Thursday, April 22, 2010

Pemuda PAS Taman Ehsan bekerjasama menaikkan bendera bersama Pemuda PAS Subang dan UPU Bukit Beruntung di Bukit Sentosa 2





Khamis, 21 April 2010 - Pemuda PAS Taman Ehsan bersama DPP Subang & UPU Bukit Beruntung telah bersama-sama menjalankan tugas dengan mengedar risalah semasa majlis penerangan 'Hit & Run' di tapak pasar malam Bukit Beruntung. Setelah tamat majis penerangan 'Hit & Run', pemuda berpindah ke Telipot untuk mengedarkan risalah di kawasan ceramah umum. Kerja-kerja menaikkan bendera dan poster bermula lebih kurang jam 12 t/malam dan berhenti pada jam 2.30 pagi. Jelas terpampang keletihan di wajah-wajah petugas. Kita berkerja tanpa mengharapkan apa-apa bayaran atau imbuhan, sebaliknya mengharapkan keredhaan Allah SWT semata-mata. Kepada semua petugas PRK, marilah kita nekad, kita tak akan menyerah kalah sebelum berjuang. Andai kata, kita menang, Alhamdulillah. Jika tidak, janganlah kita berputus asa. Kalah menang bukan matlamat kita, sebaliknya pengorbanan kita yang sedikit inisebagai bekalan kita apabila menghadap Illahi nanti. Insya Allah, kerja-kerja edar risalah, menaikkan poster dan bendera akan diteruskan sehingga ke hari pengundian nanti.

- Khairulanuar
Read more...

Tuesday, April 20, 2010

Surat Perjanjian dengan APCO oleh KERAjaan BN


Read more...

Gambar FITNAH Datuk Zaid yang di 'superimposed'

Penipuan Mereka Pecah


Gambar yang diubah bagi tujuan memfitnah


Gambar asal

- www.harapanmalaysia.com

Read more...

Snap secara rasmi sertai Pakatan Rakyat

Parti Nasional Sarawak (Snap) secara rasmi menjadi anggota keempat Pakatan Rakyat, - menjelang pilihan raya kecil parlimen Sibu pada 16 April ini.

Mengumumkan kemasukan Snap hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tugas pertama parti itu ialah menyokong calon DAP yang akan bertanding di kerusi berkenaan.

Pengumuman calon Pakatan itu akan dibuat pada 27 April.

Snap adalah antara parti tertua di Sarawak dan pernah menjadi anggota parti pemerintah Barisan Nasional sebelum menjadi parti pembangkang.

Mereka tidak mempunyai sebarang kerusi di dewan undangan negeri Sarawak.

Ahad lalu, Anwar dan beberapa pemimpin Pakatan berjumpa di Sibu bagi memeteraikan kerjasama berkenaan.

Pada pilihan raya umum 2008, kekurangan penyelarasan menyaksikan pertandingan lebih dua penjuru di antara Snap, DAP dan PKR - satu tindakan yang memberi kelebihan kepada BN.

- Christine Chan, Malaysiakini Read more...

Semua mantan PM kecuali Pak Lah minum arak

BN digesa menghentikan serangan peribadi terhadap calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim - dengan terus mengaitkannya dengan isu minum arak - kerana perkara tersebut "melampau batas" dan menjadi budaya dalam Umno, parti terasnya sendiri.

Menyifatkan kempen sebegitu sebagai "tiada kelas", Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali mendakwa, semua perdana menteri Malaysia - kecuali Tun Abdullah Ahmad Badawi - terlibat dengan pengambilan minuman beralkohol.

"Tak ada seorang pun daripada mereka itu yang tak pernah minum arak, kecuali (Abdullah) Badawi. Pak Lah saya akui, yang saya tahu, tak minum arak.

"Tetapi empat yang lain ini semua terlibat. Ada yang saya tengok dengan mata saya sendiri terlibat," katanya yang juga bekas pengarah pilihan raya pusat PAS.

