Wednesday, June 22, 2011

Program Usrah Pemuda di Kondo: Iman, Islam, Ehsan

Selasa, 21 Jun 2011- Pemuda melakukan Usrah di Kondominium, Bukit Idaman membincangkan tentang Iman, Islam dan Ehsan. Jika kita tidak faham tentang konsep ini, maka hilanglah punca kehidupan kita. Hari ini, ucapan Syahadah menjadi sekadar mainan mulut masyarakat Islam tanpa rasa tenggungjawab terhadap kalimah tersebut. Mengucap, tapi masih lagi melakukan poerbuatan jahiliyyah seperti berjudi, minum arak, menolak hukum Allah, menyokong pemimpin zalim dan sebagainya.

Menurut satu hadis, ketika Nabi dan para sahabat sedang melakukan usrah, hadir seorang lelaki yang tidak dikenali mengadap Baginda S.A.W. dengan duduk lutut berlaga dengan Nabi S.A.W.. Lelaki yang tidak dikenali tersebut berpakaian putih bersih tanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda seorang musafir dan rambutnya hitam bersih. Lelaki itupun bertanya kpd Nabi," Ya Muhammad, apakah yang dikatakan dengan Islam?". Nabi memberikan 5 rukun Islam. Lelaki itu bertanya lagi,"Apakah yg dikatakan dengan Iman?". Nabi memberikan 6 rukun Iman. Lelaki itu membenarkan lagi apa yang diperkatan oleh Nabi. Sahabat bertambah hairan. Lelaki itu bertanya lagi," Apakah yang dikatakan dengan Ehsan?". Nabi menjawab," Ehsan ialah apabila kamu beribadah seolah-olah kamu melihat Allah. Jika kamu tidak melihat Allah, percayalah, Allah sedang melihat kamu." Seperti biasa, lelaki tersebut membenarkan apa yg dikatakan oleh Nabi. Berkata ia lagi," Khabarkan kepadaku tentang hari kiamat." Jawab Nabi,"Tidaklah yang yang ditanya itu lebih tau dari yang bertanya.". Lelaki itupun berlalu pergi. "Umar, kamu tahu tak siapa tadi?". Umar menjawab,"Allah dan kamu lebih tahu.". Nabi menjawab, "Itulah Jibril datang kepada kamu." Read more...

Thursday, June 9, 2011

Program Usrah Pemuda sambil Jogging di Tmn Tasik Titiwangsa


Rabu, 08/06/2011- Pemuda Taman Ehsan telah membuat satu program Usrah sambil berjoging di Taman Tasik Titiwangsa sambil membuat program pengisian ilmu. Selesai sahaja Berjoging, program dirancakkan lagi dengan majlis makan malam di Restoran Arab dengan hidangan Pizza dan minuman Yogurt. Read more...

Wednesday, February 16, 2011

Rehlah & brainstorming Pemuda PAS Cawangan Taman Ehsan

15 Februari 2011 (Selasa) - Pemuda PAS Cawangan Taman Ehsan telah berjaya mengadakan Rehlah & Brainstorming Pemuda Cawangan Taman Ehsan di Ulu Yam. Tujuan diadakan rehlah adalah untuk merapatkan lagi ukhwah & juga perbincangan barisan kepimpinan Pemuda & hala tuju Pemuda Cawangan sesi depan dan juga perbincangan  penetapan usul yang hendak di bawa semasa Mesyuarat Agung Tahunan 2011 PAS Cawangan Taman Ehsan yang akan diadakan pada 20 Februari 2011 (Ahad) ni. Selain itu, rehlah kali ini juga BBQ dan mandi sungai. Diharapkan, gerak kerja pemuda PAS Cawangan Taman Ehsan akan menjadi lebih kehadapan & mantap dibawah pimpinan baru yang bakal dilantik pada 20 Februari 2011 nanti.


































Read more...

Tamrin II : Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang

12b & 13 Februari 2011 (Sabtu - Ahad) - Pemuda PAS Cawangan Taman Ehsan telah menyertai Tamrin II DPPK Subang yang diadakan di Kuang. Tamrin kali ini, dianggap yang paling berjaya dan berkesan kerana pelbagai aktiviti yang berkesan dan kertas kerja telah dibentangkan. Peserta yang hadir juga seramai 20 orang lebih. Program dimulakan dengan pendaftaran jam 9.00mlm (Sabtu) dengan pendaftaran, disusuli dengan ucapan taujihad dari Ketua Pemuda Subang, Ust Ridzuan Ismail. Selepas itu, para peserta dihidangkan dengan kambing bakar & kerang bakar sebagai santapan makan malam. Program diteruskan dengan qiamullail, solat Subuh berjemaah, dan juga kuliah Subuh yang bertajuk Memahami Usrah yang dibentangkan oleh Ust Nik selaku Ketua Lajnah Tarbiyah DPPK Subang. Aktiviti seterusnya, aktiviti fizikal yang mana setiap peserta perlu berendam dalam kolam.Dalam pertandingan yang diadakan, pertandingan baling buah kelapa dlm kolam, perlumbaan renang dan lain lain lagi. Kaedah pengucapan umum juga diajar dengan dijadikan sebagai denda kepada pasukan yang tewas. Antaranya, Pembentangan Kertas Kerja  yang dibentangkan adalah Tarbiyah Islamiyah: Pengenalan & Perlaksanaan Dalam PAS, Tarbiyah Ruhiyah & Tahalus Siasi. Program diakhiri dengan ikrar Pemuda Subang & juga peringatan resolusi ijtimak tarbawi Pemuda yang diadakan di Rusila baru-baru ini.

Pembentangan Kertas Kerja: Tarbiyah Islamiyah: Pengenalan dan Perlaksanaan Di Dalam PAS

Aktiviti memanaskan badan diketui oleh Ketua Unit Amal Subang, Sdr Hairul Nizam

Ust Fauzi (Naqib Taman Ehsan) tengan memberi penerangan peraturan perlawanan

Antara peserta tamrin yang terkena denda public speaking.

Team dari Taman Ehsan.
Read more...

Saturday, February 5, 2011

JOM SERTAI KONVOI DPP KAW SUBANG KE HIMPUNAN 30K

Semua pemuda/belia Taman Ehsan/Desa Jaya & sekitarnya dijemput menyertai Konvoi DPP Kaw. Subang ke H30K pada 18 & 19 Februari 2011 ni. Boleh berdaftar dengan Sdr Khairulanuar (019-3300404) bg Zon Aman Puri/Wangsa Permai & Taman Ehsan secepat mungkin... Read more...

Monday, January 3, 2011

'BACK TO SCHOOL 2011' @ PUTEH

1 Januari 2011 - UPU Taman Ehsan telah menjadi lokasi pertama dalam program "Back To School" anjuran JPD PAS Paya Jaras. Aktiviti ini bermula dengan ketibaan Konvoi Motosikal Berkuasa Tinggi yang mana mengiringi Sdr Hairuddin Othman untuk menyampaikan barang-barang persekolahan seperti beg, alat tulis dan lain-lain untuk keluarga yang kurang berkemampuan. Kemudian, konvoi tersebut akan menjelajah seluruh Paya Jaras untuk menyambaikan barangan persekolahan kepada yang memerlukan.




















Read more...

31 Disember 2010 - Suasana Ceramah Isu-Isu Semasa di Wangsa Permai- Anjuran JPD Paya Jaras bersama UPU PAS TAMAN EHSAN

















Read more...