Jumaat 21 Jamadilakhir 1431 / 04 Jun 2010
 
 
 
 
 
Puluhan ribu membanjiri Perarakan 'Mengutuk Zionis Yahudi Laknatullah' Pakatan Rakyat (PR) di ibu negara selepas solat Jumaat bagi membantah serangan berdarah Tentera Israel terhadap 'Flotila Misi Bantuan Kemanusiaan' pro-Palestin Isnin lalu. Jemaah sebelum itu berkumpul dan membanjiri Masjid Jamek Kg.Baru untuk menunaikan solat Jumaat sebelum berarak beramai-ramai ke Kedutaan U.S di Jalan Ampang, sejauh hampir 5 kilometer. Dipimpin Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim, mereka bergerak lancar dengan dibantu oleh pihak polis serta Unit AMAL Malaysia mengawal perarakan. Majlis serahan memorandum dilakukan oleh rombongan yang dianggotai oleh wakil daripada setiap parti komponen PR iaitu dengan diketuai oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim (PKR), YB Lim Kit Siang (DAP) dan Ust. Nasarudin Mat Isa (PAS). Rombongan berjaya memasuki kedutaan untuk menyerahkan memorandum atas desakan ramai berbanding hanya menerimanya sekadar di pintu pagar sahaja. Sementara menunggu rombongan itu keluar, perhimpunan diluar kedutaan tidak kurang hebat dengan dihangatkan oleh Ust. Ridzuan Md.Noor (EXCO PEMUDA PAS Pusat) menjadi pengantara pemidato. Antara pemidato yang memanaskan suasana tengahari itu ialah Ust.Idris Ahmad (Penerangan PAS Pusat), Ust.Nasruddin Hassan At Tantawi (Ketua PEMUDA PAS Pusat), YB Sallehuddin Ayub (MP Kubang Krian), YB Dr.Hatta Ramli (MP Kuala Krai), Abg.Mat Sabu (AJK PAS Pusat), Dr. Mahfoz (Naib Ketua Dewan Ulama'), Syamsul Iskandar (Ketua AMK), Mustapha Kamil Ayub (Naib Presiden PKR), Cikgu Bad (MKT PKR), Ust.Norazli Musa (DPP Perak) dan Ust.Sallehuddin Nasir (YDP Gombak). Memorandum bantahan mereka berjaya disampaikan kepada wakil kedutaan Amerika Syarikat kira-kira jam 3.30 petang tadi tanpa sebarang insiden yan tidak diingini. Kemudianya rombongan itu tadi menyampaikan pidato dengan dimulai oleh YB Lim Kit Siang diikuti dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan disudahi dengan Ust.Nasarudin Mat Isa serta bacaan doa oleh beliau. Kemudiannya semua bersurai dalam keadaan aman dan tanpa kejadian yang tidak diingini.
 
 
 
 
 
 
 

Lagi gambar disini.
Wallahuallam....

- http://pemuda.pas.org.my/