Monday, November 15, 2010

HARI KECEMERLANGAN MURID PASTI AT-TAUHID, TAMAN EHSAN 2010

14 Nov 2010 - PASTI AT-TAUHID Taman Ehsan telah melakarkan sejarah tersendiri apabila berjaya menganjurkan Hari Kecemerlangan Murid PASTI AT-TAUHID 2010. Majlis yang berlangsung dengan gilang-gemilannya diadakan di Dewan Serbaguna MPS, Taman Ehsan dengan kehadiran ibu bapa & masyarakat setempat yang memberangsangkan. Majlis yang bermula pada jam 3 petang itu dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengurus PASTI At-Tauhid, Tn Hj Tamam Patah Raji dan diikuti oleh ucapan perasmian oleh En Hairuddin Othman selaku Setiausaha Kerja PAS Negeri Selangor, merangkap mantan calon ADUN PAS Paya Jaras. 

Dalam ucapan alu-aluan Tn Hj Tamam Patah Raji, beliau menghargai akan penat lelah guru-guru PASTI AT-TAUHID atas kesungguhan mereka mendidik anak-anak PASTI. Selain itu, beliau juga meminta, mana-mana alumni PASTI At-Tauhid yang mendapat keputusan peperiksaan cemerlang dalam UPSR baru-baru ini dan yang akan keluar keputusan PMR, dapat menghubungi guru-guru PASTI untuk diberi anugerah sempena Majlis Anugerah & Penghargaan Alumni PASTI AT-Tauhid akan datang.

Hadirin & hadirat juga dihiburkan dengan beberapa persembahan murid-murid PASTI antaranya memperdengarkan bacaan ayat-ayat hafazan, dekleramasi sajak, dan persembahan lagu-lagu PASTI.

Dalam majlis itu juga, beberapa penghargaan telah diberikan antaranya kategori pelajar Mithali, pelajar cemerlang, peningkatan prestasi, kedatangan terbaik dan di akhiri dengan penyampaian sijil konvokesyen kepada murid 6 tahun PASTI AT-TAUHID.

Disamping itu, PAS Cawangan Taman Ehsan juga telah melancarkan Tabung Bantuan Mangsa Banjir, Negeri Kedah dan Perlis. Alhamdulillah kutipan juga amat memberansangkan iaitu berjumalah RM283.70 hasil daripada derma ikhlas ibubapa pelajar PASTI & juga penduduk setempat yang hadir. Duit kutipan tersebut akan disalurkan terus ke Sektretariat Bantuan Magsa Banjir Negeri Kedah & Perlis dalam masa terdekat ini.
Antara hadirin yg hadir

Gambar kenangan murid 6 tahun

Pendaftaran murid & ibu bapa

Perasmi jemputan En Hairudin Othman bersama Hj Taman & En Asri Sapar

Persembahan murid 

Pendaftaran murid & ibu bapa

Pemuda yang diamanahkan untuk teknikal

Ucapan Alu-aluan pengurus PASTI At-Tauhid, Tn Hj Tamam

Ucapan Perasmian oleh En Hairuddin Othman selaku Setiausaha Kerja PAS Negeri ,
merangkap mantan calon ADUN PAS Paya Jaras

Murid 6 tahun menerima sijil

En Majid Sulaiman, Pen Pengurus PASTI At-Tauhid menyampaikan cenderahati kepada murid

Gelagat anak2 yang keletihan

Gelagat murid PASTI

Tn Hj Tamam menyampaikan hadiah kepada murid

Suasana meriah dalam dewan

Tn Hj Md Zin b Md Arifin menyampaikan cenderahati kpd murid

Pemuda juga diamanahkan untuk menjadi pengelola majlis

YDP PAS Cawangan Taman Ehsan, Tn Hj Abd Rahman Hasan
menyampaikan cenderahati kepada murid

Perbarisan masuk dewan murid 6 tahun untuk menerima sijil

Tabung Bantuan Mangsa Banjir yang dilancarkan

Mohd Afif, petugas Pemuda yang diamanahkan untuk
memastikan agar tabung tersebut dipenuhkan

Untuk melihat album gambar Hari Kecemerlangan PASTI AT-TAUHID boleh layari
Read more...

