Friday, August 28, 2009

Isu Kartika: Lebih Irish Dari Irish
oleh: Ust. Hasrizal - www.saifulislam.com

“Hello!!!” jeritan kedengaran dari luar rumah.

Terkejut saya dibuatnya. Disebabkan oleh suhu bilik saya di loteng agak sejuk, malam itu saya tidur di ruang tamu di tingkat bawah.

Siapa pula yang mengetuk pintu malam-malam buta begini.

Jam menunjukkan pukul 2:30 pagi.

Sorry mate, I’m your neighbour next door. Ashley didn’t answer me. The key is with her!” kata lelaki Irish tersebut di muka pintu.

Saya mengangguk-angguk faham.

I need to go upstairs and knock the wall. Ashley’s room is on the third floor!” sambung lelaki tersebut.

Beliau terus meluru masuk menaiki tangga.

“Hey!” saya tidak sempat menahan beliau. Kasut harus dibuka terlebih dahulu, mate!

Saya menutup pintu dan terus mengikut lelaki tersebut naik ke tingkat atas rumah kami di Donnybrook Street.

Ashley! Ashley! It’s me, Jim. Wake up, you #$%@…!” lelaki tersebut mengetuk dinding di bilik Jasrul. Mulutnya mencarut-carut bagai menyimbah minyak ke api Neraka.

“Apa halnya tu, ustaz?” Ijat pun terbangun sambil menggosok mata.

“Entahlah mamat ni. Dia kata dia jiran kita. Kawan dia si Ashley tak bangun-bangun” saya pun masih ‘mamai’. Antara tidur dan jaga.

“Jiran kita? Tak pernah tengok pun muka dia ni. Ustaz… mamat ni mabuk laaaa!” Ijat menolak bahu saya.

“Hah.. mabuk. Agak dah!” saya mula panik.

Mate, mate… your Ashley is not there. You’re drunk!”, Jas cuba menyedarkan budak Irish tersebut.

Beliau pun nampaknya kebingungan. Puas saya, Jasrul dan Ijat menghalakan beliau ke bawah untuk keluar. Bau mulut dan pakaiannya sungguh memualkan.

Okay, go home mate. Wherever!” saya menutup pintu rumah.

Lelaki Irish tersebut terus berjalan. Beliau tidak pun ke pintu rumah sebelah, sebaliknya terus melangkah menyeberangi Lisburn Road ke arah Wellington Avenue. Kami hanya menggelengkan kepala. Mengurut dada, menarik nafas lega.

“Ustaz… macam mana ustaz boleh buka pintu bagi mamat mabuk tu masuk?” Ijat bertanya sambil tersenyum.

“Ishh, entahlah. Ana pun antara hidup dan mati. Selamba sahaja buka pintu. Tak fikir pun apa-apa” saya mengeluh.

Menyesal.

Mujur tak jadi apa-apa.

FRIDAY NITE

ireland-5367

Meninjau ‘manusia hilang akal’ di Irish Friday Nite – Donegal

Itulah Belfast pada setiap Jumaat malam Sabtu. Friday Nite, kata orang Irish. Jumaat malam Sabtu adalah malam semua orang lupa diri.

Saya masih ingat, semenjak tinggal di London lagi, Jumaat malam Sabtu memang menakutkan. Di kawasan seelit High Street Kensington pun, boleh ada wanita profesional bertelanjang di lampu isyarat kerana mabuk. Memalukan! Balik kerja dengan menaiki Underground, orang mabuk bergelimpangan, muntah di sana sini. Sungguh memualkan.

Keadaannya lebih buruk lagi di Ireland. Bak kata seorang American di dalam filem Angela’s Ashes, “lipas pun kaki mabuk, kalau bangsanya Irish!”

Jika ada orang masih mempertikaikan mengapa agama mengharamkan arak, saya dapat menyaksikan betapa besarnya hikmah akal manusia ini dipelihara. Apabila fungsinya dihilangkan dengan mabuk, manusia berubah menjadi haiwan. Tiada maruah dan harga diri.

