Sunday, February 28, 2010

Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan Taman Ehsan Kali ke-22

Assalammualaikum w.b.t.h

Bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kita berhimpun di mesyuarat Agung Tahunan PAS Caw. Taman Ehsan buat kali ke-22. Alhamdulillah mesyuarat kali ini berjalan begitu lancar dengan kehadiran ahli-ahli PAS samada yang veteran dan yang masih baru. Pada mesyuarat kali ini juga kita telah menerima pendaftaran ahli baru yang ingin bersama berjuang bersama PAS. Mesyuarat PAS kali ini dirasmikan oleh Timb. YDP PAS Kawasan Subang iaitu Tn Hj. Asri bin Safar.

Agenda mesyuarat dimulakan selepas Tn Hj. Darwis b. Ishaki sebagai Timb. Pengerusi Tetap mengambil tempat dan seterusnya melantik pencatat minit mesyuarat. Kemudian diikuti oleh pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat Agung PAS yang lalu kali ke-21 dan menerima laporan Tahunan sesi 2009 oleh Sdr. Ahmad Tajuddin b. Mahat Apandi sebagai setiausaha cawangan. Selepas itu pembentangan dan penerimaan penyata kewangan bagi tahun tahun 2009 dibentangkan oleh bendari Caw. Tn Hj. Hamimb. Md. Din.

Tiga usul telah dicadangkan di dalam mesyurat kali ini. Usul yang pertama dicadangkan oleh ahli PAS, Tn. Hj. Abd Rahman, manakala dua usul lagi dicadangkan oleh wakil Pemuda Sdr. Hisham. Mesyuarat juga bersetuju pemilihan perwakilan ke Muktamar Agung PAS Kaw. Subang dipilih oleh AJK PAS Cawangan. Sebelum mesyuarat ditangguhkan, dihadiahkan Al-Fatihah kepada semua ahli-ahli PAS yang telah meninggal dunia. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1300. Sekian. TAKBIR....ALLAHU AKHBAR.


Kaunter pendaftaran yang dibuka sejak jam 8.45pagi


Beberapa orang ahli PAS sedang menunggu mesyuarat dimulakan


Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh Tn Hj. Zaharuddin


Bacaan doa oleh Tn Hj. Abu Bakar b. Abd Razak


Ucapan aluan oleh YDP Cawangan Taman Ehsan Tn Hj. Abd Rahman b. Hassan


Ucapan perasmian oleh Tn Hj Asri b. Safar


Cenderahati disampaikan kepada Tn Hj Asri oleh YDP Cawangan

Tn Hj. Darwis b. Ishaki sebagai timb. Pengerusi Tetap mengambil tempat memulakan mesyuarat


Kehadiran vateran ahli PAS, Tn Hj. Jamaluddin membakar semangat ahli-ahli baru PAS.


Kehadiran Muslimat amat memberansangkan

Barisan AJK PAS Cawangan Taman Ehsan
Read more...

"MESYUARAT AGUNG PAS CAWANGAN TAMAN EHSAN KALI KE 22 - RENUNGAN KITA BERSAMA"

Bismillahirahmanirahim
Asalamualaikum wrt wbt


Firman Allah yg bermaksud:


"dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu" (Ali Imran: 159)


Firman Allah lagi yg bermaksud:


"Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna: dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami berik kepadaNya;" [Syura: 38]


TUJUAN MESYUARAT

Untuk mewujudkan satu fikir, satu hati dan satu kerja didalam menyempurnakan tuntutan usaha agama. Ini juga merupakan sunnah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dan satu perintah Allah subhanahu wataala yang amat penting.



FADHILAT MESYUARAT:

Berkat mesyuarat menyebabkan tertangguhnya sebarang azab yang hendak diturunkan dan akan mempercepatkan turunnya rahmat Allah taala.


Melalui mesyuarat kita akan mendapat berkat wahyu.

Tidak rugi mereka yang bermesyuarat dan tidak menyesal mereka yang bersolat istikharah untuk membuat
sesuatu pilihan dan keputusan.

Setiap keputusan hasil dari mesyuarat pasti ada kebaikan dan kejayaan.

Mereka yang menerima keputusan mesyuarat dan berazam untuk beramal denganya, Allah Subhanahu wataala akan menghantar malaikat untuk menyertainya.


