Wednesday, February 16, 2011

Rehlah & brainstorming Pemuda PAS Cawangan Taman Ehsan

15 Februari 2011 (Selasa) - Pemuda PAS Cawangan Taman Ehsan telah berjaya mengadakan Rehlah & Brainstorming Pemuda Cawangan Taman Ehsan di Ulu Yam. Tujuan diadakan rehlah adalah untuk merapatkan lagi ukhwah & juga perbincangan barisan kepimpinan Pemuda & hala tuju Pemuda Cawangan sesi depan dan juga perbincangan  penetapan usul yang hendak di bawa semasa Mesyuarat Agung Tahunan 2011 PAS Cawangan Taman Ehsan yang akan diadakan pada 20 Februari 2011 (Ahad) ni. Selain itu, rehlah kali ini juga BBQ dan mandi sungai. Diharapkan, gerak kerja pemuda PAS Cawangan Taman Ehsan akan menjadi lebih kehadapan & mantap dibawah pimpinan baru yang bakal dilantik pada 20 Februari 2011 nanti.


































Read more...

Tamrin II : Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang

12b & 13 Februari 2011 (Sabtu - Ahad) - Pemuda PAS Cawangan Taman Ehsan telah menyertai Tamrin II DPPK Subang yang diadakan di Kuang. Tamrin kali ini, dianggap yang paling berjaya dan berkesan kerana pelbagai aktiviti yang berkesan dan kertas kerja telah dibentangkan. Peserta yang hadir juga seramai 20 orang lebih. Program dimulakan dengan pendaftaran jam 9.00mlm (Sabtu) dengan pendaftaran, disusuli dengan ucapan taujihad dari Ketua Pemuda Subang, Ust Ridzuan Ismail. Selepas itu, para peserta dihidangkan dengan kambing bakar & kerang bakar sebagai santapan makan malam. Program diteruskan dengan qiamullail, solat Subuh berjemaah, dan juga kuliah Subuh yang bertajuk Memahami Usrah yang dibentangkan oleh Ust Nik selaku Ketua Lajnah Tarbiyah DPPK Subang. Aktiviti seterusnya, aktiviti fizikal yang mana setiap peserta perlu berendam dalam kolam.Dalam pertandingan yang diadakan, pertandingan baling buah kelapa dlm kolam, perlumbaan renang dan lain lain lagi. Kaedah pengucapan umum juga diajar dengan dijadikan sebagai denda kepada pasukan yang tewas. Antaranya, Pembentangan Kertas Kerja  yang dibentangkan adalah Tarbiyah Islamiyah: Pengenalan & Perlaksanaan Dalam PAS, Tarbiyah Ruhiyah & Tahalus Siasi. Program diakhiri dengan ikrar Pemuda Subang & juga peringatan resolusi ijtimak tarbawi Pemuda yang diadakan di Rusila baru-baru ini.

Pembentangan Kertas Kerja: Tarbiyah Islamiyah: Pengenalan dan Perlaksanaan Di Dalam PAS

Aktiviti memanaskan badan diketui oleh Ketua Unit Amal Subang, Sdr Hairul Nizam

Ust Fauzi (Naqib Taman Ehsan) tengan memberi penerangan peraturan perlawanan

Antara peserta tamrin yang terkena denda public speaking.

Team dari Taman Ehsan.
Read more...

Saturday, February 5, 2011

JOM SERTAI KONVOI DPP KAW SUBANG KE HIMPUNAN 30K

Semua pemuda/belia Taman Ehsan/Desa Jaya & sekitarnya dijemput menyertai Konvoi DPP Kaw. Subang ke H30K pada 18 & 19 Februari 2011 ni. Boleh berdaftar dengan Sdr Khairulanuar (019-3300404) bg Zon Aman Puri/Wangsa Permai & Taman Ehsan secepat mungkin... Read more...