Alhamdulillah, pada 11 April 2010, satu mesyuarat gerak kerja UPU telah berjaya diadakan pada jam 9.30 malam di PUTEH. Mesyuarat yang membincangkan gerak kerja yang dijalankan dan bakal dilaksanakan untuk 3 unit peti undi yang berada di Taman Ehsan. Tiga (3) UPU iaitu Taman Ehsan E3, E4 dan E5 telah diberi perhatian dan tiga kumpulan kecil telah dibentuk untuk melancarkan gerak kerja setiap unit UPU. Ketiga-tiga UPU ini akan bergerak mengikut kumpulan masing-masing untuk memberi penerangan dan kesedaran kepada pemilih-pemilih lama dan baru bagi Dun Paya Jaras. Kumpulan-kumpulan ini juga akan bertindak menarik lebih ramai pengundi baru dan seterusnya menyokong perjuangan gerak kerja Pakatan Rakyat (PR) dan mengekalkan pemerintahan PR di negeri Selangor. Mesyuarat UPU malam itu juga mencatat satu sejarah apabila kehadiran seramai 6 orang mewakili Dewan Kelab Penyokong PAS yang diketuai oleh Ms. Jit Lee dan Mr. Chan yang turut membentuk kumpulan bagi UPU Taman Ehsan E4. Semoga gerak kerja kita dirahmati Allah. Sekian
Read more...
Tuesday, April 13, 2010
Mesyuarat UPU PAS Cawangan Taman Ehsan
Tuesday, April 6, 2010
Israel di Bukit Aman
Anwar curiga 2 agen perisikan Israel di Bukit Aman
Dzulfikar Mashoor |
Harakahdaily: Kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipertikai apabila Asiasoft (M) Sdn Bhd dilantik sebagai sub-kontraktor bagi pembangunan Sistem Laporan Polis (RPS) Fasa ketiga, dari sistem analog kepada sistem digital.
Menurutnya, perlantikan firma komunikasi strategik tersebut mencurigakan kerana turut membabitkan dua programmer dari Agensi Perisikan Israel (ISA), iaitu Izhak David Naskar dan Ido Sccheschter. Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh mendedahkan, Izhak merupakan pakar sistem komputer yang pernah memenangi anugerah dari Kementerian Pertahanan Israel. Izhak kemudiannya, menurut Anwar, bertanggungjawab membangunkan sistem perisikan berteknologi tinggi negara haram Israel beberapa dekad lalu. Manakala, Ido pula, menurut Anwar dipercayai masih berkhidmat sebagai tentera kor risik Israel. Kedua-dua peribadi misteri tersebut, menurut dakwaan Anwar, sedang melakukan tugas masing-masing di tingkat dua dan tiga, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Tidak cukup dengan itu, menurut Anwar, keterlibatan perisik Zionis-Israel dalam PDRM dan sistem keselamatan dalam negeri turut disahkan sendiri oleh (Unit Polis) Cawangan Khas dan Jabatan Logistik Polis Bukit Aman. Pun begitu, menurut Anwar, pegawai tertinggi dalam Polis dan KDN sendiri seolah-olah merestui keterlibatan dua perisik Israel dalam sistem keselamatan negara. Dari segi yang lain, Anwar berkata, walaupun AsiaSoft tersebut didaftarkan di Malaysia, namun syarikat itu dimiliki secara penuh oleh Asiasoft Pte. Ltd yang berpangkalan di Singapura. Bercakap pada sidang media yang sama, Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS merayu kepada Majlis Raja-Raja Melayu supaya campur tangan dalam isu terbaru tersebut. Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, Majlis Raja-Raja Melayu wajar berbuat demikian memandangkan PDRM di bawah legasi mereka. Antara yang menyertai Anwar dan Mahfuz adalah Tian Chua (Ahli Parlimen Batu), Mohd Nasir Zakaria (Ahli Parlimen Padang Terap), Yusmadi Yusof (Ahli Parlimen Balik Pulau). Sebelum pada itu, Anwar ketika membahaskan bajet tambahan KDN di Dewan Rakyat, mendedahkan beberapa surat rasmi PDRM berhubung pembabitan dua perisik Israel dalam PDRM. Selain itu, beliau turut meminta KDN menjelaskan tentang projek APCO425 (kemudiannya dikenali sebagai RMT Net) di Taman Teknologi Sungkai yang bernilai antara RM900 juta hingga RM999 juta |
Wednesday, March 31, 2010
Pameran 'seni' yg berlangsung di sepanyol,Apa Pendapat anda?