Sering sahaja di subuh Sabtu, apabila saya menuju ke Masjid, saya akan dapat melihat ada Irish yang tidur di perhentian bas, berbaring di depan pintu, malah ada yang lelap di dalam longkang dan macam-macam lagi permandangan yang menjelekkan. Lelaki atau perempuan… sama sahaja.

Irish dan mabuk… adalah dua subjek yang beriringan. Bagaikan aur dengan tebing.

800px-stjamesgate.jpg

Malah tarikan utama pelancong asing ke Ireland, sama ada Utara mahu pun Republic, adalah Irish Pub. Jika ke Dublin, nostalgianya ialah pada melawat tempat lahirnya Guinness Stout di St. James’s Gate Brewery yang gergasi.

Kadang-kadang mahu membeli cenderamata Irish pun susah sebab semuanya ada lambang Guinness.

KESAN ARAK DAN IRELAND

Kuatnya pengaruh beer seperti ini kepada Irish, mencatatkan beberapa perkara penting dalam hidup saya.

Semasa bertugas di Belfast Islamic Center, saya sering dikunjungi oleh seorang lelaki Irish yang sangat berminat dengan Islam, tetapi menghadapi masalah dengan arak.

“Saya tidak mahu menjadi muslim yang berdosa kerana meminum arak. Tetapi dari segi jiwa, saya anggap diri saya adalah seorang Muslim” kata lelaki tersebut. Michael namanya, kalau tidak silap saya.

Memang jiwanya sudah Islam. Beliau mempunyai kefahaman yang jelas untuk menghuraikan di manakah Islamnya diri beliau. Kepercayaannya kepada keesaan Allah, kerasulan Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan ketulenan al-Quran sebagai kalam Tuhan, semuanya diyakini dengan sepenuh hati. Cumanya, beliau takut untuk melafazkan Syahadah kerana tidak mampu membayangkan kehidupan tanpa arak. Juga takut menjadi Muslim yang berdosa.

“Menjadi Muslim yang berusaha memperbaiki kelemahannya minum arak, lebih baik daripada kamu kekal begini” saya melayan persoalan beliau ketika berbual di pejabat masjid.

“Apabila kamu menjadi Muslim, yakinlah bahawa dengan sendirinya kekuatan itu akan datang. Take it easy, one by one!” saya dan Jamal, Presiden masjid, tidak jemu-jemu memujuk beliau. Sudah setahun lebih beliau dilema sebegitu.

Saya akui, memang sukar untuk orang seperti Michael berpisah dengan arak. Dalam suasana seperti inilah, penting untuk kita menentukan prioriti di dalam dakwah.

FITNAH DUDUK DI IRELAND

Selepas pulang ke Malaysia pada tahun 2004, saya selalui melihat orang minum arak di kaki lima Bukit Bintang. Pemandangan biasa.

Tetapi perasaan saya tersentak pada suatu hari…

“Astaghfirullah. Macam mana boleh tak rasa apa. Ni yang minum ni, bangsa Melayu, orang Islam. Bukan Irish!” saya tergamam dan berhenti seketika di depan Lot 10.

Saya beristighfar dan mengurut dada. Dek kerana terlalu biasa melihat orang minum arak, sensitiviti saya terhadapnya terhakis. Hingga apabila saya melihat bangsa seagama sendiri minum arak, hati saya tidak tergerak untuk mencelanya. Tak perasan!

Inilah fitnah hidup di luar negara. Apatah lagi di negara seperti Ireland.

Hal inilah yang saya pesankan kepada pelajar yang mengikuti kursus pre departure sebelum berangkat ke luar negara. Saya mahu mereka serius dalam melakukan muhasabah diri dari semasa ke semasa ketika berada di perantauan, kerana tercalarnya iman… berlaku tanpa disedari. Alangkan imam masjid pun boleh tanpa sedar hilang sensitiviti dek kebiasaan dan persekitaran. Apatah lagi jika kalian menjauhi masjid dan suasana iman!

irishpub

Kesedihan di hati saya bertambah-tambah lagi apabila melihat Irish Pub tumbuh satu demi satu di negara sejauh Malaysia. Segala yang ada di tempat orang, semuanya mahu dibawa ke sini. Fitnah hidup di luar negara, tiada bezanya lagi dengan hidup di negara sendiri.