ADAB-ADAB MESYUARAT

  1. Lantik seorang Amir untuk mengendalikan mesyuarat.
  2. Mesyuaratlah dengan penuh tawajjuh kepada Allah taala.
  3. Mesyuaratlah dengan kasih sayang dan berniat untuk mengamalkannya.
  4. Amir boleh meminta syor dari sebelah kanan dan tidak semestinya meminta syor dari setiap orang, tetapi maruah setiap orang mesti dijaga.
  5. Apabila Amir meminta syor dari kita, maka berilah syor dengan penuh kasih sayang dan lemah lembut, jangan ada niat untuk menyokong atau membangkang.
  6. Janganlah merasakan syor kita sahaja yang terbaik lalu mendesak Amir dan ahli jemaah untuk menerimanya kerana ini akan menjauhkan kita dari mendapat nusrah dari Allah taala.
  7. Sebaliknya berilah syor yang paling baik dari kita dan anggaplah syor kita yang paling lemah dari syor orang lain.
  8. Berilah syor dengan meletakkan kepentingan agama di depan dan kepentingan diri dan kepentingan dunia di belakang.
  9. Hargailah dan hormatilah setiap syor dari orang lain.
  10. Janganlah mentertawakan atau memandang rendah syor orang lain kerana setiap syor boleh mencetuskan idea yang lebih baik.
  11. Setiap orang semestinyalah ingat dalam dirinya bahawa syornya hanyalah mengikut hawa nafsunya sahaja. Maka jika ditolak hendaklah dia bersyukur dan jika syornya diterima maka hendaklah beristighfar kerana mungkin syornya akan mendatangkan keburukan dan kemudharatan kepada agama Allah subhanahu wataala.
  12. Janganlah mengeluarkan sesuatu syor yang kita sendiri merasakan syor itu akan membawa kepada perpecahan dan perbalahan.
  13. Syor diberi sebagai syor saya dan keputusan sebagai keputusan kita
  14. Keputusan yang dibuat adalah berdasarkan ilham yang dikurniakan oleh Allah taala kepada Amir berkat kerjasama dan tawajjuh semua ahli mesyuarat.
  15. Keputusan yang dibuat tidak bergantung kepada jumlah syor yang majority atau minority tetapi jika syor majority itu boleh membawa perpaduan dan kasih sayang maka itu adalah dibenarkan.
  16. Amir hendaklah memikirkan setiap syor secara mendalam dan membuat keputusan dengan jujur dan ikhlas tanpa menimbulkan sebarang syak wasangka di kalangan ahli jemaah.
  17. Mesyuarat sebelum mesyuarat adalah khianat dan mesyuarat selepas mesyuarat adalah fitnah
  18. Seorang amir janganlah bersikap seperti seorang diktator di dalam membuat keputusan sebaliknya dia hendaklah selalu berbincang dengan ahli jemaahnya.
  19. Semua ahli mesyuarat hendaklah memberi kerjasama kepada Amir dan mentaati setiap keputusan yang Amir buat. Anggaplah bahawa syor merekalah yang sedang di amalkan bersama.
  20. Kalau seseorang merasakan bahawa syorlah yang paling betul maka dia janganlah sekali-kali mencebir atau mencemuh Amir sebaliknya dia hendaklah yakin bahawa keputusan Amirlah yang akan membawa kejayaan dan kebaikan.
  21. Jika sesuatu keputusan itu sangat benar untuk kita terima maka kita hendaklah sabar dan taat sebaliknya jika keputusan itu bersesuaian dengan kita maka hendaklah taat dan sabar.
  22. Sebarang perkara yang berlaku selepas mesyuarat adalah ditakdirkan didalam Qada dan Qadar Allah Subhanahu wataala, maka janganlah kita mengungkit atau memberi sebarang komen terhadap perkara tersebut.
Diharapkan apa jua keputusan hasil daripada Mesyuarat Agung PAS kali ini, dapat diterima semua dengan hati yang terbuka. Tahniah kepada semua yang menyumbang idea demi untuk kebaikan PAS Cawangan Taman Ehsan, tetapi, kita tidak perlu terkecil hati,terkilan atau marah sekiranya idea kita tidak diterima dalam mesyuarat, sebaliknya kita perlu rasa bersyukur kepada Allah SWT. Kerana, jika idea kita tidak dpt dilaksanakan kelak, kita adalah penyumbang kepada kemurkaan Allah SWT. Ingatlah, keputusan yang dihasilkan dalam mesyuarat lebih baik dan diberkati ALLAH SWT dari keputusan sendiri....

SELAMAT BERMESYUARAT!!!


Ikhlas daripada,
Saf Jawatankuasa Pemuda PAS Taman Ehsan

Read more...