Salam, sekadar nak berkongsi gambar yang ana copy paste dari DPPNS Yahoo Groups. Alangkah biadap dan kurang ajarnya puak2 Yahudi dan Kristian. Jika dilihat dan diteliti, senario masa sekarang memang benarlah gambar tu, Islam dipijak oleh Kristian, Kristian pula dipijak Yahudi. Amerika ikut telunjuk Yahudi dan pemimpin Islam yg sekular pula tunduk dan patuh dengan Amerika. Contoh yg terdekat, pemimpin negara kita laaa.... X de langsung ada usaha nak martabatkan Islam... Lihat gambar ni, teringat pulak tentang isu karikatur hina Nabi oleh salah satu akhbar Sweden baru-baru ni. Jumaat lepas 26hb Mac, ana sempat ikut serta demonstrasi dan perarakan ke Kedutaan Sweeden dari Tabung Haji ke Kedutaan Sweeden untuk menghantar memorandum bantahan ke atas kebiadaban salah satu akhbar Sweden yang menghina nabi anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat. Ana tunggu jugak kot2 ada Pemuda umNO nak buat demonstrasi atau bantahan, tapi sampai sekarang tak de langsung, senyap je.... tapi, tang Kalimah Allah, macam singa!!! opps mcm singa SARKAS. Tapi, mungkin diorg x de budget kot... Ni la, salah satu contoh org Islam (ye ke?) yang dimaksudkan dlm gambar di atas, berjuang Islam bila ada kepentingan.... harap2 kita tidak tergolong dalam gambar di atas. Pikirlah sendiri...
Monday, March 8, 2010
Syarahan Perdana Sempena Ulang Tahun Ke 2 Kemenangan Pakatan Rakyat Negeri Selangor
8 Mac 2010 (Isnin)
8.00 – 12.00 Malam
Stadium Malawati, Syah Alam, Selangor
Syarahan Oleh:
1) YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2) YAB Tan Sri Khalid Ibrahim
3) YB Dato Dr Hassan Ali
4) YB Teresa Kok Suh Shim
5) YB Mohamad Azmin Mohamad Ali
Saturday, March 6, 2010
PAS nekad bantah GST, pengurangan cukai pendapatan hanya untungkan orang kaya

Anwar, ini bukan teguran saya, ini teguran Tuhan
Apa yang saya hujahkan lewat warkah saya buat saudara tempohari menjadi semakin benar bila ia siap ditulis dan disiarkan oleh Harakahdaily. Zahrain Hashim bukan penamat cerita, seorang demi seorang “orang pilihan” saudara angkat punggung dan meninggalkan PKR. Salehuddin Hashim, kononnya sahabat saudara yang berjaya dalam perniagaan dibawa masuk ke dalam PKR untuk membantu pentadbiran parti. Ketika dia masuk dengan jawatan Setiausaha Pengelola PKR, saya masih di dalam parti, dan kalau tidak salah ingatan, kami dimaklumkan dia cuma dibayar “token” RM1 sebulan. Pada masa itu tentulah saya terkasima dengannya, betapa tidak, seorang Datuk bergelar, berstatus usahawan berjaya, “rugged” dengan rambut berekor, sanggup membantu perjuangan seorang sahabat dengan hanya “token” RM1 sebulan… sungguh mulia hatinya!
