Friday, December 31, 2010

PROMOSI KALENDER 2011 - PUSAT TARBIYAH EHSAN

Dapatkan Kalender PUTEH 2011 yang akan dilancarkan oleh Sdr Khairudin semasa ceramah umum malam ni di Wangsa Permai. Harga RM5.00 sekeping & bersaiz A2. Berminat??? Bleh hubungi @ sms Sdr Khairul 019-3300404 untuk tempahan. Cetakan terhad, siapa cepat dia dapat!!!

TAHUN 2011 - MASA UNTUK BERUBAH!!! 

Read more...

JEMPUTAN KE CERAMAH UMUM DIAMBANG TAHUN BARU 2011 - KEMBALIKAN HAK RAKYAT!!!

Tarikh: 31 Disember 2010
Masa: 9.00 mlm
Tempat: Belakang bangunan Cawangan MPS, Wangsa Permai
Anjuran: Majlis Tindakan DUN Paya Jaras dengan kerjasama PAS Cawangan Taman Ehsan


KEMBALIKAN HAK RAKYAT!!!


Read more...

Saturday, December 11, 2010

Islam itu Dagang, dan akan kembali Dagang

“Sirah perjalanan hidup dan perjalanan Baginda saw perlu sentiasa diteliti dan diteladani. Kronologi perjalanannya yang berpandukan wahyu Ilahi menjadikan Islam satu-satunya agama yang sesuai dan padan untuk dipraktikkan dalam setiap masa, zaman dan keadaan. Dalam kebobrokan masyarakat arab jahiliyyah dan keruntuhan akhlak yang maha dahsyat, lahirnya utusan yang digelar al Amin, yang bakal merubah segalanya, dialah baginda saw yang dicintai. Perjuangan Baginda SAW diawalnya amat perit dan pedih, seribu satu mehnah dan tribulasi terpaksa diharungi oleh baginda saw bersama sahabat-sahabat r.a demi mengeluarkan masyarakat daripada kegelapan kepada cahaya kebenaran. Pembawakan Islam pada ketika itu jauh berbeza dengan kehidupan sosial penduduk apatah lagi pembesar-membesar mereka. Tentangan demi tentangan dilontarkan dek kerana kepelikan ajaran Baginda saw pada waktu itu
Permulaan Islam itu adalah dagang dan asing, bahkan ia akan kembali asing. Baginda saw bersabda :
بداء الإسلام غريبا فسيعود غريبا كما بداء فطوبى للغرباء
Maksudnya : Islam mula tersebar dalam keadaan dagang ( asing) , dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing. ( H.R. Muslim
Islam itu dagang….
Imam ibnu Majah dalam sohehnya mentakrifkan `Algharib` iaitu asing dengan maksud alba`id an wathon iaitu jauh daripada negeri. Dapat difahami disini adalah islam pada waktu itu seakan-akan satu ajaran dan budaya baru yang cuba dibawa masuk oleh baginda saw kebumi arab yang mana ajarannya tidak ada yang sama dengan budaya dan adat yang sedia ada malahan bercanggah terus dengan kehidupan penduduk arab pada ketika itu, walhal ianya adalah cara hidup yang seafdhalnya. Lumrahnya pastilah dimana –mana tempat sekalipun agak sukar untuk menerima perkara baru dalam hidup walau kebenaran sekalipun apatah lagi jika ianya dibawa oleh orang yang tak dikenali dan akan menggugat kedudukan mereka yang berpangkat.Hasilnya sepertimana telah dijelaskan pada awal mukaddimah di atas, Baginda saw mendapat tentangan yang hebat terutama dari golongan pembesar Quraisy yang mempelopor takhta pada zaman tersebut, dakwah hanya Berjaya dikalangan orang bawahan sahaja.
Namun, keyakinan baginda dan sahabat r.a terhadap janji Allah ta`ala mengatasi segalanya. Buktinya, Islam Berjaya menguasai dua pertiga dunia. Kepayahan dan keperitan dilalui baginda saw membuahkan hasil yang sangat lumayan. Islam adalah agama yang tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya. Firman Allah : “ Sesungguhnya Agama disisku adalah agama Islam “-Ali Imran 13 – . Kesyumulan dan keadilan Islam menjadikan ia realistik dan praktik untuk seluruh umat .Dari zaman baginda saw diikuti zaman khulafa` rashidin, umawiyyah, abbasiyyah dan uthmaniyyah, kesemua zaman ini Berjaya menidakkan dakyah–dakyah kristian dan yahudi. Ulama-ulama`islam bertebaran keseluruh dunia menyebarkan ajaran yang suci ini.
Islam kembali Dagang……
