Tuesday, January 26, 2010

Pemuda PAS buat jelajah erat ukhuwah | Print | E-mail

Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam, Pemuda PAS Pusat akan mengadakan sesi jelajah seluruh negara bertema `Kami mencintai Mu Ya, Rasulullah' bermula awal Februari dan berakhir Disember 2010.

Menurut pengerusinya, Ustaz Ridwan Mohd Noor dalam program itu turut diedarkan sticker kereta dan motor. Katanya, matlamat program itu mahu menanam dan menyubur rasa kasih dan cinta kepada Rasulullah di samping menyuntik kesedaran para penyokong dan pendukung PAS tentang perjuangan Islam yang diteraskan qudwah terbaik melalui Rasulullah.

"Kita juga mengharapkan dapat merapatkan ukhuwah antara pimpinan Pemuda PAS Pusat dengan ahli di peringkat akar umbi," katanya.

Beliau berkata, program itu bermula di Sungai Besar dan akan berakhir di dataran Masjid KLCC pada 31 Disember 2010. Pihak lajnah juga akan mengedarkan buku-buku bacaan percuma di sekolah di bawah penyeliaan PAS, jelasnya.

Sepanjang program itu diadakan ceramah dan forum yang berkaitan majlis penting dengan Rasulullah seperti memperingati perang Khaibar, hijratul Rasul, perjanjian akobah pertama dan kedua.

No comments:

Post a Comment