Sunday, October 31, 2010

PRK GALAS : Lagi fitnah UMNO kepada PAS. UMNO juara FITNAH


UMNO kini semakin terdesak, sehinggakan sanggup buat fitnah terhadap PAS oleh kerana mereka terjumpa 2 kotak arak di tapat pembuangan sampah yang kononnya dikatakan berdekatan dengan tempat PAS berprogram. Kecoh di kalangan blogger UMNO untuk menjadikan bahan berkempen mereka, tp tidak pula dinyatakan dengan jelas tempatnya di mana. Hanya sebut di Galas... Gambar yang dipamerkan pun hanyalah longgokan kotak dan dalam lonnggokan itu, terdapat 2 kotak arak. Tak de plak mereka tunjukkan khemah2 atau apa-apa bukti yang menunjukkan PAS ada program di situ @ yang berdekatan. Ni lah, yang dikatakan dengan tindakan terdesak UMNO untuk mengekang kemenangan PAS di Galas. Mereka sanggup menghalalkan cara dengan memfitnah, dan sekaligus mengekalkan gelaran UMNO JUARA FITNAH.


Jika ditanya, budak-budak yg belum akil baligh pun, PASti mereka akan ketawa tergolek-golek dengan fitnah terbaru UMNO ni... ambil gambar kotak arak kat tempat buang sampah. Pastu kata PAS jamu arak. Adusss!!! mentalitili tahap keberapa la puak2 UMNO ni, Kalau camtu, pasti mereka akan kata AJK MASJID@SURAU menghidang arak kepada jemaah masjid jika terdapat botol-botol arak bersepah di luar masjid. Buktinya senang, kerana terdapat banyak botol2 arak di luar masjid.

Jika dibaca artikel mereka ni, banyak andaian bleh dibuat. Bagi saya senang, ia merupakan sabotaj dr puak UMNO yang meletak kotak arak kat situ, pastu ambil gambar, kata PAS hidang arak dalam misi nak meraih undi dan untuk memperbodohkan rakyat. Kalau betul, kenapa hanya tunjukkan gambar ditempat buang sampah sahaja? tunjukkan la sekali khemah tempat PAS berprogram? ataupun sekurang2nya, banyak bendera PR disitu yang menunjukkan tempat PAS berprogram. Aduh... apela nak jadi dgn UMNO ni.... & korang nilailah sendiri...


"UMNO JUARA FITNAH" 


GEMPAR! PAS MENJAMU ARAK KEPADA PENGUNDI CINA DI GALAS!

Pas berada dalam keadaan yang terdesak di Galas sekarang.


Mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk mencapai kemenangan 
kerana mereka tahu peluang untuk menang agak sukar sekarang.



Majoriti pengundi melayu telah menolak Pas habis-habisan. Yang 
mereka boleh harapkan sekarang hanyalah kepada pengundi-
pengundi cina yang akan menjadi kuasa penentu kepada kemenangan 
mereka.



Kerana itulah Pas bersungguh-sungguhan dan bermati-matian 
menjaga pengundi cina sekarang agar undi tidak lari. Mereka 
sanggup buat apa sahaja demi undi.



Gambar diatas membuktikan segalanya, kotak-kotak arak 
diatas dirakam di tempat Pas telah mengadakan satu 
majlis makan malam bersama pengundi cina di Bandar Baru 
Gua Musang dua malam lepas.



Arak pun araklah, asal boleh dapat undi. Pas sanggup buat 
apa sahaja demi undi. Negara pun boleh dijual kelak jika 
mereka memerintah kerana nak dapat undi.



Itulah Pas, dulu kini dan selamanya sentiasa berbohong. 
Perjuangan mereka bukan demi Islam, tetapi demi mendapatkan 
undi.


Sumber: Selangor Daily 

Read more...

Saturday, October 30, 2010

PRK P185-BATU SAPI : Ansari jatuh laut lagi

Selepas menjadi mangsa jeti runtuh Rabu lalu, calon PKR bagi pilihan raya kecil parlimem Batu Sapi, Ansari Abdullah jatuh lagi ke laut hari ini selepas pelantar yang disambung ke laluan di situ pula runtuh.