Friday, November 12, 2010

MB Kedah - Penjelasan Berkenaan Bencana Banjir di Kedah


MB Kedah - Penjelasn Berkenaan Bencana Banjir di Kedah from TVceramah on Vimeo.


Dengan adanya penjelasan tersebut, terjawablah persoalan wartawan RTM yang tidak profesional yang mana sekarang ni, isu ini telah digunakan oleh semua media electronik & cetak kerajaan BN untuk memburukkan kerajaan negeri Kedah. Kita semua faham, jika Ust Azizan menjawab persoalan wartawan RTM tersebut, pasti fakta tersebut akan dimanipulasikan oleh RTM demi survival POLITIK BANJIR BN!!!  Wartawan jenis cam ni la, telah mencemarkan institusi kewartawanan, tidak amanah seperti yang dianjurkan oleh Islam...

Read more...

Wednesday, November 10, 2010

300,000 RELA bakal selamatkan BN di S'gor?

PAS berharap sasaran membuat penambahan mendadak anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) kepada 300,000 di Selangor menjelang 2011 tidak mempunyai kaitan dengan agenda BN yang didakwa cuba menawan Selangor melalui undi pos.

Ketua penerangan parti itu Idris Ahmad berkata angota pasukan itu tidak harus menjadi "tiket untuk mereka didaftar sebagai pengundi pos" dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

"PAS memang meragui kewibawaan undi pos dalam setiap kali pilihan raya kerana ia adalah simpanan tetap BN.

"Sudah lama PAS menuntut undi pos dihapuskan kerana kita mempunyai bukti daripada bekas anggota tentera yang bertugas selama ini tidak tahu siapa yang undi kertas mereka," kata Idris (kiri).

Kelmarin, RELA Selangor dilaporkan mensasarkan peningkatan sekali ganda keahliannya untuk mencapai 300,000 orang menjelang akhir tahun ini berbanding 153,000 orang pada masa ini.

Pengarah RELA negeri Khairi Mohd Alwee dilaporkan berkata, pelbagai usaha telah dilakukan termasuk menggerakkan Briged Muda RELA di kesemua sembilan daerah di negeri itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Idris memberikan teguran keras kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya "telus dan jangan menjadi tali barut BN" ketika mengendalikan urusan pilihan raya.

Katanya, sebelum ini, mengejutkan apabila 18,493 pemilih, khususnya di negeri Pakatan Rakyat, 'hilang layak undi awam' dalam rang daftar pemilih suku ketiga 2010.

"PAS menganggap ini adalah tindakan untuk mengepung supaya tembok Umno-BN tidak runtuh dan diserbu oleh Pakatan Rakyat di negara ini," katanya.

Sehubungan itu, Idris mengingatkan jentera pilihan raya PAS dan Pakatan di Selangor pada semua peringkat sentiasa mengambil berat berkaitan isu daftar pemilih serta memerhatikan senario pertambahan anggota RELA itu.

"Modus operandi untuk (BN) tawan Terengganu 2004 dahulu dengan menambah pengundi sedang berjalan di Selangor.

"BN terlalu mengidam Selangor, berbanding negeri-negeri lain, kerana Selangor lubuk emas dan balang oksigen Umno," kata Idris lagi.

- Malaysiakini Read more...

Tuesday, November 9, 2010

Umno anjur karaoke di penempatan Orang Asal

KOTA BHARU, 8 Nov: Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan hari ini diberitahu Umno didakwa menganjur program tidak sihat di penempatan Orang Asal semasa kempen pilihan raya kecil Dun Galas baru-baru ini.

Wakil kerajaan negeri mendedahkan program terbabit iaitu disko dan karaoke yang diadakan di penempatan terbabit.

Sedangkan kata anggota Exco, Abdul Fattah Mahmood kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam cuba mendekatkan penduduk di penempatan terbabit dengan kefahaman agama.

Malah satu sumber lain pula memberitahu ada pihak dipercayai didalangi Umno membawa minuman arak dan disaji kepada penduduk Orang Asal.