Mahu terpengaruh dengan budaya clubbing, tidak perlu ke London, Dublin atau Sydney.

Di Bukit-bukit sekitar Lembah Kelang, segalanya sudah sebati dalam budaya.

KES KARTIKA SARI DEWI SHUKARNO

kartika

Kita boleh berbincang tentang persoalan teknikaliti kepada perlaksanaan hukuman rotan ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno yang diputuskan oleh Mahkamah Syariah Pahang atas kesalahan meminum arak secara terbuka di sebuah pusat peranginan di negeri tersebut.

Menghormati Ramadhan.

Tiada tukang sebat yang mahir.

Malah memang ada keperluan dalam menentukan sama ada perlaksanaan hukuman ini ke atas Kartika menggunakan peruntukan hukum HUDUD atau pun TA’ZIR kerana memang wujud khilaf yang nyata dalam hal ini. Ia penting untuk menjustifikasikan 6 sebatan tersebut. Jika Hudud, ada kadarnya yang tetap. Jika Ta’zir maka denda dan jumlah sebatan terserah kepada budi bicara Hakim.

Sama ada ia hukum Hudud atau Ta’zir, ia sama sekali tidak memberikan kesan kepada persepsi kita terhadap kesalahan meminum arak. Ia tetap suatu kesalahan, dan kesalahannya bukan soal hak peribadi semata, kerana mudaratnya melata.

Tetapi tindakan menteri-menteri, NGO seperti Sisters in Islam mempersoalkan kewajaran dan nilai keadilan hukuman yang telah diputuskan oleh Mahkamah Syariah Pahang itu, adalah suatu sikap yang bukan sahaja membelakangkan hukum agama, malah boleh dikategorikan sebagai Contempt of Court (mempertikaikan keputusan Mahkamah).

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengenengahkan pelbagai spekulasi yang hanya bersifat andaian dengan mengutarakan kebarangkalian Kartika dihukum sedemikian rupa oleh Hakim kerana beliau seorang perempuan. Beliau juga mengandaikan bahawa Kartika menolak untuk mengemukakan rayuan kerana mungkin trauma dengan kejadian tersebut. Demikian juga persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh Tun Mahathir di blog beliau yang bernada meremehkan keseriusan tindakan menyekat jenayah minum arak ini.

MAHU TAHU SOAL ADIL

Apakah adil pesalah laku minum arak seperti Kartika dikenakan hukuman keras?

Tanyalah kepada keluarga mangsa-mangsa yang mati akibat dilanggar pemandu yang mabuk.

Tanyalah kepada wanita-wanita yang didera oleh suami yang kaki arak, apatah lagi jika anda seorang feminis!

Tanyalah kepada Pak Haji berketayap yang menanggung malu apabila terpaksa disoal oleh doktor tentang dosa silamnya tatkala datang ke hospital dengan penyakit hati yang pasti bersangkutan dengan arak.

Tanyalah kepada pihak hospital, khususnya Jabatan Kemalangan dan Kecemasan, berapa peratuskah kes kemalangan dan sakit yang dirujuk ke hospital adalah bersangkutan dengan arak?

Oh ya, bentangkanlah laporan perbelanjaan Kementerian Kesihatan dan Kerajaan Pusat dalam mengendalikan segala rawatan, kerosakan awam, kerosakan peribadi yang dicetuskan oleh arak.

KEGENTARAN IRELAND TERHADAP KESAN ARAK

Di suatu peringkat, Republic of Ireland sangat keras dalam implimentasi peraturan menyekat rokok.

“Selamat datang ke Dublin. Ingin kami ingatkan, Republic of Ireland mengimplimentasikan larangan merokok di tempat terbuka. Anda dinasihatkan agar hanya merokok di kawasan yang disediakan!” itu taklimat seragam yang diumumkan oleh pramugari setiap kali pesawat anda mendarat di bumi Irish.

Republic of Ireland berjaya melaksanakannya.

Tetapi bagaimana soal arak?

Negara yang industri arak menjadi nadi pentingnya itu, akhirnya terpaksa akur dengan segala kemudaratan yang dicetuskan oleh kegilaan manusia kepadanya.

Memetik laporan yang dikemukakan oleh Alcohol Action Ireland:

How much do we drink?