Insiden itu berlaku ketika Ansari melawat Kampung Gas, Sandakan tengahari tadi. Ia merupakan perkampungan nelayan yang dibina di atas tiang di laut.




NONEAnsari berada di belakang Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menuju ke sebuah rumah apabila pelantar yang menyambung ke titi itu runtuh

Menurut pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, selain Ansari, tiga orang lagi turut terjatuh ke laut apabila pelantar itu runtuh.

Khalid juga, katanya, hampur terjatuh. Bagaimanapun beliau sempat memegang tiang sebuah rumah sebelum pelantar itu runtuh.

Mereka yang jatuh itu mengalami cedera ringan. Ansari cedera di lutut dan dada.


- Malaysiakini Read more...

Wednesday, October 27, 2010

PRK GALAS: KEHADIRAN LEBIH 10 000 PENYOKONG PAS PENAMAAN CALON MENGGERUNKAN BN

GALAS, 26 Okt - Kehadiran lebih 10,000 orang  penyokong Pakatan Rakyat hari ini memberi petanda cerah kerusi Pas bakal dipertahankan oleh Dr Zulkefli Mohamad.

Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengulas perkara ini berkata, "Kedatangan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat begitu menggembirakan dan menaikkan semangat jentera dan calon."

Beliau menambah, "Di dalam Islam ada cara untuk menaikkan semangat orang sebagaimana di dalam haji iaitu ittibagh dengan membuka bahu bagi menguatkan keyakinan bahawa kita masih kuat dan mampu beribadah dengan sempurna.

Begitu juga dengan aktiviti ramal (berlari-lari anak) selepas saie, supaya kita merasa gagah. Maksudnya ada masa dalam Islam yang Islam suruh kita tunjuk gagah supaya lawan merasa gerun dan tidak sombong serta angkuh dengan kita."

Upacara penyerahan nama calon yang diiringi oleh beribu-ribu penyokong, tidak kira yang tua atau muda, Islam ataupun bukan memberi janji kejayaan Pakatan dalam pilihanraya umum ke-13 nanti.

Tuan Guru Nik Aziz yang turut hadir pada sesi penamaan calon kelihatan begitu gembira dengan jubah putih yang dipakai beliau. Pada malam sebelumnya beliau dikatakan tidak sihat dan diminta berehat. Namun beliau tetap memberikan komitmen di atas kerja-kerja memenangkan calon.

Antara pimpinan-pimpinan tertinggi PAS Pusat yang hadir adalah Presiden PAS, YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Naib Presiden Dato Paduka Husam Musa, pemimpin muslimat PAS seperti YB Siti Zailah, YB Senator Mumtaz md Nawi, YB Dr Siti Mariah Mahmud dan beberapa pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat seperti Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Setiausaha DAP Perak Ngeh Kor Ham,  Sivarasa, Setiausaha Agung Saifuddin Nasution dan daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS.

- http://n45galas.pas.org.my/

Read more...

PRK GALAS: ANTARA TINDAKAN TERDESAK BN UNTUK MENGEKANG KEMENANGAN PAS DI GALAS

GALAS, 26 Okt - Sekatan FRU kepada rombongan pasukan yang mengiring calon PAS memasuki Pusat Penamaan Calon di Pejabat Tanah jajahan Gua Musang adalah sesuatu diluar jangkaan.
Diulas oleh Saifuddin Nasution Setiausaha Agung Parti Keadilan " Saya tidak menafikan terdapat cubaan untuk melengah-lengahkan proses penyerahan borang pencalonan, calon PAS sehingga mengambil masa setengah jam".

Tegasnya, "Sekatan seumpama ini tidak pernah berlaku sepanjang PRK sebelum ini. Tidak pernah berlaku FRU berbaris merintangi jalan sehingga menyekat perarakan calon untuk masuk ke kawasan penamaan.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang menjelaskan "Perkara  tersebut tidak dimaklumkan di dalam sebarang taklimat SPR".

Dalam kejadian yang berlaku pada 9.30 pagi tadi, sekumpulan FRU didakwa menyekat kumpulan pertama yang mengiring calon PAS  dari pimpinan Pakatan Rakyat yang terdiri dari Presiden PAS, YB Tuan Guru Abdul Hadi Awang,Lim Kit Siang Pengerusi DAP Kebangsaan dan Naib Presiden PKR Azmin Ali.