Bercakap dalam sidang media di pejabat agung parti itu di ibu negara tengah hari ini, Mustafa turut mendakwa, selain meminum arak, tiada pemimpin utama Umno yang bebas daripada tiga lagi "dosa", iaitu "rasuah, judi dan perempuan."

"Kadangkala empat (dosa) sekali gus ada pada seorang," katanya yang mengaku mengetahuinya kerana pernah berada dalam kerajaan ketika parti itu bergabung dalam BN sekitar tahun 70-an.

Bagaimanapun, Mustafa memberi jaminan, PAS tidak akan mengikut rentak parti lawan dengan mengambil pendekatan yang sama kerana strategi tersebut "orang PAS tidak pernah buat".

"Tidak, tidak, tidak. Maknanya nak beri tahu, kalau PAS nak main isu ini, dah lama dulu PAS boleh main. Tetapi PAS tak buat, kita jaga etika.

"Tetapi saya nak bagi tahu, kamu (Umno) main isu Zaid ini, kalau kita (PAS) hendak main, kita boleh sebut.

"Ini apa yang kamu buat dulu, sekarang pun kamu masih terus (terlibat)," katanya ketika disoal sama ada PAS akan mengikut rentak yang sama dengan Umno selepas ini.

Ditanya sama ada PAS mahu menjadikan isu tersebut sebagai "peluru terakhir" dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor kali ini, Mustafa sambil ketawa berkata:

"Tengoklah kalau (mereka) agas (sombong) sangat."

Katanya, isu melibatkan peribadi silam Zaid sengaja dimainkan Umno kerana parti itu tidak mempunyai sebarang lagi itu untuk "memukul" Zaid.

-Jimadie Shah Othman, Malaysia Kini Read more...

Siasah kita di Hulu Selangor

1. Semua anggota pemuda PAS [ahli dan pimpinan] telah dikerah turun bertugas dan berjuang di P.094 Hulu Selangor bagi memenangkan calon Pakatan Rakyat [Zaid Ibrahim] mewakili Parti Keadilan Rakyat.

2. Atas semangat dan akhlak kita bertahaaluf siasi [kerjasama politik], biarpun ia bukan calon dari parti kita sewajarnya kita bekerja dan membantu laksana ia dari parti kita sendiri. Justeru sekali-kali kita tidak boleh memberi ruang kepada Barisan Nasional mendekati jumlah 2/3 majoriti penguasaan mereka di parlimen.

3. Ia tidak hanya berpaksi kepada kepentingan politik lantaran politik hanya alat. Apa yang paling penting ialah perjuangan kita untuk menghalang UMNO dan BN berkuasa dan memperkukuhkan kuasa mereka di Parlimen.

4. Andai diberi peluang UMNO dan BN memperkukuhkan kuasa mereka di Parlimen kelak, ianya akan menjadikan mereka lebih angkuh dan sombong. Ia juga kelihatan seperti kita terus membenarkan segala penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, rasuah dan 1001 mungkar Barisan Nasional yang sekian lama telah didedah serta dibongkar.

5. Turun ke medan pilihanraya atas tujuan menghalang kemaraan UMNO dan BN memperkukuhkan kuasa mereka di Parlimen adalah sebahagian dari perjuangan kita [an nahyu a'nil mungkar] dan ianya satu ibadah suci. Sungguhpun peribadi calon Pakatan Rakyat di P.094 teruk dipertikai oleh blogger-blogger yang pro Barisan Nasional, perlu disedari bahawa UMNOlah yang bertanggungjawab mengheret saudara Zaid Ibrahim terperangkap dalam situasi yang sedemikian seketika dulu.

6. Saya yakin dan percaya, andai Zaid Ibrahim sedari awal lagi tidak bersama dengan UMNO dan BN beliau tidak akan terjebak dalam situasi mungkar yang sedemikian rupa. Nyata UMNO dan BN tidak menawarkan penghayatan agama yang baik kepada anggota mereka. Kemungkaran itu hanya dilihat salah apabila individu terbabit bertindak keluar dari UMNO dan BN.