“Kita membawa ustaz untuk mengajar mengenai agama kepada Orang Asal di penempatan mereka. Namun dalam masa yang sama Umno menganjurkan karaoke dan disko.

”Ini menggambarkan di satu ketika kerajaan bimbang gejala sosial begitu parah sekarang, dan dalam masa yang sama menganjur pula program menjurus kepada keruntuhan akhlak,” katanya menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman (PAS-Kemuning).

Sepanjang kempen pilihan raya kecil Galas, enam daerah mengundi membabitkan penduduk Orang Asal iaitu Lojing, Sungai Ber, Belatim, Balar, Bihai dan Hau dikawal ketat agensi kerajaan pusat diketuai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli.

Jabatan itu difahamkan turut dibantu pasukan tentera dan Rela serta beberapa agensi lain milik kerajaan pusat.
Ketika menjawab soalan asal Abdul Halim Abdul Rahman (PAS-Chetok) Abdul Fattah berkata, kerajaan negeri telah menggubal beberapa enakmen bagi mengekang masalah sosial di negeri ini.

Katanya, enakmen tersebut memberi kuasa bagi mencegah kegiatan maksiat berlaku di negeri ini.

”Ketika kerajaan negeri berusaha keras bagi menangani gejala maksiat, sebaliknya perdana menteri pula mencetus idea mewujudkan hub hiburan malam.

”Biar pun program itu dicadangkan dalam bajet yang dibentangkan perdana menteri bagi merangsang pertumbuhan ekonomi, namun kesan kepada keruntuhan gejala sosial akan menjadi lebih parah.

”Apa yang dcadangkan itu secara tidak langsung akan menghancurkan masa depan generasi muda yang bakal menjadi pemimpin pelapis pada masa depan,” katanya.

Abdul Fattah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ihsan, Belia, Sukan dan NGO berharap Datuk Seri Najib Razak mengkaji balik cadangan tersebut kerana impak negatif lebih besar.

Malah katanya, ramai pelajar Malaysia yang berada di luar negara menyatakan bantahan terhadap cadangan perdana menteri mewujudkan hub hiburan malam. 

- Harakah daily
Read more...

Tuesday, November 2, 2010

Ucapan Racist Pemimpin UMNO - "Kita tidak perlu undi Cina & India"




Kesimpulan ucapan Dato' Johari Abdul Ghani, Ketua Bahagian UMNO Titiwangsa

70% Of 32,000 = 22,400 (Melayu undi BN)
30% of 32,000 = 9,600 (Melayu tidak undi BN)
11,500 orang cina (tidak undi BN - as said is TIDAK PERLU), 5,500 orang india (tidak undi BN)
Total tak undi BN = 9,600 + 11,500 + 5,500= 26,600 > 22,400
Salah perkiraan la dato'. Perkiraan Matematik fail ni... Math SPM dpt gred brape? Lain kali jgn angkuh & sombong sangat. Canang 1 Malaysia ke sana ke mari, last2 cakap tidak perlu undi cina dan india. 1 Malaysia ape ni??? Kawan2 dr kaum cina & India, ape lagi, mari kita ajar puak-puak yang tak reti nak jaga hati kaum lain dalam PRU 13 nanti... Ingat bumi Malaysia yang Allah jadikan ni untuk Melayu je ke??? Sempit betul fikiran Dato' ni....
Read more...

Sunday, October 31, 2010

PRK GALAS : Lagi fitnah UMNO kepada PAS. UMNO juara FITNAH


UMNO kini semakin terdesak, sehinggakan sanggup buat fitnah terhadap PAS oleh kerana mereka terjumpa 2 kotak arak di tapat pembuangan sampah yang kononnya dikatakan berdekatan dengan tempat PAS berprogram. Kecoh di kalangan blogger UMNO untuk menjadikan bahan berkempen mereka, tp tidak pula dinyatakan dengan jelas tempatnya di mana. Hanya sebut di Galas... Gambar yang dipamerkan pun hanyalah longgokan kotak dan dalam lonnggokan itu, terdapat 2 kotak arak. Tak de plak mereka tunjukkan khemah2 atau apa-apa bukti yang menunjukkan PAS ada program di situ @ yang berdekatan. Ni lah, yang dikatakan dengan tindakan terdesak UMNO untuk mengekang kemenangan PAS di Galas. Mereka sanggup menghalalkan cara dengan memfitnah, dan sekaligus mengekalkan gelaran UMNO JUARA FITNAH.


