinilai hasan/ al-Sahihah:870).

Tan Sri, selamat bertugas sebagai KPN yang baru. Bersama Tan Sri jutaan harapan rakyat. Jika saya boleh meminjam wasiat bertulis Abu Bakr al-Siddiq ketika amat uzur dan mencadangkan Umar al-Khattab sebagai penggantinya, antaranya beliau menyebut:

"Sekiranya 'Umar berlaku 'adil, maka itu sangkaan dan pengetahuanku mengenainya. Jika dia sebaliknya, maka setiap individu berdasarkan apa yang dikerjakan. Sedangkan aku inginkan kebaikan dan tidak pula aku tahu perkara yang ghaib. "Nanti orang-orang zalim akan mengetahui di mana kesudahan mereka" Wa al-Salam 'alaikum wa rahmatulLah". (al-Sayuti, Tarikh al-Khulafa, 32, Beirut: Dar al-Fikr). 

Semoga Allah merahmati tugasan Tan Sri, amin.

Rakyat bawahan yang dhaif,


Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Read more...

Tuesday, September 14, 2010

Banner Ucapan Aidilfitri PAS Cawangan Taman Ehsan Di Sabotaj

SELASA, 14 September 2010: Salah satu banner PAS Cawangan Taman Ehsan di sabotaj oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Hujah yang menguatkan banner tersebut disabotaj ialah apabila siasatan di tempat banner tersebut digantung, terdapat kesan tali dipotong dan banner tersebut hilang. 

Pemuda PAS Cawangan Taman Ehsan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang tidak bertanggungjawab ini. Ini merupakan tindakan seorang yang pengecut, bacul dan berhati busuk sehingga banner pun hendak dicurinya. Tindakan ini juga merupakan tindakan yang terdesak kerana takutkan hakikat bahawa sokongan masyarakat kepada PAS semakin bertambah dan juga satu tindakan untuk menghalang pengaruh PAS kepada masyarakat. Kepada individu yang melakukan kerja tersebut, malulah dengan Allah, kerana dengan tindakan anda itu, akan dituntut diakhirat kelak. Ini kerana, banner yang digantung itu adalah milik orang ramai hasil sumbangan & infaq orang ramai. 

Bertaubatlah sebelum terlewat dan diharapkan dapat memulangkan kembali banner tersebut sama ada dengan meletakkan semula di Markaz PAS Cawangan Taman Ehsan@PASTI@PUTEH secepat mungkin. Jika tidak dipulangkan di dunia, kita akan tuntut diakhirat. Nak tak nak, individu tersebut terpaksa membayarnya semula dalam bentuk pahala. Jika pahala dah habis, dia akan terima pula dosa golongan yang dia tindas semasa didunia sehinggalah habis perhitungannya.

Gambar setelah pasang banner pada 7 Sept 2010

Banner dikesan hilang pada petang Isnin 13 Sept 2010




Read more...

Banner ucapan Salam Aidilfitri di setiap jalan-jalan masuk utama Taman Ehsan & Desa Jaya

PAS Cawangan Taman Ehsan, telah menaikkan 5 banner ucapan Salam Aidilfitri kepada semua penduduk Taman Ehsan & Desa Jaya. Kesemua banner ini dipasang di jalan-jalan masuk utama Taman Ehsan & Desa Jaya bagi memudahkan orang ramai menerima masej ucapan Salam Aidilfitri daripada PAS CAWANGAN TAMAN EHSAN dan juga PAS KAWASAN SUBANG. Sekali lagi banner-banner yang dipasang adalah hasil sumbangan & infaq ahli PAS Cawangan Taman Ehsna yang mana banner-banner yang dicetak terpampang gambar pimpinan tertinggi PAS Pusat iaitu Tuan Guru Nik Andul Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Haji Hadi Awang & juga Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dato' Dr Hasan Ali.

Banner 1
Banner 2
Banner 3
Banner 4
Banner 5

Read more...

