Tuesday, September 7, 2010

EDARAN BUBUR LAMBUK PAS CAWANGAN TAMAN EHSAN MENDAPAT SAMBUTAN YANG MENGGALAKKAN


Program Edaran Bubur Lambuk dan Edaran Risalah Kemerdekaan telah diadakan di Pusat Jualan Berbuka Puasa Taman Ehsan dan mendapat sambutan di luar dugaan. Ini kerana program ini terpaksa dilakukan sebanyak 2 kali iaitu pada 31 Ogos 2010 & 4 September 2010. Program ini dianjurkan oleh PAS Cawangan Taman Ehsan dengan kerjasama UPU Taman Ehsan adalah bertujuan untuk mendekatkan lagi perjuangan PAS dengan masyarakat setempat di samping menyambut kemerdekaan bersama masyarakat setempat. 

Pada 31 Ogos 2010, bukan sahaja bubur lambuk & risalah kemerdekaan yang diedarkan, malah bendera Malaysia & Selangor juga diedarkan. Program ini dimulakan dengan gotong-royong memasak bubur disebelah pagi dan pengedaran dimulakan jam 5 petang. Semasa pengedaran di tapak pasar jualan, edaran kepada orang ramai dibantu oleh KELAB PENYOKONG PAS TAMAN EHSAN. Ini membuktikan bahawa perjuangan PAS untuk menegakkan ISLAM di muka bumi ini mendapat sokongan dan bantuan daripada kaum bukan ISLAM. Tindak balas masyarakat setempat juga amat baik dan memberangsangkan kerana ada yang mengucapkan tahniah kepada PAS atas usaha yang dijalankan. Dengan adanya program seperti ini, diharapkan agar lebih mendekatkan dan memahamkan orang ramai akan perjuangan PAS dengan masyarakat setempat terutamanya golongan bukan Islam. Ini kerana, selama ini mereka hanya mendapat maklumat yang salah mengenai PAS sehinggakan golongan ini takut untuk mendekati PAS. 

Program ini juga mendapat kerjasama penuh daripada DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SUBANG (DPPKS) kerana Naib Ketua Pemuda DPPKS juga turut sama mengedar bubur & risalah kemerdekaan kepada orang ramai

Program ini diakhiri dengan membuat kunjungan ziarah untuk mengedar bubur kepada BALAI POLIS TAMAN EHSAN sebagai menghargai jasa pihak polis yang sedang bertugas menjaga keselamatan dan keamanan sekitar Taman Ehsa & Desa Jaya.




Menyusun risalah untuk edaran









Kaum India juga tidak ketinggalan mendapatkan bubur lambuk

Sdr Azuandi, Naib Ketua Pemuda DPPKS

Kelab Penyokong PAS Taman Ehsan









































No comments:

Post a Comment