Jika ditanya, budak-budak yg belum akil baligh pun, PASti mereka akan ketawa tergolek-golek dengan fitnah terbaru UMNO ni... ambil gambar kotak arak kat tempat buang sampah. Pastu kata PAS jamu arak. Adusss!!! mentalitili tahap keberapa la puak2 UMNO ni, Kalau camtu, pasti mereka akan kata AJK MASJID@SURAU menghidang arak kepada jemaah masjid jika terdapat botol-botol arak bersepah di luar masjid. Buktinya senang, kerana terdapat banyak botol2 arak di luar masjid.

Jika dibaca artikel mereka ni, banyak andaian bleh dibuat. Bagi saya senang, ia merupakan sabotaj dr puak UMNO yang meletak kotak arak kat situ, pastu ambil gambar, kata PAS hidang arak dalam misi nak meraih undi dan untuk memperbodohkan rakyat. Kalau betul, kenapa hanya tunjukkan gambar ditempat buang sampah sahaja? tunjukkan la sekali khemah tempat PAS berprogram? ataupun sekurang2nya, banyak bendera PR disitu yang menunjukkan tempat PAS berprogram. Aduh... apela nak jadi dgn UMNO ni.... & korang nilailah sendiri...


"UMNO JUARA FITNAH" 


GEMPAR! PAS MENJAMU ARAK KEPADA PENGUNDI CINA DI GALAS!

Pas berada dalam keadaan yang terdesak di Galas sekarang.


Mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk mencapai kemenangan 
kerana mereka tahu peluang untuk menang agak sukar sekarang.



Majoriti pengundi melayu telah menolak Pas habis-habisan. Yang 
mereka boleh harapkan sekarang hanyalah kepada pengundi-
pengundi cina yang akan menjadi kuasa penentu kepada kemenangan 
mereka.



Kerana itulah Pas bersungguh-sungguhan dan bermati-matian 
menjaga pengundi cina sekarang agar undi tidak lari. Mereka 
sanggup buat apa sahaja demi undi.



Gambar diatas membuktikan segalanya, kotak-kotak arak 
diatas dirakam di tempat Pas telah mengadakan satu 
majlis makan malam bersama pengundi cina di Bandar Baru 
Gua Musang dua malam lepas.



Arak pun araklah, asal boleh dapat undi. Pas sanggup buat 
apa sahaja demi undi. Negara pun boleh dijual kelak jika 
mereka memerintah kerana nak dapat undi.



Itulah Pas, dulu kini dan selamanya sentiasa berbohong. 
Perjuangan mereka bukan demi Islam, tetapi demi mendapatkan 
undi.


Sumber: Selangor Daily 

Read more...

Saturday, October 30, 2010

PRK P185-BATU SAPI : Ansari jatuh laut lagi

Selepas menjadi mangsa jeti runtuh Rabu lalu, calon PKR bagi pilihan raya kecil parlimem Batu Sapi, Ansari Abdullah jatuh lagi ke laut hari ini selepas pelantar yang disambung ke laluan di situ pula runtuh.

Insiden itu berlaku ketika Ansari melawat Kampung Gas, Sandakan tengahari tadi. Ia merupakan perkampungan nelayan yang dibina di atas tiang di laut.




NONEAnsari berada di belakang Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menuju ke sebuah rumah apabila pelantar yang menyambung ke titi itu runtuh

Menurut pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, selain Ansari, tiga orang lagi turut terjatuh ke laut apabila pelantar itu runtuh.

Khalid juga, katanya, hampur terjatuh. Bagaimanapun beliau sempat memegang tiang sebuah rumah sebelum pelantar itu runtuh.

Mereka yang jatuh itu mengalami cedera ringan. Ansari cedera di lutut dan dada.


- Malaysiakini Read more...