- Mengarahkan pembelian kereta Mercedes S350  bernilai RM1 juta dengan menggunakan dana anak syarikat Selangor  (Kumpulan Darul Ehsan)
 
- Membelanjakan RM40 juta hanya  untuk membuat 10 buah 'banglo' bagi penempatan ahli Exco Kerajaan  Negeri.
 
- Dokumen berkaitan kejadian pencerobohan Taman  Pertanian Bukit Cahaya, Seri Alam yang setelah didedahkan di media Khir  Toyo sendiri mencabar BPR menyiasat namun semuanya senyap dan ditutup.
 
- Dokumen  berkaitan dakwaan kerajaan negeri yang menyatakan Kerajaan BN sebelum  ini telah menghilangkan 'keuntungan' RM30 billion. Contoh punca  kehilangan ialah Canal City joint-venture project yang dianugerahkan  oleh Khir Toyo melibatkan 810ha secara 'percuma' kepada sebuah syarikat  swasta. 
 
- A special investigative team which was set up  for the purpose would probe how certain senior officers of the  corporation were holding 30% shares in a subsidiary. This included a  investigation of RM100,000 gift to former Mentri Besar as a bonus. In  2007, the state government only collected RM17mil revenue from sand  mining instead of the RM170mil which it was supposed to get 
 
- Setelah  tiga hari kejatuhan kuasa kerajaan negeri Selangor ke atas Pakatan  Rakyat, Zaharah Kechik yang merupakan mantan pengerusi Badan Kebajikan  Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) memanggil mesyuarat  tergempar Balkis untuk membubarkannya dan menutup akaunnya sehari  kemudian. Wang kira-kira RM9.9 juta milik Balkis dilapor dipindahkan ke  satu akaun lain, sebelum sampai kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga  Isteri-isteri Menteri (Bakti). 
 
- Percubaan membubarkan  Balkis melalui Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 13 Mac  bagaimanapun berjaya dihalang Menteri Besar baru Selangor, Tan Sri Abdul  Khalid Ibrahim. Tindakan Zaharah Kechik itu dikatakan tidak sah di sisi  undang-undang karena mengikut perlembagaan Balkis, badan itu  dipengerusikan oleh isteri Menteri Besar kerajaan semasa, di mana pada  hari mesyuarat tergempar tersebut, beliau bukan lagi isteri Menteri  Besar negeri Selangor. Isu itu akan dibawa ke dalam Dewan Undangan  Negeri pada mesyuarat yang akan datang.
 
- Pembohongan  tentang Konsultansi Juruaudit, Zaharah Kechik pernah berkata bahawa  sebelum pemindahan dana RM9.9 juta Balkis juruauditnya pernah dirujuk.  Namun, pada 28 April 2008, Juruaudit Balkis, Yee Choon Kong & Co  menafikan firma itu pernah dirujuk sebelum pemindahan tersebut. Malah,  firma itu beberapa kali menghubungi bendahari Balkis, Suraimi Sapuan,  agar beliau menyerahkan rekod-rekod kewangan seperti penyata bank, buku  resit rasmi, baucer pembayaran, dokumen sokongan, resit deposit tetap,  minit mesyuarat, butiran keahlian dan senarai langganan untuk  membolehkannya mengaudit kewangan tahunan Balkis bagi tahun kewangan  berakhir 31 Disember 2007. Walau bagaimanapun, panggilan telefon kepada  bendahari Balkis tidak dijawab dan juruaudit turut mengesahkan bahawa  penyata kewangan Balkis masih kekal tanpa audit dan ia juga tidak pernah  mengeluarkan Laporan Audit yang sah berhubung urusan kewangan Balkis  bagi tahun berakhir 31 Disember 2007 kepada anggota-anggotanya.
 
- Meluluskan  projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh  20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir  disenaraihitamkan, Meram Holdings.
 
- Menurut taksiran  JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang  menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An,  27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi  pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga  mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.
 
- Meluluskan  tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat  syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn  Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua  syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi  tinggi itu kepada seorang sahaja.
 
- Nilai tanah di  kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh  untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.
 
- Meluluskan  tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat.  Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara  rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya  empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi  Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua  mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim  Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut  keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.
 
- Meluluskan  tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya  baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril  Yusri).Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di  mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini  tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya  penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi  pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan  permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai  pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika  permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.
 
- Bagaimana  Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh  membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai  kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun  MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu.Rumah itu juga  diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina  rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja  lebih RM300,000.
 
- Menggunakan kuasa dan pengaruhnya  sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot  14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun  hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila  mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan  dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga  yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.
 
- Khir  memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan  sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25  Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari  mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15  Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn  Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat  ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan  ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi  ayam pun tiada.
 
- Pada 17-18 April 2001, meluluskan  kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi  Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua  Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa  Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100  ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang  besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.
 
- Projek  membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke  Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.. Projek ini terlalu mahal  dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika  sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat  dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli  keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada  kontraktor LBH Engineering.
 
- Meluluskan konsesi  membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada  syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip  JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter  paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600.  Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa untung JAKS?
 
- Meluluskan  kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih  1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada  Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan.  Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6  juta untuk 1km)merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor  yang hampir disenarai-hitamkan.
 
- Khir membayar RM10,000  sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan,  Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50  peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau  membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang,  selepas lima bulan menjadi MB.
 
- Beliau mengarahkan  Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika  timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa  keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah  pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem  wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.
 
- Khir  mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan  negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah  resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini  bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan  Selangor.
 
- Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran  ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat  kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September  2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel  Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.
 
- Meluluskan  pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan  Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada  26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia  kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan  tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun  seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada  Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh  kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337  ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan  tidak mengisytihar kepentingannya.
 
- Khir mengarahkan  agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas  mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang  dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco  lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco  sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu  rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di  kerusi masing-masing. Maknanya, “Exco Selangor masuk mesyuarat  berlenggang, keluar pun berlenggang.”
 
- Meluluskan hampir  11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan  rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat  membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan  demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih  RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble  Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.
 
- Menggunakan  ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka  penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16  Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir  mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak,  buat kroni dan suku-sakatnya.
 
- Mengeksploit mesyuarat  Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah  & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain.  Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES,  menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi  legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.
 
Dipetik dari  blog www.jomjahanam.blogspot.com
'UMNO  PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’
™  kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®
!!" MEMBUJUR  LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
 
p/s: Setelah ada 30 list kes rasuah baru SPRM & Mahkamah nak bertindak. Kalo khir toyol dgn 30 kes, baru didakwa, ape la anak2 buah dia nak takut kalo stakat 10-20 kes..... Kesimpulannya, kalo pimpinan no.1 UMNO@BN  Selangor ada 30 kes, anak2 buahnya confirm ada kes jugak... cuma belum cukup banyak untuk didakwa... Setakat 10 @ 20 kes tu, pejam mata je laaaa... alahai UMNO. Kalo tak rompak duit rakyat tak sah... Nasib baik la PR menang di Selangor, kalo x, mungkin sampai sekarang tak didakwa-dakwa... Insaflah wahai penyokong UMNO!!!
 
Read more...