7. Kini Zaid Ibrahim bersama Pakatan Rakyat. Beliau mendekati Tok Guru dan sering menghadhiri pentas bersama dengan pimpinan PAS selain PKR dan DAP. Hasilnya, beliau kini dengan berani mengakui bahawa beliau telah memohon maaf [ampun] atau taubat kepada Allah swt. Malah beliau juga tidak lagi mengulangi kesilapan lalu. Ertinya mudah-mudahan beliau telah menemui "jalan pulang" yang benar dan selamat.

8. Nabi saw pernah menyebut bahawa semua anak Adam berdosa dan sebaik-baik orang yang berdosa ialah orang yang bertaubat [kesal dan tidak lagi mengulangi kesilapan lalu]. Sementara pintu taubat belum ditutup, Allah swt senantiasa berbangga dengan hambaNya yang bertaubat. Justeru inilah calon pilihan terbaik berbanding UMNO dan BN yang jelas kelihatan terus mempertahankan kemungkaran yang mereka lakukan.

9. Seperkara yang utama perlu saya tegaskan di sini buat semua pemuda, setelah kita menyedari bahawa kita perlu menang dan kemenangan yang kita mahu capai bukan untuk memuaskan nafsu tamakkan pengaruh dan kuasa, sebaliknya kerana mahu melunaskan cita-cita suci menegakkan keadilan, kesaksamaan, kesejahteraan dan keharmonian serta memastikan syariat serta syiar Islam terpelihara dan mampu didaulatkan, maka:

1. bertugas dan berjuanglah dengan ikhlas dan tulus
2. hubungkan diri dengan Allah seraya mengharap pertolonganNya
3. jaga akhlak dan etika berkempen justeru ia satu dakwah
4. tampilkan ketinggian budi dan ketulusan hati
5. jauhkan diri dari provokasi dan kawal emosi
6. fahami pilihanraya juga adalah sebuah perjuangan
7. bezalah diri dari penampilan dan pendekatan musuh
8. elakkan fitnah dan bercakap bohong
9. bertindak benar dalam tindakan dan perkataan
10. senantiasa bersedia dan mematuhi arahan pimpinan

10. Kemenangan adalah anugerah Allah swt. Pastikan hubungan kita dengan Allah swt erat dan rapat. Ianya adalah sebahagian pra syarat kemenangan yang wajib dipatuhi. Jangan pisahkan kerja-kerja pilihanraya dari tanggungjawab ubudiyyah kita kepada Allah swt. Jangan kerana sibuk dan leka berkempen sehingga terlupa waktu solat dan baca al mathurat. Manafaatkan semua ruang dan peluang untuk mendekati madu'u dan berikan maklumat yang benar lalu doakan mereka agar mereka kembali ke jalan yang benar jua. Elakkan diri daripada:

* pergaduhan dan mencetus keganasan [provokasi]
* caci maki dan sorak sorai yang tidak bermoral/akhlak
* menabur fitnah dan melakukan perbuatan khianat
* mengganggu ketenteraman awam dan meresahkan pengundi

Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Read more...

MASA BERTUGAS PAS CAWANGAN TAMAN EHSAN P94 HULU SELANGOR

Salam, arahan pimpinan, PAS CAWANGAN TAMAN EHSAN telah diamanahkan untuk bertugas di Bukit Sentosa, UPU BUKIT BERUNTUNG pada masa dan tempat seperti di bawah:

Tarikh: 22 April 2010
Hari : Khamis
Tempat lapor diri: Di Rumah PAS Kawasan Subang di
No, 41, Jalan Anggerik 3a, Bukit Sentosa, Bukit Beruntung.

Kepada sesiapa yang ingin pergi, boleh hubungi terus ketua penyelaras petugas PAS Cawangan Taman Ehsan iaitu Hj Tamam dan Hj Darwis secepat mungkin. Dewan Harian dan AJK PAS Cawangan diwajibkan kecuali uzur sharie'.

- KETUA PAS CAWANGAN TAMAN EHSAN Read more...

Minum arak tetap haram dan ada ruang untuk bertaubat

Yang menghairankan saya ialah kenapa baru sekarang nak ungkit tabiat atau perbuatan itu?