Kata ulama`, Hidup ini umpama roda, terkadang di atas dan terkadang dibawah. Islam turut tidak terlepas dari sunnah ini. Di akhir pemerintahan khalifah Uthmaniyyah,( 1003 – 1342h ) Islam mula goyah.strategi musuh Berjaya merampas takhta, bahkan kekalahan ini berpunca daripada pemerintah sendiri yang lemas dengan harta kekayaan yang melimpah ruah, memberi peluang untuk musuh mula mencucuk jarum.Islam kembali asing……musuh tertawa sinis…..
Islam kini kembali seperti asalnya, seolah-olah agama ini tidak pernah wujud dimuka bumi ini,Islam sudah tentu dicemuh dan asing dimata musuh-musuhnya, bahkan lebih dari itu, Islam dianggap asing dikalangan orang Islam itu sendiri! Apa sudah terjadi ? Begitulah realitinya. Sebahagian daripada orang islam merasa ganjil dan pelik apabila melihat orang Islam yang iltizam ( komitmen ) dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar. Seorang yang komitmen dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang sihat, sebagai contoh kalau ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian masuk waktu solat, tiba-tiba ada seorang yang meminta diri untuk menunaikan solat, maka tindakan itu dianggap tidak sopan dan kurang wajar. Sedangkan orang yang tidak solat sambil bersenda-senda ketika orang lain bersolat tidak dianggap sebagai perbuatan yang salah dan terkutuk, tetapi marah apabila dikatakan bukan islam.
Malahan lebih teruk lagi Perundangan Islam tidak dijadikan asas bagi sesebuah negara. Mereka lebih berbangga dengan Undang-undang barat dijadikan sebagai panduan hidup dan pedoman. Baru –baru ini Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dalam akhbar utusan bertarikh 21 Ogos 07 mencadangkan agar rujukan kepada Common Law Inggeris yang sekian lama digunapakai di Malaysia dimansuhkan kerana menggambarkan minda pengamal undang-undang tempatan masih terjajah. Seolah-olahnya itulah undnag-undang terbaik didunia menggambarkan betapa sempitnya dan dijajahnya pemikiran kita. Umat Islam menurut sahaja kehendak amerika! Istilah Islam Amerika yang diperkenalkan oleh Syed Qutb membenarkan lagi firman Allah : “Orang –orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.” -Albaqarah – . Apabila Amerika mengiktiraf Islam , pastilah kita dibawah telunjuk mereka!
Dunia terus memulau Islam.Penindasan terus bermaharajalela. Umat Islam terlalu kerdil walhal jumlah mereka ¼ penduduk bumi.Isu Palestin tidak pernah selesai. Persidangan demi persidangan dibuat, namun natijahnya …… . Penindasan terus berlaku, Israel semakin mengganas, Amerika pula memberikan sokongan padunya pada Israel. Utusan Malaysia 16 Ogos, Amerika menawarkan pakej bantuan ketenteraan pada Israel sejumlah RM102Bilion, satu angka yang cukup besar untuk kelengkapan moden tenteranya sedangkan rakyat Palestin hanya bersenjatakan batu. Ibarat gajah bertempur dengan semut. Pertempuran yang berat sebelah.
Beruntunglah mereka yang dagang……
Firman Allah : ( طوبى لهم و حسن مآب ) Ar Ra`d-29

“ Orang yang beriman dan beramal soleh bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik “
Para ulama` mensyarahkan ( طوبى ) dengan pelbagai tafsiran, diantaranya dengan makna kehidupan yang baik, kebaikan yang berterusan, syurga dan lain-lain lagi( tafsir Thobari, asas tafsir – Said Hawa) Setiap amal pasti ada ganjarannya. Janji inilah yang membuatkan pendokong –pendokong Islam terus bersemangat waja untuk mempertahankan Islam. Walau kini Islam kembali asing pada pandangan manusia, tetapi tidak disisi Allah pencipta yang maha mulia! Pada ketika inilah akan munculnya golongan yang digelar sebagai AlGhuraba` sepertimana yang disebutkan pada hadis di atas. Imam Ibnu Qaiyyim dalm menta`lik surah hud ayat 116 yang bermaksud