Tuesday, September 7, 2010

Majlis Khatam Al-Quran & Penyampaian Sumbangan Aidilfitri PUSAT TARBIYAH EHSAN (PUTEH)



5 September 2010 - Tirai kemeriahan ibadah Ramadhan 2010 Pusat Tarbiyah Ehsan (PUTEH) a.k.a PAS CAWANGAN TAMAN EHSAN dilabuhkan dengan Majlis Khatam Al-Quran & Penyampaian Sumbangan Aidilfitri yang diadakan selepas selesai solat sunat tarawikh berjemaah. Seramai 8 ahli jemaah yang diketuai oleh Tn Hj Zahrin memperdengarkan bacaan Al-Quran Juzu ke 30 sebagai tanda penutupan majlis Tadarus Al-Quran yang berlangsung sepanjang Ramadhan. Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan wang ringgit hasil daripada infaq ahli PAS Cawangan Taman Ehsan. Jumlah kutipan sepanjang ramadhan kali ini sebanyak RM14 000.00 dan diagihkan kepada beberapa golongan iaitu Imam Tahfiz (5 orang), Guru PASTI AT-TAUHID, golongan yang layak menerima zakat, pelajar IPT dan muallaf.

Menurut YDP PAS CAWANGAN TAMAN EHSAN, Tn Hj Abd Rahman Hasan, kutipan & infaq ahli tahun ini amat memberansangkan. Ini kerana, setiap ahli telah mula memahami akan hakikat perjuangan PAS yang mana dalam menegakkan ISLAM, sifat pemurah amat diperlukan terutama dalam membantu golongan yang memerlukan sumbangan. Untuk pengetahuan, sehingga hari ini, tertubuhnya Pusat Tarbiyah Ehsan (PUTEH) adalah hasil infaq ahli-ahli yang komitmen dalam menegakkan syariat Islam. Tidak pernah lagi PUTEH meminta sumbangan  mana-mana badan kerajaan Negeri Selangor sama ada untuk membaik pulih atau pun melaksanakan apa-apa program. Semua program yang berjalan selama ini, adalah hasil dari sumbangan jemaah. 

PUTEH juga merupakan tempat menyalurkan bantuan kepada kawasan-kawasan ahli-ahli parlimen PAS yang mana kawasan tersebut amatlah miskin dan naif. Justeru itu, ia menafikan yang mana ada sesetengah pihak mengaitkan PUTEH semakin kukuh kerana adanya bantuan setelah PAKATAN RAKYAT menang di Selangor.

Tn Hj Abd Rahman juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menginfaqkan tidak kira wang ringgit atau pun tenaga untuk memastikan kejayaan PUTEH. Beliau mengharapkan selepas ini, akan lahir lagi dermawan-dermawan yang sanggup untuk menyumbang kepada aktiviti-aktiviti  PUTEH di masa-masa akan datang. Beliau juga mengingatkan aktiviti tarawikh di PUTEH akan diteruskan sehingga ke akhir ramadhan dan Insya Allah, semua jemaah dijemput untuk bertakbir raya di PUTEH pada malam 1 Syawal nanti sebelum mengikuti kunjungan ziarah takbir raya rumah ke rumah yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Islam Taman Ehsan Desa Jaya

Dikesempatan ini seluruh saff pimpinan PUTEH ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat terutamanya kepada semua penduduk Taman Ehsan & Desa Jaya. Maaf Zahir & Batin

Imam Naim mengimamkan solat sunat tarawikh
.

Majlis Khatam Al-Quran


Sumbangan kepada mualaf
Sumbangan kepada DPPKS

Sumbangan kepada guru PASTI


Sumbangan kepada Imam Mohd Asyraf
Sumbangan kepada Imam Mokhtar (Pelajar Mesir)
Sumbangan kepada Imam Naim (Pelajar Mesir)

Gambar kenangan Pemuda PAS Taman Ehsan
Gambar kenangan pimpinan PUTEH bersama Imam dr Mesir (Naim & Mokhtar)
Sumbangan kepada Imam Syakirin
Sumbangan kepada pelajar IPT



Read more...