Malah,selepas dipamerkan PAS kebenaran memasuki Pusat Penamaan,mereka tetap dihalang memasuki Pusat Penamaan tersebut.
Ditanya mengenai alasan dan motif kejadian berlaku, Saifuddin enggan memberi sebarang penjelasan.Sebaliknya menyerahkan jawapan dari kejadian tersebut kepada pihak Polis.

"Saya tidak tahu, kita serahkan kepada pihak Polis untuk menjawab",ujar beliau.

Bagaimanapun perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat jentera pakatan Rakyat agar perkara seumpama ini tidak berulang lagi.
Read more...

Tuesday, October 26, 2010

Urus tadbir ekonomi negara pincang

KUALA LUMPUR, 25 Okt: Urus tadbir kewangan negara tetap dianggap pincang walaupun kerajaan pada 2009 berjaya menyimpan baki tunai RM6.32 bilion berbanding 2008 hanya RM1.541 bilion.

Menurut Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar, baki tunai tersebut tidak wajar dianggap sebagai suatu kejayaan kerana jumlah pinjaman tunai yang dibuat Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan I pada tahun lepas sebanyak RM107.171 bilion.

Sedangkan katanya, pinjaman tunai kerajaan pada tahun 2008 hanya RM75.156 bilion.

"Maka tak ada ertilah kalau kerajaan berjaya mendapatkan kurangan (baki) RM6.32 bilion kalau pinjaman kerajaan bertambah lebih RM35 bilion (RM35.015 bilion)," ujarnya petang tadi di lobi Parlimen.

Bagaimanapun, beliau merakamkan penghargaan kepada pasukan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang kerana telus mendedahkan kelemahan di sebalik urus tadbir kewangan negara pada majlis taklimat bersama Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pagi tadi.
"Ketua Audit Negara telah menjalankan tugas mereka untuk mendedahkan segala kelemahan ini, maka perlu diambil iktibar dan ditangani serta-merta oleh kerajaan," ujarnya yang juga menganggotai PAC.

Bajet defisit 14 tahun berturut-turut

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula menyelar Bajet 2011 yang menunjukkan defisit secara 14 kali berturut-turut.

Khalid sewaktu membahaskan bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini berkata, Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) sudah kehilangan idea dan tidak mampu menghasilkan bajet yang mengandungi kaedah menyelesaikan masalah ekonomi yang dihadapi oleh negara.

"Walaupun kerajaan menyebut defisit hanya 5 peratus lebih sedikit sahaja, hakikatnya peratusan itu bukan berdasarkan kepada jumlah bajet tetapi ianya berdasarkan kepada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), 5.2 peratus atau 2 atau 3 peratus atau 4 peratus daripada KDNK, ia merupakan angka yang cukup besar," katanya.

Menurut beliau juga, berdasarkan bajet yang dibentangkan, pinjaman kerajaan menunjukkan angka yang sangat besar iaitu sebanyak RM46 bilion.

"Kalau kita lihat dalam buku ucapan Bajet 2011, kita akan melihat di muka surat yang mengadungi carta pai jumlah penjaman dan penggunaan daripada aset-aset kerajaan, ianya adalah sebanyak 22 peratus adalah daripada pinjaman.

"Jumlah pinjaman ini adalah sebanyak RM46 bilion. Ini merupakan satu jumlah yang cukup besar dan apabila kita lihat bahawa kita pun pada masa yang sama membayar hutang negara sebanyak RM18 bilion.

"Ini bermaksud kita pinjam untuk bayar pinjaman negara. Ini merupakan satu keadaan yang sangat parah kerana kalau tidak ada pinjaman RM46 bilion itu dengan cara pengurusan kewangan yang dilakukan oleh BN, kita tak akan ada duit untuk membayar pinjaman yang telah kita buat sebelum ini," jelasnya.

Tegasnya juga, kerajaan telah menunjukkan cara pengurusan kewangan yang sangat tidak bertanggungjawab apabila hutang negara melonjak melebihi RM400 bilion dalam keadaan pendapatan kerajaan dan negara semakin berkurangan.

"Hutang bertambah, peratusan wang yang kita gunakan untuk servis pinjaman semakin bertambah, pendapatan semakin menguncup," katanya lagi.

