Friday, May 7, 2010

Kemeriahan Sukan Pasti At-Tauhid







Ahad, 2 Mei 2010 - Pasti At-Tauhid telah berjaya mengadakan temasya sukan tahunan 2010 di persekitaran Masjid Al-Faizin dengan gilang gemilangnya. Acara sukan pasti dimulakan pada jam 8.30 pagi dengan kehadiran yang memberangsangkan daripada ibu bapa pelajar Pasti dan juga penduduk sekitar Taman Ehsan/Desa Jaya. Acara sukan dimulakan dengan bacaan doa oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Cawangan Taman Ehsan, Saudara Husyairi dan diteruskan dengan ucapan penghargaan daripada Pengurus PASTI, Tn Hj Tamam Patah Raji. Sebelum bermulanya acara sukan, ke semua pelajar PASTI dengan penuh semangatnya telah mengadakan persembahan dan bacaan ikrar PASTI dan ikrar Sukan PASTI di hadapan hadirin. Pada awalnya, terdapat beberapa masalah teknikal, iaitu kerosakan 'portable PA System' dan juga kerosakan wayar punca elektrik, namun acara sukan berjaya diteruskan juga dengan jayanya. Pada tahun ini, format acara sukan agak berlainan daripada format yang lepas, acara sukan kali ini, lebih banyak acara berkumpulan berbanding individu. Menurut penyelaras sukan PASTI kali ini, Cikgu Ana, format kali ini lebih kepada menggalakkan semangat kerja berkumpulan, bertanggungjawab dan juga kerjasama dalam kumpulan banyak diterapkan. Acara terbuka juga mendapat sambutan yang amat menggalakan, boleh dikatakan kesemua acara terbuka terpaksa dibuat saringan sebelum menentukan pemenang. Antara acara terbuka yang disediakan ialah acara pasangan ibu bapa yang mana para ibu ditutup matanya terpaksa membaling bola dan disambung oleh para suami menggunakan raga. Bagi acara alumni PASTI dan murid luar, acara lari pecut disediakan. Manakala bagi acara kaum ibu, bapa dan ajk, acara bowling kelapa. Temasya sukan PASTI kali ini, ditutup dengan penyampaian cenderahati kepada semua pelajar PASTi dan juga semua petugas sukan. Sekian.

1 comment: