
DPPWP kesal kesal budaya fitnah terus membiak dalam Umno walaupun dalam bulan Ramadhan ini. Begitu jauh mereka tersasar dari hidayah Allah. Demi kepentingan politik mereka, gambar sedemikian dicipta, walhal gambar sebenar adalah menunjukan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sedang menyembelih lembu korban untuk rakyat. Gambar berkenaan sengaja direka dengan harapan rakyat melihat bahawa kerjasama PAS dan DAP kononnya merosakan Islam.

Hal sebegini sudah berakar umbi dalam Umno sehingga diwarisi oleh anak-anak muda hingusan yang baru bersama Umno. Sebelum ini, media Umno-Utusan Malaysia memutar belitkan fakta dengan menyebarkan kepada rakyat yang ahli parlimen DAP-Serdang-Teo Nie Ching beri 'tazkirah' dalam surau. Ucapan aluan sengaja ditukar kepada 'tazkirah' bagi mencetuskan polemik awam.
Dua hari lepas Tan Sri Zainuddin Maidin yang juga manta Ketua Penerangan Umno pula menyebarkan fitnahnya dengan mengatakan PAS mahu rampas harta Cina semasa peristiwa 13 Mei dan PAS kononnya turut menyokong tindakan Indonesia menyerang Malaysia semasa konfrontasi.
Semua ini adalah fantasi Umno. Kini mereka bermain gambar pula, sama seperti gambar Zaid minum arak yang mereka cipta di Hulu Selangor. Tindakan ini menunjukan Umno semakin kehabisan modal untuk burukkan PAS-Pakatan rakyat. DPPWP berharap pemimpin dan ahli Umno bertaubat. Semakin banyak fitnah disebar, semakin terdedah keburukan Umno. Semakin banyak fitnah disebar, semakin meluat rakyat kepada Umno. Malulah kepada bukan Islam, malulah kepada umat Islam, malulah kepada Allah kerana perbuatan fitnah ini begitu jijik dan jauh lebih dahsyat dari membunuh. Ianya tidak akan diterima oleh mana-mana kaum dan agama sekalipun.
Herman Samsudeen
Pemangku Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
Jawapan untuk putar belit Malaysiakini dan PAS mengenai gambar Guan Eng sembelih lembu. Bodoh! Bahasa Melayu asas pun puak ni bodoh! Baca sini:
ReplyDeletehttp://satulimatiga.blogspot.com/2010/09/pas-dan-malaysiakini-putar-belit-ayat.html
Pencacai UMNO marah nampak... Hehehe, kalo dah superimposed gambar tu, pastu publishkan plak... FITNAH la tu walaupun ada perkataan 'JIKA'... Org x nampak perkataan 'jika' tu... nak2 plak org kampung yg tebal keBIRUan nyer...
ReplyDelete