Wednesday, June 22, 2011

Program Usrah Pemuda di Kondo: Iman, Islam, Ehsan

Selasa, 21 Jun 2011- Pemuda melakukan Usrah di Kondominium, Bukit Idaman membincangkan tentang Iman, Islam dan Ehsan. Jika kita tidak faham tentang konsep ini, maka hilanglah punca kehidupan kita. Hari ini, ucapan Syahadah menjadi sekadar mainan mulut masyarakat Islam tanpa rasa tenggungjawab terhadap kalimah tersebut. Mengucap, tapi masih lagi melakukan poerbuatan jahiliyyah seperti berjudi, minum arak, menolak hukum Allah, menyokong pemimpin zalim dan sebagainya.

Menurut satu hadis, ketika Nabi dan para sahabat sedang melakukan usrah, hadir seorang lelaki yang tidak dikenali mengadap Baginda S.A.W. dengan duduk lutut berlaga dengan Nabi S.A.W.. Lelaki yang tidak dikenali tersebut berpakaian putih bersih tanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda seorang musafir dan rambutnya hitam bersih. Lelaki itupun bertanya kpd Nabi," Ya Muhammad, apakah yang dikatakan dengan Islam?". Nabi memberikan 5 rukun Islam. Lelaki itu bertanya lagi,"Apakah yg dikatakan dengan Iman?". Nabi memberikan 6 rukun Iman. Lelaki itu membenarkan lagi apa yang diperkatan oleh Nabi. Sahabat bertambah hairan. Lelaki itu bertanya lagi," Apakah yang dikatakan dengan Ehsan?". Nabi menjawab," Ehsan ialah apabila kamu beribadah seolah-olah kamu melihat Allah. Jika kamu tidak melihat Allah, percayalah, Allah sedang melihat kamu." Seperti biasa, lelaki tersebut membenarkan apa yg dikatakan oleh Nabi. Berkata ia lagi," Khabarkan kepadaku tentang hari kiamat." Jawab Nabi,"Tidaklah yang yang ditanya itu lebih tau dari yang bertanya.". Lelaki itupun berlalu pergi. "Umar, kamu tahu tak siapa tadi?". Umar menjawab,"Allah dan kamu lebih tahu.". Nabi menjawab, "Itulah Jibril datang kepada kamu." Read more...

Thursday, June 9, 2011

Program Usrah Pemuda sambil Jogging di Tmn Tasik Titiwangsa


Rabu, 08/06/2011- Pemuda Taman Ehsan telah membuat satu program Usrah sambil berjoging di Taman Tasik Titiwangsa sambil membuat program pengisian ilmu. Selesai sahaja Berjoging, program dirancakkan lagi dengan majlis makan malam di Restoran Arab dengan hidangan Pizza dan minuman Yogurt. Read more...