Kenapa perbuatan Zaid Ibrahim meminum arak tidak dijadikan isu semasa beliau berada dalam UMNO dan berjawatan menteri? Adakah ianya "OK" apabila Zaid bersama-sama UMNO dan tidak apabila dia tidak bersama-sama UMNO?



Minum arak hukumnya haram. Itu yang pasti dan tidak boleh dipersoalkan.

Soal calon PKR Datuk Zaid Ibrahim yang mengakui pernah minum arak semasa zaman "jahiliahnya" juga satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan.Ramai umat Islam yang berjawatan tinggi pun pernah buat begitu bahkan ada yang masih dengan tabiat "jahiliah" itu.... termasuk orang UMNO.

Cuma, kita tidak pasti sama ada mereka, terutama Zaid Ibrahim, telah bertaubat dan tidak lagi meminum arak. Jika dia telah bertaubat, alhamdulillah dan kita tidak seharusnya membangkitkan perlakuan yang berlawanan dengan ajaran Islam yang pernah dilakukannya.
Perbuatan menghina atau memburuk-burukkan orang lain pun dilarang oleh Islam.
Yang menghairankan saya ialah kenapa baru sekarang nak ungkit tabiat atau perbuatan itu?

Kenapa perbuatan Zaid Ibrahim meminum arak tidak dijadikan isu semasa beliau berada dalam UMNO dan berjawatan menteri? Adakah ianya "OK" apabila Zaid bersama-sama UMNO dan tidak apabila dia tidak bersama-sama UMNO?

Haram tetap haram, tidak kira kedudukan dan taraf hidup seseorang itu dan kita juga mesti terima hakikat yang seseorang itu diberi peluang oleh Allah untuk bertaubat dan kembali patuh kepada ajaran Islam. Soal dosa, pahala, syurga dan neraka bukan kerja kita.

- Oleh Syed Imran Read more...

P94 HULU SELANGOR - KM MELAKA DAN PENYOKONG UMNO BERTERIAK "TAKE BEER" MENGGANTIKAN TAKBIR





























18 April 2010, Ahad - PAS Cawangan Taman Ehsan telah memulakan tugas dengan menghantar ahli untuk bertugas di Bukit Sentosa, Dun Batang Kali. Sepanjang bertugas di sana, kami mendapati UMNO-APCO sekali lagi ketandusan idea dan modal bagi berhadapan dengan PAKATAN RAKYAT dalam kempen piliharaya kecil P94 Hulu Selangor kali ini. Ini dapat dilihat sewaktu UMNO-APCO mengadakan ceramah mereka di Bukit Sentosa, Dun Batang Kali tidak dapat mengemukan idea yang sesuai bagi berhadapan kemaraan Pakatan Rakyat melainkan dengan mencaci hina. Antara individu yang menjadi bahan cacian mereka adalah Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim dan PAS sendiri. Yang paling malang, pada pandangan penulis, UMNO-APCO telah menumpang populoriti ceramah Pakatan rakyat dengan menaikkan khemah ceramah kurang daripada 50m daripada khemah ceramah Pakatan Rakyat.
Pada malam tersebut, penceramah UMNO-APCO tidak kurang hebatnya apabila menampilkan beberapa penceramah antaranya Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam dan Dato' Noh selaku Timb Pengerusi UMNO-APCO Selangor. Tetapi, gagal mearik minat pengundi Bukit Sentosa untuk hadir, sebaliknya mereka hadir ke khemah Pakatan Rakyat. Apa yang menariknya, sewaktu ceramah UMNO-APCO berlangsung, pemimpin mereka hanya bermodalkan cacian dan hinaan sahaja, nasib baik mereka berceramah dengan kerusi yang banyak daripada manusia. Ape tidaknye, kebanyakkan di bawah khemah UMNO-APCO adalah budak-budak sekolah yang diupah untuk pakai t-shirt UMNO-APCO untuk memegang bendera dacing mereka dan juga pembodek-pembodek mereka sahaja yang meramaikan ceramah. Kepada ahli PEKIDA, ayahanda anda ada bersama mereka, kerana sewaktu ucapan pembukaan salah seorang pencermaah mereka, ada mengalu-alukan ayahanda Az*z. Berbeza dengan Pakatan Rakyat, dipenuhi dengan bakal pengundi yang bijak untuk mendapatkan fakta yang sebenar yang mana disembunyikan oleh UMNO-APCO. Kemuncak kebengongan UMNO-APCO yang diketuai oleh KM Melaka adalah apabila dia (tak layak untuk guna istilah BELIAU) dia mengajar budak-budak hingusan dengan bertakbir menggunakan istilah 'TAKEBEER". Inilah dia, wajah seorang Melayu berhati iblis yang akan menghancurkan orang melayu sendiri. Setiap kali, penyokong pakatan rakyat bertakbir, melaungkan kalimah agung ALLAHUAKBAR, mereka melaungkan perkataan TAKE BEER. Inilah salah satu contoh kebiadaban mereka. Mungkin inilah salah satu punca berlakunya masalah sosial di kalangan anak-anak muda Melayu.
Dikesempatan ini, ana nak ucapkan tahniah kepada semua petugas dari PAS Cawangan Taman Ehsan yang menghadirkan diri untuk menjalankan tugas bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat. Semoga apa yang antum sumbangkan, mendapat balasan yang setimpal di akhirat kelak. Menang kalah bukan tujuan utama, tapi pengorbanan dalam menegakkan syiar Islam yang dituntut.
Sekian.

