Wednesday, February 16, 2011

Tamrin II : Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang

12b & 13 Februari 2011 (Sabtu - Ahad) - Pemuda PAS Cawangan Taman Ehsan telah menyertai Tamrin II DPPK Subang yang diadakan di Kuang. Tamrin kali ini, dianggap yang paling berjaya dan berkesan kerana pelbagai aktiviti yang berkesan dan kertas kerja telah dibentangkan. Peserta yang hadir juga seramai 20 orang lebih. Program dimulakan dengan pendaftaran jam 9.00mlm (Sabtu) dengan pendaftaran, disusuli dengan ucapan taujihad dari Ketua Pemuda Subang, Ust Ridzuan Ismail. Selepas itu, para peserta dihidangkan dengan kambing bakar & kerang bakar sebagai santapan makan malam. Program diteruskan dengan qiamullail, solat Subuh berjemaah, dan juga kuliah Subuh yang bertajuk Memahami Usrah yang dibentangkan oleh Ust Nik selaku Ketua Lajnah Tarbiyah DPPK Subang. Aktiviti seterusnya, aktiviti fizikal yang mana setiap peserta perlu berendam dalam kolam.Dalam pertandingan yang diadakan, pertandingan baling buah kelapa dlm kolam, perlumbaan renang dan lain lain lagi. Kaedah pengucapan umum juga diajar dengan dijadikan sebagai denda kepada pasukan yang tewas. Antaranya, Pembentangan Kertas Kerja  yang dibentangkan adalah Tarbiyah Islamiyah: Pengenalan & Perlaksanaan Dalam PAS, Tarbiyah Ruhiyah & Tahalus Siasi. Program diakhiri dengan ikrar Pemuda Subang & juga peringatan resolusi ijtimak tarbawi Pemuda yang diadakan di Rusila baru-baru ini.

Pembentangan Kertas Kerja: Tarbiyah Islamiyah: Pengenalan dan Perlaksanaan Di Dalam PAS

Aktiviti memanaskan badan diketui oleh Ketua Unit Amal Subang, Sdr Hairul Nizam

Ust Fauzi (Naqib Taman Ehsan) tengan memberi penerangan peraturan perlawanan

Antara peserta tamrin yang terkena denda public speaking.

Team dari Taman Ehsan.

1 comment:

  1. Barakallah..moga gerak kerja di Subang bertambah laju.. Terutamanya dalam gerak kerja dakwah dan perkaderan.. Barakallah.. : )

    ReplyDelete