Hari ini lain pula pendedahannya, Salehuddin Hashim menerima gaji RM9,000 sebulan! Saya rasa pendedahan ini bakal menggamit rasa marah dari ramai kalangan aktivis PKR. Lebih malang dari itu bila dia mengatakan jumlah tersebut sedikit berbanding dengan kerja dan tarafnya sebagai ahli korporat yang punya pendapatan melampau tinggi. Saudaraku Anwar, inilah “orang pilihan” saudara, “sahabat” puluhan tahun saudara yang saudara angkat untuk membarisi saf kepimpinan sebuah wadah perjuangan bernama PKR, lagak orang perjuangankah ini? Mana ada orang perjuangan mengungkit soal taraf dan kelas? Mana ada orang perjuangan mengungkit soal upah dan timbal-balas?
Ini baru kisah Salehuddin Hashim, belum lagi kisah Mohsin Fadzli Samsuri, Ahli Parlimen Bagan Serai, yang dalam kenyataan keluar dari PKRnya juga mengaku “sahabat” saudara selama 20 tahun. Belum juga kisah Zulkifli Noordin yang secara teknikalnya sahaja masih ahli PKR, mana mungkin seorang ahli parti, bukan sahaja menolak, bahkan tidak mengiktiraf keputusan Majlis Pimpinan Partinya sendiri?
Sesungguhnya benarlah teguran Tuhan itu…
Mengikuti kisah Salehuddin Hashim ini membuatkan saya terkenang kepada seorang aktivis PKR yang sekarang ini tidak lagi aktif, namanya Kamal Mohd Taib, semasa menyertai parti, dia adalah seorang perunding IT yang punya firma sendiri, tidaklah besar tetapi cukuplah untuk menampung hidup, yang saya pasti dia bukanlah “sahabat” atau “orang pilihan” saudara. Dia kemudiannya menjadi Setiausaha Perhubungan Keadilan Negeri Pahang, sekali lagi saya pasti dia tidak dibayar RM9,000, mahupun RM1,000 sebulan kerana tugasnya itu. Dari Kuala Lumpur, ke Mentakab kampung halamannya, kini dia di Kuantan. Kali terakhir saya jumpa dia berniaga kecil-kecilan di pasar tani, masih ramah dan mesra. Saya juga pernah melihat dia solat di masjid, wajahnya jernih, saya kira solatnya khusyuk. Dari keramahan dan wajah jernihnya, saya kuat merasa dia redha dengan apa yang telah dia lalui kerana sebuah perjuangan. Saya membayangkan, jika dia dibayar RM9,000, tidak perlu RM9,000lah, separuhpun memadai, hidupnya tidak akan perlu berkelana sebegitu rupa. Tetapi yalah, dia bukan Salehuddin Hashim yang pandai meminta, dia bukan “sahabat” saudara, dia ikhlas menyerahkan jiwa-raga demi sebuah perjuangan yang diseru oleh saudara.
Salehuddin Hashim dan Kamal Mohd Taib ini adalah dua contoh kontra, seorang dari kelompok elit, Datuk bergelar, sementara seorang lagi rakyat biasa yang datang entah dari mana. Senario inilah yang membawa saya kepada kesimpulan bahawa ini adalah teguran dari Tuhan.
Untuk mengungkap sebuah sirah Nabawi, tentulah saudara sebagai bekas pemimpin gerakan Islam lebih arif, tetapi saya titipkan juga di sini sebagai ingatan buat semua, betapa Allah sudah mengingatkan yang golongan elit ini sentiasa merasa mereka ada semua, apakah mereka sanggup kehilangan atau kekurangannya? Apakah tujuan mereka dekat dengan perjuangan? Adakah untuk turut sama berkorban demi perjuangan, atau mengintai peluang menambah laba keuntungan dari keberhasilan perjuangan tersebut?
Allah berfirman dalam Surah ‘Abasa atau orang kampung lebih ingatnya sebagai Surah ‘Abasa watawalla, ayat 1-11, mafhumNya…
[1] Ia memasamkan muka dan berpaling
[2] Kerana ia didatangi orang buta
[3] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad)? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran ugama yang didapatinya daripadamu)!