"LAWAN TETAP LAWAN"


Read more...

Wednesday, April 14, 2010

Lawatan dan ceramah oleh YB Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T, pada 12hb April yang lalu PAS Caw. Taman Ehsan telah menerima kunjungan oleh YB Ustazah Siti Zailah bt. Mohd. Yusof, Ahli Parlimen Rantau Panjang P023. Kunjungan yang begitu bermakna bagi ahli PAS Caw. Taman Ehsan dan juga seluruh warga Dewan Penyokong PAS Taman Ehsan. YB juga turut menyampaikan ceramah mengenai isu-isu semasa serta sedikit maklumat mengenai perjalanan sidang parlimen yang sedang berlangsung. Dari isu UMNO APCO sehinggalah isu pembaziran yang dilakukan oleh pemimpin BeEnd (BN) yang menggunakan wang rakyat. Maklumat-maklumat ini amat bermakna bagi ahli-ahli PAS Caw. supaya mengetahui bagaimana corak pemerintahan BeEnd yang rakus dan tidak mendahulukan rakyat yang langsung tidak sama dengan slogan yang dilaungkan oleh pemimpin mereka. Semoga pada PRU ke-13 nanti kita sama-sama akan memastikan kemenangan untuk ISLAM. Di akhir lawatan YB bebesar hati menerima sumbangan oleh ahli PAS Caw. untuk diagihkan kepada rakyat beliau di Rantau Panjang. Semoga ukhuwah ini akan terus berpanjangan.


Ucapan aluan oleh YDP PAS Cawangan. Hj Abd Rahman


Ceramah oleh YB Siti Zailah



Kedatangan Muslimat amat memberansangkan



Antara kedatangam muslimin PAS Caw.



Turut hadir Mr. Chan, sebahgian daripada ahli Dewan Penyokong

Read more...

