Saturday, January 16, 2010

Aktiviti Bermain Badminton Pemuda PAS Taman Ehsan










Taman Ehsan, 15 Jan 2010 - Aktiviti Bermain Badminton Pemuda PAS Taman Ehsan diadakan setiap hari Jumaat bertempat di Dewan Serbaguna Taman Ehsan. Aktiviti ini bermula jam 10.00 malam sehingga 12.00 malam. Alhamdulillah, sehingga laporan ini dibuat, aktiviti ini telah berjaya diadakan dengan jayanya dengan kehadiran 10 hingga 12 orang pemuda sekitar Taman Ehsan, Desa Jaya dan Taman Usaha Ehsan. Menurut penyelaras program, aktiviti ini akan diadakan secara berterusan dan akan mempergiatkan lagi hebahan kepada umum. Disamping itu, dengan adanya aktiviti ini, akan membuka ruang kepada Pemuda PAS Taman Ehsan untuk mendekati pemuda/remaja sekitar Taman Ehsan, Desa Jaya dan Taman Usaha Ehsan dan sekaligus merapatkan silaturrahim.

No comments:

Post a Comment