[4] Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya
[5] Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Quran)
[6] Maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya
[7] Padahal engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya)
[8] Adapun orang yang segera datang kepadamu
[9] Dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah)
[10] Maka engkau berlengah-lengah melayaninya
[11] Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi)
Inilah kisah Ummu Maktum, si buta yang setia dengan perjuangan Islam pimpinan Nabi s.a.w. Menurut riwayatnya, Ummu Maktum ini, sudahlah orang biasa, buta pula tu, sering bertemu Nabi s.a.w untuk bertanya tentang petunjuk baru, wahyu baru yang diturunkan Allah s.w.t. Pada satu hari ketika Ummu Maktum datang berjumpa Nabi s.a.w, Nabi s.a.w sedang menerima kunjungan tetamu, seorang pemuka, elit politik Quraish. Kerana kepentingan kedudukan elit Quraish ini (yang difikir boleh memberi kelebihan kepada perjuangan Islam kalau dia menyertainya), Nabi s.a.w lantas merasa terganggu dengan kehadiran Ummu Maktum yang buta ini lalu berpaling dan memasamkan muka. Kerana kesilapan Nabi s.a.w ini, maka Allah s.w.t segera berfirman menegur baginda melalui ayat di atas.
Dalam konteks senario yang berlaku hari ini, Ummu Maktum mewakili kelompok rakyat biasa, sementara elit Quraish itu samalah dengan Zahrain Hashim, Nallakarupan, mahupun Salehuddin Hashim, semuanya Datuk bergelar, elit dalam masyarakat.
Perhatikan ayat kelima di atas, orang-orang elit yang merasa keadaannya telah cukup tidak berhajat lagi dengan perjuangan. Kalau mereka dekat dengan perjuangan, kononnya atas alasan “kawan” Anwar, berhati-hatilah!
Sedangkan ribuan rakyat biasa, ada yang hina-dina, bangkit datang kepada saudara bila saudara dianiaya hanyalah kerana ayat lapan dan sembilan di atas, mereka takut, mereka takut turut menjadi zalim di sisi Tuhan kerana tidak membela saudara yang dizalimi. Ummu Maktum, kerana jasanya menjadi orang yang menyebabkan Nabi ditegur oleh Allah s.w.t, akhirnya diangkat oleh Nabi s.a.w menjadi Gabenor Madinah sebanyak dua kali. Orang ramai, orang biasa yang menyokong saudara selama ini tidaklah mengharap sampai ke tahap itu, tetapi mereka juga tidak mahu lagi orang-orang seangkatan dengan Zahrain Hashim, Nallakarupan, Salehuddin Hashim, mahupun Zulkifli Noordin, diberi layanan dan kedudukan istimewa, lebih banyak curiga dari percaya.
Mengambil pengajaran dan iktibar dari Surah ‘Abasa di atas, saya kira saudara juga sedang berada dalam tempoh keteguran, bukan keteguran hantu-jembalang, tetapi keteguran oleh Tuhan seperti yang difirmankanNya dari ayat lima hingga ayat kesebelas. Saudara keteguran kerana tersilap tidak memandang dan melayani wajah-wajah muda, wajah orang biasa yang mungkin tidak kaya harta-benda ini tetapi dari dahulu kekal setia dengan perjuangan yang dipimpin saudara.
Sepatah firman Allah dalam ayat kesebelas di atas, “Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu!” Semoga kita sentiasa di dalam petunjuk dan rahmatNya.
- Zukri Aksah Read more...
Thursday, March 4, 2010
Ceramah Perdana Pakatan Rakyat , Kepong, 6 Mac
Program Jamuan Makan Malam dan Ceramah Perdana 'Selamatkan Malaysia' di Kepong
Anjuran DAP Kepong
6 Mac 2010 (Sabtu)
Lokasi:Jalan Metro Perdana Timur 5, (Belakang Carrefour Kepong)
Taman Usahawan Kepong,
Kepong, Kuala Lumpur
Penceramah:
1) YAB Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
2) YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
3) YB Lim Kit Siang