Tuesday, April 13, 2010

Mesyuarat UPU PAS Cawangan Taman Ehsan

Alhamdulillah, pada 11 April 2010, satu mesyuarat gerak kerja UPU telah berjaya diadakan pada jam 9.30 malam di PUTEH. Mesyuarat yang membincangkan gerak kerja yang dijalankan dan bakal dilaksanakan untuk 3 unit peti undi yang berada di Taman Ehsan. Tiga (3) UPU iaitu Taman Ehsan E3, E4 dan E5 telah diberi perhatian dan tiga kumpulan kecil telah dibentuk untuk melancarkan gerak kerja setiap unit UPU. Ketiga-tiga UPU ini akan bergerak mengikut kumpulan masing-masing untuk memberi penerangan dan kesedaran kepada pemilih-pemilih lama dan baru bagi Dun Paya Jaras. Kumpulan-kumpulan ini juga akan bertindak menarik lebih ramai pengundi baru dan seterusnya menyokong perjuangan gerak kerja Pakatan Rakyat (PR) dan mengekalkan pemerintahan PR di negeri Selangor. Mesyuarat UPU malam itu juga mencatat satu sejarah apabila kehadiran seramai 6 orang mewakili Dewan Kelab Penyokong PAS yang diketuai oleh Ms. Jit Lee dan Mr. Chan yang turut membentuk kumpulan bagi UPU Taman Ehsan E4. Semoga gerak kerja kita dirahmati Allah. Sekian
Read more...

Tuesday, April 6, 2010

Israel di Bukit Aman

Anwar curiga 2 agen perisikan Israel di Bukit Aman

Dzulfikar Mashoor

Harakahdaily: Kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipertikai apabila Asiasoft (M) Sdn Bhd dilantik sebagai sub-kontraktor bagi pembangunan Sistem Laporan Polis (RPS) Fasa ketiga, dari sistem analog kepada sistem digital.

"Sistem Laporan Polis (PRS) fasa ketiga diserahkan pada Perunding Master Plan Sendirian Berhad (kontraktor utama) yang kemudiannya diserahkan pada sub kontraktor Asiasoft tanpa mengikut prosedur," jelas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) tengah hari tadi dalam suatu kenyataan media di lobi Parlimen.

Menurutnya, perlantikan firma komunikasi strategik tersebut mencurigakan kerana turut membabitkan dua programmer dari Agensi Perisikan Israel (ISA), iaitu Izhak David Naskar dan Ido Sccheschter.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh mendedahkan, Izhak merupakan pakar sistem komputer yang pernah memenangi anugerah dari Kementerian Pertahanan Israel.

Izhak kemudiannya, menurut Anwar, bertanggungjawab membangunkan sistem perisikan berteknologi tinggi negara haram Israel beberapa dekad lalu.

Manakala, Ido pula, menurut Anwar dipercayai masih berkhidmat sebagai tentera kor risik Israel.

Kedua-dua peribadi misteri tersebut, menurut dakwaan Anwar, sedang melakukan tugas masing-masing di tingkat dua dan tiga, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Tidak cukup dengan itu, menurut Anwar, keterlibatan perisik Zionis-Israel dalam PDRM dan sistem keselamatan dalam negeri turut disahkan sendiri oleh (Unit Polis) Cawangan Khas dan Jabatan Logistik Polis Bukit Aman.

Pun begitu, menurut Anwar, pegawai tertinggi dalam Polis dan KDN sendiri seolah-olah merestui keterlibatan dua perisik Israel dalam sistem keselamatan negara.

Dari segi yang lain, Anwar berkata, walaupun AsiaSoft tersebut didaftarkan di Malaysia, namun syarikat itu dimiliki secara penuh oleh Asiasoft Pte. Ltd yang berpangkalan di Singapura.

Bercakap pada sidang media yang sama, Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS merayu kepada Majlis Raja-Raja Melayu supaya campur tangan dalam isu terbaru tersebut.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, Majlis Raja-Raja Melayu wajar berbuat demikian memandangkan PDRM di bawah legasi mereka.

Antara yang menyertai Anwar dan Mahfuz adalah Tian Chua (Ahli Parlimen Batu), Mohd Nasir Zakaria (Ahli Parlimen Padang Terap), Yusmadi Yusof (Ahli Parlimen Balik Pulau).

Sebelum pada itu, Anwar ketika membahaskan bajet tambahan KDN di Dewan Rakyat, mendedahkan beberapa surat rasmi PDRM berhubung pembabitan dua perisik Israel dalam PDRM.

Selain itu, beliau turut meminta KDN menjelaskan tentang projek APCO425 (kemudiannya dikenali sebagai RMT Net) di Taman Teknologi Sungkai yang bernilai antara RM900 juta hingga RM999 juta

Read more...