Saturday, February 20, 2010

ROMBONGAN TURUN PADANG PAS KAWASAN SUBANG KE ZON 8 CAWANGAN WANGSA PERMAI DAN TAMAN EHSAN

Ucapan Wakil Muslimat PAS Kawasan



Ucapan YDP PAS Kawasan



Wakil Kelab Penyokong PAS Caw. Taman Ehsan, En Chan bersama AJK Caw. Hj. Darwis



Ucapan YDP Pas Cawangan Taman Ehsan



Muslimat Caw. Bersama Muslimat Kawasan


YDP Caw. sedang memperkatakan sesuatu kepada YDP Kawasan


Jumaat, 20 Februari 2010 - Pimpinan PAS Kawasan Subang telah mengadakan lawatan ziarah ke kawasan Zon 8 di Pusat Tarbiyyah Ehsan, Taman Ehsan. Aktiviti ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YDP PAS Cawangan Taman Ehsan, Tn Hj Abd Rahman sebagai tuan rumah. Kemudian diteruskan dengan ucapan daripada YDP PAS Kawasan Subang, Tuan Haji IR Isni, pembentangan laporan PAS Cawangan dan ucapan daripada AJK PAS Kawasan Subang. Antara saranan PAS Kawasan ke PAS Cawangan ialah mempergiatkan aktiviti mendaftarkan pengundi baru dan memperbanyakkan aktiviti masyarakat di samping aktiviti kerohanian yang telah banyak diadakan di cawangan ini. Wakil ketua muslimat, Ustz Sanah dalam ucapannya ada memberitahu aktiviti negeri dalam masa terdekat ini antaranya Tuisyen Rakyat yang akan dilancarkan pada Ahad ni di Paya Jaras. Majlis diakhiri dengan jamuan ringkas. Read more...

Thursday, February 11, 2010

PERLAWANAN PERSAHABATAN FUTSAL ANTARA PEMUDA PAS TAMAN EHSAN DAN PEMUDA PAS SUBANG PERDANA










Rabu, 10 Feb 2010 - Seramai 12 orang Pemuda PAS Taman Ehsan telah mengadakan kunjungan ziarah dan perlawanan futsal bersama Pemuda PAS Subang Perdana. Walaupun aktiviti tersebut diadakan secara ad-hoc, namun ia cukup bermakna kerana inilah kali pertama Pemuda PAS Cawangan Taman Ehsan mengadakan kunjungan ziarah dan perlawanan futsal. Aktiviti ini, dimulakan dengan solat Isyak berjemaah di masjid Subang Perdana sebelum bertolak ke gelanggang futsal di Kampung Melayu Subang Tambahan. Sebelum perlawanan, sedikit pengisian dan peringatan telah diberikan oleh Ketua Lajnah Tarbiyah dan Ulama' dari Pemuda PAS Subang Perdana dan juga ucapan perasmian daripada Ketua Pemuda PAS Cawangan Subang Perdana, Saudara Mohd Yusni. Menurut beliau, aktiviti ini merupakan satu aktiviti yang baik kerana dapat merapatkan ukhwah sesama kita dan InsyaAllah akan mengadakan kunjungan balik ke Taman Ehsan satu masa nanti. Perlawanan kali ini diakhiri dengan keputusan seri 0-0, tiada jaringan dihasilkan. Walaubagaimanpun, kedua-dua pasukan beberapa kali menggegarkan tiang gol pihak lawan, namun bola tersasar keluar dan juga beberapa aksi menarik yang dilakukan. Menurut, ketua pasukan Pemuda PAS Taman Ehsan, Saudara Arif, perlawanan pada malam ini seimbang walaupun bermain dalam keadaan gelanggang yang licin kerana hujan lebat sebelum permainan. Aktiviti kali ini, diakhiri dengan bergambar beramai-ramai sebagai kenangan. Secara keseluruhanya, aktivi kali ini, berjaya mencapai objektifnya yang mana Insya Allah akan menjadi pemangkin kepada penubuhan Pasukan Bola Sepak Pemuda PAS Taman Ehsan. Insya Allah.
- Khairulanuar
Read more...

Tuesday, February 9, 2010

Program Bersama PAS Kawasan Subang













Program Bersama Pimpinan Kawasan Subang Mengedarkan Buah Limau, Angpau dan Kad Tahun Baru Cina

Alhamdulillah, pada 7hb February 2010 yang lalu bertempat di surau Apartment Wangsa Permai, PAS Kaw. Subang telah mengadakan satu program mengedarkan buah limau, angpau dan kad tahun baru cina di sekitar kawasan Taman Aman Puri, Wangsa Permai, Taman Ehsan dan Desa Jaya.

Program yang bermula pada pukul 8 pagi ini disertai dengan ucapan aluan oleh bekas calon ADUN Paya Jaras, Y.Bhg. En Khairuddin, diikuti dengan ucapan penerangan oleh AJK program. Acara ini turut disertai oleh YDP Caw. berdekatan temasuklah YDP PAS Taman Ehsan HJ. Abd. Rahman dan AJK Caw. serta Pemuda Caw. Taman Ehsan.

PAS Caw. Taman Ehsan yang turut mengedarkan buah limau dan angpau ini bermula di salah sebuah stesen minyak di Taman Ehsan. Kemudian beberapa kumpulan kecil telah dibentuk untuk mengedarkan angpau dan kad tahun baru cina serta buah limau supaya bergerak di sekitar Taman Ehsan dan Desa Jaya. Alhamdulillah program ini telah berjalan lancar dan tamat sebelum solat Zohor.

PAS CAWANGAN TAMAN EHSAN MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU CINA
Read more...