Tuesday, September 7, 2010

Majlis Khatam Al-Quran & Penyampaian Sumbangan Aidilfitri PUSAT TARBIYAH EHSAN (PUTEH)



5 September 2010 - Tirai kemeriahan ibadah Ramadhan 2010 Pusat Tarbiyah Ehsan (PUTEH) a.k.a PAS CAWANGAN TAMAN EHSAN dilabuhkan dengan Majlis Khatam Al-Quran & Penyampaian Sumbangan Aidilfitri yang diadakan selepas selesai solat sunat tarawikh berjemaah. Seramai 8 ahli jemaah yang diketuai oleh Tn Hj Zahrin memperdengarkan bacaan Al-Quran Juzu ke 30 sebagai tanda penutupan majlis Tadarus Al-Quran yang berlangsung sepanjang Ramadhan. Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan wang ringgit hasil daripada infaq ahli PAS Cawangan Taman Ehsan. Jumlah kutipan sepanjang ramadhan kali ini sebanyak RM14 000.00 dan diagihkan kepada beberapa golongan iaitu Imam Tahfiz (5 orang), Guru PASTI AT-TAUHID, golongan yang layak menerima zakat, pelajar IPT dan muallaf.

Menurut YDP PAS CAWANGAN TAMAN EHSAN, Tn Hj Abd Rahman Hasan, kutipan & infaq ahli tahun ini amat memberansangkan. Ini kerana, setiap ahli telah mula memahami akan hakikat perjuangan PAS yang mana dalam menegakkan ISLAM, sifat pemurah amat diperlukan terutama dalam membantu golongan yang memerlukan sumbangan. Untuk pengetahuan, sehingga hari ini, tertubuhnya Pusat Tarbiyah Ehsan (PUTEH) adalah hasil infaq ahli-ahli yang komitmen dalam menegakkan syariat Islam. Tidak pernah lagi PUTEH meminta sumbangan  mana-mana badan kerajaan Negeri Selangor sama ada untuk membaik pulih atau pun melaksanakan apa-apa program. Semua program yang berjalan selama ini, adalah hasil dari sumbangan jemaah. 

PUTEH juga merupakan tempat menyalurkan bantuan kepada kawasan-kawasan ahli-ahli parlimen PAS yang mana kawasan tersebut amatlah miskin dan naif. Justeru itu, ia menafikan yang mana ada sesetengah pihak mengaitkan PUTEH semakin kukuh kerana adanya bantuan setelah PAKATAN RAKYAT menang di Selangor.

Tn Hj Abd Rahman juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menginfaqkan tidak kira wang ringgit atau pun tenaga untuk memastikan kejayaan PUTEH. Beliau mengharapkan selepas ini, akan lahir lagi dermawan-dermawan yang sanggup untuk menyumbang kepada aktiviti-aktiviti  PUTEH di masa-masa akan datang. Beliau juga mengingatkan aktiviti tarawikh di PUTEH akan diteruskan sehingga ke akhir ramadhan dan Insya Allah, semua jemaah dijemput untuk bertakbir raya di PUTEH pada malam 1 Syawal nanti sebelum mengikuti kunjungan ziarah takbir raya rumah ke rumah yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Islam Taman Ehsan Desa Jaya

Dikesempatan ini seluruh saff pimpinan PUTEH ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat terutamanya kepada semua penduduk Taman Ehsan & Desa Jaya. Maaf Zahir & Batin

Imam Naim mengimamkan solat sunat tarawikh
.

Majlis Khatam Al-Quran


Sumbangan kepada mualaf
Sumbangan kepada DPPKS

Sumbangan kepada guru PASTI


Sumbangan kepada Imam Mohd Asyraf
Sumbangan kepada Imam Mokhtar (Pelajar Mesir)
Sumbangan kepada Imam Naim (Pelajar Mesir)

Gambar kenangan Pemuda PAS Taman Ehsan
Gambar kenangan pimpinan PUTEH bersama Imam dr Mesir (Naim & Mokhtar)
Sumbangan kepada Imam Syakirin
Sumbangan kepada pelajar IPT



No comments:

Post a Comment