mengapa tidak ada dari umat yang sebelum kamu orang yang mempunyai keutamaan yang melarang daripada mengerjakan kerosakan dimuka bumi,kecuali sebahagian kecil diantara orang yang telah kami selamatkan diantara mereka”
Golongan yang dimaksudkan dalam ayat diatas adalah AlGhuraba` yang dimaksudkan didalam hadis , iaitu mereka yang akan mengislah kefasadan umat . Doktor Yusof Qardhawi menyifatkan Ghuraba` ini adalah Ahli Allah semata-mata, tidak berpihak pada mana-mana puak atau kepentingan,tidak terikut dengan fahaman –fahaman yang ada, semuanya berpaksi di atas jalan Quran dan sunnah untuk menegakkan kebenaran . Firman Allah : “ Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang dimuka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah ” – Al An`am:116
Untuk menjadi Ghuraba` seperti yang dimaksudkan bukanlah satu tugas yang mudah, ia memerlukan pada menjiwai sirah dan perjuangan baginda beserta kefahaman yang mendalam terhadap Quran dan sunnah . Kesatuan umat perlu diutamakan. Perpecahan yang berlaku perlu dikoreksi dari masa kesemasa untuk mencari titik persamaan dan menghindar permusuhan. Mempertahankan Islam di akhir zaman ini diibaratkan oleh baginda saw umpama menggenggam bara api. Kalau tidak bersungguh-sungguh nescaya agama akan terlepas dari genggamannya kerana suasana sekelilingnya yang tidak membantu pada kebaikan.
Justeru, untuk mencapai Alqhuraba` yang dicitakan Islam mendambakan himmah kecintaan dan sensitiviti yang tinggi pada Islam, Dikala Islam dibawah kitalah yang menaikkannya, tatkala Islam di atas kitalah yang mendokongnya dan gugurnya kita adalah kerana membela Islam ! Sebagai penutup renungkan firman Allah ta`ala ini : “ Hai orang-orang yang beriman,barangsiapa diantara kamu yang murtad dari agamanya,maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang mukmin ,yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir yang berjihad dijalan Allah dan yang tidak takut celaan orang yang suka mencela “
Wallahu a`lam


Rujukan
  1. Terjemahan Al Quran Indonesia
  2. Mu`jam Mufahris Al Quran
  3. Fathul Mun`im
  4. ( AlWajiz ) Tarikh Islami ; Doktor Mohd Suhail
  5. 40 Hadis Peristiwa Akhir zaman : Ustaz Fahmi zamzam
  6. Syarah Hadis 40 Imam Nawawi
  7. Fatawa Mu`asarah Yusof Qardhawi
  8. Soheh Ibnu Hibban
  9. Tafsir Thobari
  10. Al Asas fi Tafsir : Sa`id Hawa
  11. Kamus Marbawi
Read more...