Ujarnya juga, meskipun laporan audit negara dikeluarkan pada setiap tahun, namun kerajaan tidak menunjukkan kesungguhan untuk memulihkan ekonomi negara.

"Bajet ini tidak mengambil kira masa depan anak cucu kita. Kita telah dianugerah Allah satu negara yang begitu kaya dengan hasil minyak dan sebagainya tapi kerana boros, pengurusan yang tidak cekap, penuh ketirisan, walaupun dilaporkan ketua audit negara setiap tahun, tapi tak ada kesungguhan BNuntuk mengubah keadaan ini," katanya.

Ke mana RM3 bilion untuk pengangkutan awam
 
Ahli Parlimen Pendang, Datuk Dr Mohd Hayati Othman mempersoal status RM3 bilion yang sepatutnya dibelanjakan oleh kerajaan untuk membangunkan prasarana pengangkutan awam negara.

"Persoalan sekarang ini adalah RM3 bilion baki dari wang penjimatan hasil kenaikan harga minyak pada era Tun Abdullah Ahmad Badawi jadi Perdana Menteri dulu, ke mana perginya," ujarnya di lobi Parlimen yang ditujukan kepada Najib.

Ini kerana penyata Parlimen hari ini mendedahkan bahawa sebanyak RM1.436 bilion telahpun diperuntukan oleh kerajaan untuk pembangunan prasarana pengangkutan awam negara sejak tahun 2006 hingga 2009.

Penyata Dewan Rakyat menjelaskan, kerajaan telah memperuntukkan RM50 juta pada 2006 untuk Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pengakutan Awam (JKKMPA) membangunkan prasaranan pengangkutan awam.

Pada 2007, sebanyak 569 juta diperuntukan untuk tujuan yang sama.

Manakala pada 2009, kerajaan sekali lagi memperuntukkan RM250 juta pada tahun 2009.
Turut dilaporkan, sebanyak RM567 juta telah disalurkan kepada projek-projek prasarana pengangkutan awam termasuk terminal pengangkutan, kajian pelan induk pengangkutan pengangkutan awam dan pembelian pelbagai jenis rolling stock keretapi.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut membangkitkan suatu khabar bahawa Kementerian Pengangkutan bercadang membeli suatu model keretapi dari China yang menurutnya tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh kerajaan.

Lanjutan itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa wujud unsur penyelewengan di sebalik pengurusan Tabung Kumpulan Wang Amanah Pengakutan Awam (KWAPA) di bawah Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

"Banyak kali isu kereta api yang nak dibeli dari China ini dibangkitkan (seperti) tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan, mungkin ini juga suatu penyelewengan yang cuba dilakukan," ujarnya.

-Harakahdaily
Read more...

PRK GALAS: Muhyiddin, Janjimu Lebih Diperlukan Di Batu Sapi


Parti Islam Se-Malaysia PAS menganggap kenyataan Tan Sri Muhyidn Yasin selaku Timbalan Pedana Menteri Malaysia yang mengatakan kalau harapkan  PAS untuk membawa kemajuan seperti mengharapkan  bulan jatuh ke riba. Ini satu kenyataan yang bersifat emosi, mungkin Tan Sri Muhyiddin baru keluar bertapa daripada Gua Tempurung terus ke Galas. Mungkin beliau juga seorang yang buta maklumat dan tidak pernah melihat dunia Kelantan. Kenyataan ini dikeluarkan untuk menutup kelemahan beliau sewaktu berjanji di pilihanraya kecil Manik Urai. Ia merupakan satu mimpi yang menakutkan, kerana tidak terfikir ada pula pillihanraya kecil di Kelantan, kebetulan tidak jauh daripada Manik Urai. InsyaAllah rakyat Galas akan ajar pemimpin dan parti yang pandai menabur gula di bibir pada 4 hb Nov 2010. 
 
