Tuesday, September 7, 2010

PEMUDA PAS CAWANGAN TAMAN EHSAN BERTUGAS SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR DI I-CITY

31 Ogos 2010, I-City Selangor - Pemuda PAS Cawangan Taman Ehsan sekali lagi menyumbang tenaga sempena Sambutan Kemerdekaan Peringkat Negeri Selangor di I-City Shah Alam. Program ini bermula diambang merdeka lagi iaitu dengan edaran juadah berbuka puasa kepada semua yang hadir. Kemudian diteruskan dengan Solat Maghrib berjemaah. Disusuli pula dengan taklimat ringkas PALESTIN oleh Ustaz Jamuludin, Ketua YAYASAN AMAL MALAYSIA yang juga merupakan salah seorang sukarelawan ke Life Line 4 Gaza (LL4G). Dalam sejarah, rakyat Selangor dapat solat Isyak & Tarawih berjemaah yang di imamkan Johan Imam Muda ASTRO OASIS di tempat terbuka.

Kemuncak majlis ini apabila pertunjukkan bunga api dan laungan merdeka tepat jam 12 tengah malam. Kemudian disusuli pula solat hajat bersama pimpinan kerajaan negeri Selangor. Selepas itu, Menteri Besar Selangor melancarkan Generasi Idaman Selangor (GeMS) dengan melepaskan Expedisi Dakwah Kemerdekaan yang mana ekspedisi ini atas inisiatif DPPNS akan berpecah dan bergerak ke tempat-tempat sambutan kemerdekaan yang lain untuk menyampaikan dakwah dan risalah anti zina.

Program ini diteruskan sehinggalah ke sahur yang disediakan. Tetapi, kami daripada Pemuda PAS Taman Ehsan nekad untuk pulang ke rumah selepas ekspedisi dakwah kerana kepenatan. Semoga apa yang kami lakukan ini, diterima oleh ALLAH dan sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada kempen untuk mengurangkan masalah sosial yang melanda anak bangsa kita  yang semakin parah.












No comments:

Post a Comment