Thursday, December 9, 2010

UMNO @ BN PARTI RASUAH: Senarai Dakwaan Rasuah Khir Toyo

  • Mengarahkan pembelian kereta Mercedes S350 bernilai RM1 juta dengan menggunakan dana anak syarikat Selangor (Kumpulan Darul Ehsan)
  • Membelanjakan RM40 juta hanya untuk membuat 10 buah 'banglo' bagi penempatan ahli Exco Kerajaan Negeri.
  • Dokumen berkaitan kejadian pencerobohan Taman Pertanian Bukit Cahaya, Seri Alam yang setelah didedahkan di media Khir Toyo sendiri mencabar BPR menyiasat namun semuanya senyap dan ditutup.
  • Dokumen berkaitan dakwaan kerajaan negeri yang menyatakan Kerajaan BN sebelum ini telah menghilangkan 'keuntungan' RM30 billion. Contoh punca kehilangan ialah Canal City joint-venture project yang dianugerahkan oleh Khir Toyo melibatkan 810ha secara 'percuma' kepada sebuah syarikat swasta.
  • A special investigative team which was set up for the purpose would probe how certain senior officers of the corporation were holding 30% shares in a subsidiary. This included a investigation of RM100,000 gift to former Mentri Besar as a bonus. In 2007, the state government only collected RM17mil revenue from sand mining instead of the RM170mil which it was supposed to get
  • Setelah tiga hari kejatuhan kuasa kerajaan negeri Selangor ke atas Pakatan Rakyat, Zaharah Kechik yang merupakan mantan pengerusi Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) memanggil mesyuarat tergempar Balkis untuk membubarkannya dan menutup akaunnya sehari kemudian. Wang kira-kira RM9.9 juta milik Balkis dilapor dipindahkan ke satu akaun lain, sebelum sampai kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (Bakti).
  • Percubaan membubarkan Balkis melalui Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 13 Mac bagaimanapun berjaya dihalang Menteri Besar baru Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Tindakan Zaharah Kechik itu dikatakan tidak sah di sisi undang-undang karena mengikut perlembagaan Balkis, badan itu dipengerusikan oleh isteri Menteri Besar kerajaan semasa, di mana pada hari mesyuarat tergempar tersebut, beliau bukan lagi isteri Menteri Besar negeri Selangor. Isu itu akan dibawa ke dalam Dewan Undangan Negeri pada mesyuarat yang akan datang.
  • Pembohongan tentang Konsultansi Juruaudit, Zaharah Kechik pernah berkata bahawa sebelum pemindahan dana RM9.9 juta Balkis juruauditnya pernah dirujuk. Namun, pada 28 April 2008, Juruaudit Balkis, Yee Choon Kong & Co menafikan firma itu pernah dirujuk sebelum pemindahan tersebut. Malah, firma itu beberapa kali menghubungi bendahari Balkis, Suraimi Sapuan, agar beliau menyerahkan rekod-rekod kewangan seperti penyata bank, buku resit rasmi, baucer pembayaran, dokumen sokongan, resit deposit tetap, minit mesyuarat, butiran keahlian dan senarai langganan untuk membolehkannya mengaudit kewangan tahunan Balkis bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007. Walau bagaimanapun, panggilan telefon kepada bendahari Balkis tidak dijawab dan juruaudit turut mengesahkan bahawa penyata kewangan Balkis masih kekal tanpa audit dan ia juga tidak pernah mengeluarkan Laporan Audit yang sah berhubung urusan kewangan Balkis bagi tahun berakhir 31 Disember 2007 kepada anggota-anggotanya.
  • Meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings.
  • Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.
  • Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja.
  • Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.
  • Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.
  • Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri).Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.
  • Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu.Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.
  • Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.
  • Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.
  • Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.
  • Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.
  • Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa untung JAKS?
  • Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km)merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.
  • Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.
  • Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.
  • Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.
  • Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.
  • Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.
  • Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, “Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang.”
  • Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.
  • Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.
  • Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.
Dipetik dari blog www.jomjahanam.blogspot.com


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
 
p/s: Setelah ada 30 list kes rasuah baru SPRM & Mahkamah nak bertindak. Kalo khir toyol dgn 30 kes, baru didakwa, ape la anak2 buah dia nak takut kalo stakat 10-20 kes..... Kesimpulannya, kalo pimpinan no.1 UMNO@BN  Selangor ada 30 kes, anak2 buahnya confirm ada kes jugak... cuma belum cukup banyak untuk didakwa... Setakat 10 @ 20 kes tu, pejam mata je laaaa... alahai UMNO. Kalo tak rompak duit rakyat tak sah... Nasib baik la PR menang di Selangor, kalo x, mungkin sampai sekarang tak didakwa-dakwa... Insaflah wahai penyokong UMNO!!!
Read more...

Wednesday, December 8, 2010

Demonstrasi Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat di Masjid Negara

5 Disember 2010 - Ibaratkan perayaan yang dinanti-nantikan bagi pemuda Taman Ehsan apabila menyertai demonstrasi KEMBALIKAN HAK AIR KEPADA RAKYAT baru-baru ni. Jika tidak bermandikan air water canon dan bom asap tidak sah!, mungkin ada yang merasakan tidak perfect jika x dapat merasai kedua2nya. Selain itu, kami juga telah bermain police entry dengan bapak-bapak polis & sb semasa demo tersebut. Cuma nasib telah menentukan kami tidak dicekup, walupun dah hampir-hampir nak kene. Seriau jugak dibuatnya... Walau bagaimanapun, tahniah kepada semua yang telah menjayakan demonstrasi tersebut.... Sumpah kami anak muda, akan terus berjuang menentang  kezaliman sehingga tumbang rejim zalim BN yang diketuai oleh Najib. Kerajaan pimpinan Najib bacul kerana menggunakan polis untuk menghalang kami rakyat Malaysia untuk bertemu agong. Salahkan kami rakyat Malaysia untuk menghadap agong bagi mengadu kezaliman yang dilakukan oleh kerjaan BN melalui SYABAS? Merompak Dan memeras duit rakyat... Tidak salah untuk mendapat sedikit keuntungan bagi tujuan operasi, tapi SYABAS ni naikkan harga air sebanyak 37% dah melampau!!! Mungkin konsesi SYABAS jadi kantung poket BN untuk dapatkan dana dengan mengerah rakyat marhaen. Elok juga kerajaan PR selangor ambil alih SYABAS daripada terus mencekik rakyat.