PAS menasihatkan Tan Sri Muhyiddin pergilah ke Batu Sapi, janjilah biar banyak sikit. Kerana Batu Sapi di bawah negeri yang Umno perintah. Berapa ramai rakyat Batu Sapi yang perlukan rumah dan keperluan asas yang lain. Usah buang masa di Galas. Rakyat Galas sudah tidak perlu kepada Umno dan orang-orang yang sama seperti Muhyiddin. Sabah di bawah Umno yang masih ketinggalan, nombor satu miskin dan diikuti oleh negeri Terengganu. Kedua-dua negeri ini Umno yang memerintah dan mempunyai minyak, tetapi rakyatnya makan taik minyak. Sedangkan Kelantan yang diperintah oleh PAS, menduduki nombor enam, kemajuannya jauh berbeza dengan negeri yang Umno perintah. Sepatutnya Tan Sri Muhyiddin kena merasa malu kenapa Sabah yang kaya dengan hasil mahsul bumi, tetapi menjadi negeri termiskin di Malaysia.

Pengundi Galas sudah selesa di bawah PAS dan Pakatan Rakyat dan mereka melihat keupayaan PAS memerintah Kelantan berbanding dengan Umno. Bercakap dengan penuh retorik ketika pilihanraya. Kemampuan PAS mentadbir Kelantan dengan baik tidak dapat dinafikan oleh mereka yang celik hati. Sikap buruk kerajaan pusat di bawah Umno BN yang tidak hormat federalisme menyebabkan 118 projek kerajaan pusat tidak dilaksanakan sejak 1991 RMK 9. Inilah sikap busuk hati pemimpin Umno yang mengkhianat sesama bangsa, kerana perbezaan ideologi.


Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat
Read more...

PRK GALAS: Gula-gula untuk rakyat GALAS, Perumahan Rakyat....

Timbalan pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Abdul Aziz Yusof yang diletakkan sebagai calon parti itu bagi pilihan raya kecil DUN Galas akan dapat menandingi calon PAS Dr Zulkefli Mohamad walaupun hanya berkelulusan SPM.

Katanya, beliau tidak merasakan perkara itu akan menjadi isu dalam pilihan raya kecil kali ini kerana masyarakat perlu menilai Abdul Aziz secara keseluruhan.

Jelasnya, Abdul Aziz mewakili parti BN yang mempunyai keupayaan sumber yang besar berbanding PAS yang membentuk kerajaan di Kelantan.

“Atas nama beliau sendiri tak mungkin boleh (menang) tapi kerana dia mewakili parti. Maka parti lebih berupaya. Hari ini kita buktikan melalui flat yang dibangunkan itu,” katanya yang merujuk kepada satu Projek Perumahan Rakyat yang dilancarkannya hari ini.

Projek pembinaan sebanyak 1,500 unit rumah itu dibina dengan peruntukan sebanyak RM180 juta dan disasarkan kepada sebanyak 10,000 rakyat miskin di kawasan itu.

Sebanyak 18 blok rumah pangsa lima tingkat yang diumumkan di Taman Wangi, sebuah kawasan perumahan di dalam kawasan DUN Galas.

“Kalau hendak harapkan PAS, (seperti) menunggu bulan jatuh ke riba. Tapi bukan kita cakap sebab begitu dengan bongkak atau sombong tapi nak cakap dengan realitinya memang kita berupaya,” katanya lagi dalam sidang media selepas pengumuman calon berkenaan di Gua Musang hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru supaya pengundi di situ memilih Abdul Aziz sebagai wakil yang mampu menyuarakan tuntuan mereka.
“Kalau ada tuntutan yang beliau perlu sampaikan kepada kerajaan, ini akan diberi layanan dengan saksama,” katanya lagi.

Jelasnya, pendekatan itu merupakan salah satu pendekatan “inklusif” BN bagi memenangi hati masyarakat pelbagai kaum seperti di dalam DUN Galas.

p/s: Janji yang akan tinggal janji. Rakyat masih menunggu & menuntut janji-janji manis BN semasa PRK Manek Urai. Majlis pecah tanah dah buat, papan tanda 'Satu Lagi Projek Barisan Nasional' dah pacak, cuma belum nampak lagi jentera-jentera berat untuk memulakan construction... Begitulah jugak yang akan berlaku di GALAS nanti, Insya Allah, pengundi-pengundi GALAS akan buat pilihan yang bijak, sama ada hendak memilih golongan Munafiq atau golongan yang Benar. Antara ciri-ciri orang munafiq, bila berjanji, dikhianati.... 
Read more...