Sebahagian polis preman yang diarahkan oleh BN untuk menghalang rakyat dr bertemu dengan agong. Wahai Polis!, tidakkah kamu terfikir, bukankah air hak kamu juga sebagai rakyat? Kenape kamu diperkudakan terhadap orang yang memperjuangkan hak kamu juga???





Sumpah kami anak muda akan terus berjuang menentang kezaliman pemerintahan rejim BN sehingga tersungkur, takkan mengalah selagi BN tidak tumbang... Hidup hidup, hidup Rakyat! Hancur hancur, hancur BN!

Read more...

JAMBORI AMAL KEBANGSAAN 2010 DI SUNGAI UDANG, MELAKA

Sg Udang, Melaka - Pemuda PAS Taman Ehsan telah menghantar 8 orang unit amal ke Jambori Unit Amal Kebangsaan di Sg Udang pada 3-5 Disember 2010 yang lepas. Jambori yang berlangsung selama 3 hari ini, telah memberikan kemahiran yang amat bermakna di kalangan pemuda di samping merapatkan ukhwah sesama pemuda. Dimulakan dengan semangat kerjasama berpasukan yang mantap dlm mendirikan khemah dibawah panas terik matahari sehinggalah dipaksa berendam dalam paya, cukup memberikan pengajaran & keinsafan betapa perlunya pemuda-pemuda ISLAM penuhkan diri dengan ilmu-ilmu kemahiran survival yang tinggi & juga kesabaran yang tinggi dalam memperjuangkan agama Allah. Dengan bertemakan "Mencari Kawan", jambori kali ini menampakkan semangat setiakawan yang tinggi sesama ahli pemuda terutamanya ahli Unit Amal Negeri Selangor yang telah menghantar penyertaan yang tertinggi melebihi 250 orang. Pemuda PAS Kawasan Subang sahaja telah menghantar seramai 53 penyertaan yang terdiri daripada syabab & briged yang diketuai oleh komander Hairul Nizam selaku Ketua Unit Amal Subang.

Sepanjang berlangsungnya jambori, Pemuda PAS Taman Ehsan telah mengambil beberapa bahagian, antaranya pertandingan merempuh halangan, bola sepak pantai dan juga pertandingan ping pong. Hasil daripada kerjasama berpasukan, pasukan selangor yang disertai pemuda Taman Ehsan (Saudara Arif & Kimi) telah mendpat tempat ke 3 dlm pertandingan merempuh halangan dan juga dapat mara ke semi final dalam acara ping pong (saudara Khairulanuar bersam sdr Zali).

Pemuda Taman Ehsan & juga sebahagian peserta dari negeri Selangor diarahkan pulang awal kerana untuk membantu program Demonstrasi Aman membantah kenaikan harga air oleh SYABAS anjuran kerajaan negeri Selangor pada hari Ahad 6hb Disember 2010.


Mujahid tengah mengerah tenaga untuk menaikkan khemah utama KEM NEGERI SELANGOR

Aik!, arif pun ade... Sempat lg tersenyum walaupun berjemur dibawah terik matahari


Tengah buat gadjet.... Hanya mereka je yang tahu, gadjet ape yg mereka buat...

Walaupun makan nasi mentah, tp 2 talam mereka bertiga belasah
 
Setelah kekenyangan... Hisyam dah sampai ke bulan

Taklimat & perbincangan strategi oleh kem komanden Negeri Selangor...


Arif jd ketua Pasukan Selangor B dlm pertandingan merempuh halangan... tengah susun strategi tu. mantap!mantap!

Read more...