  • The average amount of alcohol consumed by every person in the country aged 15+ was 12.4 litres of pure alcohol in 2008. This amounts to 490 pints or 129 bottles of wine or 46 bottles of vodka per adult
  • When we consider the above statistics alongside the fact that one in five adults in Ireland don’t drink alcohol, it means that those who do drink are consuming much more than consumption statistics show
  • Alcohol consumption in Ireland increased by 46% between 1987 (9.8 litres) and 2001 (14.3 litres) when our consumption reached a record high
  • Consumption has been falling since this peak in 2001, to 12.4 litres in 2008
  • Even at current levels we are still drinking 20% above the levels we drank at in 1986/1987
  • Ireland continues to rank among the highest consumers of alcohol in the 26 countries in the enlarged EU. We drink about 20% more than the average European

How much do children and young people drink?

  • In the most recent survey of drinking among European 15 and 16?year?olds more Irish girls (44%) than boys (42%) reported binge-drinking in the last month (2007 ESPAD survey)
  • Over half reported being drunk at least once by the age of 16
  • The survey identified “a major issue around drunkeness”
  • A recent report by the Office of Tobacco Control (2006) revealed that our 16 to 17?year?olds spend an average of €20·09+ per week on alcohol. This amounts to an illegal alcohol market of €145m in this country

Alcohol and Driving

  • In the period from 2003 to 2005, approximately 120 people were killed each year in alcohol-related crashes
  • In the same period, almost one third (31%) of crash deaths were alcohol-related
  • Where Blood Alcohol Concentration (BAC) levels were available for drivers killed, almost six out of ten had alcohol in their blood
  • One in every six drivers with alcohol in their blood, who were responsible for fatal crashes in 2003, were not above the legal limit

Alcohol and Families

  • Between 61,000 and 104,000 children aged under 15 in Ireland are estimated to be living with parents who misuse alcohol
  • A study of women who attended the Coombe Women’s Hospital found that almost two?thirds (63%) of the 43,318 women surveyed said they drank alcohol during their pregnancy. Alcohol consumption, particularly in the first three months of pregnancy, can lead to disorders in how the brain develops in the womb

Alcohol, Mental Health and Suicide

  • Alcohol?related disorders were the third most common reason for admission to Irish psychiatric hospitals between 1996 and 2005
  • Alcohol use is often a factor in suicidal behaviour. In 2006/2007 alcohol was a factor in 41% of all cases of deliberate self-harm
  • One Irish study of people from three counties who died as a result of suicide, found that more than half had alcohol in their blood

Alcohol and Crime

  • Almost half of the perpetrators of homicide were intoxicated when the crime was committed
  • Alcohol was found to be a factor in almost half of all cases of sexual assaults on adults according to a major survey of sexual assault and violence in Ireland. In such cases, where only one party had been drinking, the perpetrator of the sexual assault was the one drinking in the majority of cases (84% of female and 70% of male sexual assault cases)

Alcohol and Injuries

  • More than one in four of those attending accident and emergency departments have alcohol?related injuries, almost half of which occurred to people aged under 30 years
  • Alcohol is a factor in one in four traumatic brain injuries

Alcohol and Health

  • Hospital discharges for alcohol-related liver disease increased by 147% between 1995 and 2004
  • Alcohol-related deaths also increased during the same period, from 3.8 deaths per 100,000 to 7.1 deaths per 100,000
  • Many cancers, including cancer of the mouth, larynx, oesophagus, liver, colorectum and female breast, are causally related to alcohol consumption
  • Cancer of the liver has had the highest rate of increase of all cancer types between 1994 and 2003, increasing by 10.7% for females and 7.4% for males, compared to an increase for all cancers of 1.1% for females and 1.1% for males
  • There is a risk relationship between the amount a woman drinks, and the likelihood of her developing the most common type of breast cancer. Drinking one standard alcoholic drink a day is associated with a 9% increase in the risk of developing breast cancer, while drinking 3?6 standard drinks a day increases the risk by 41%
  • High levels of alcohol use and heavy drinking among young women are reflected in the fact that one in four women discharged from hospital for alcohol?related conditions were aged under 30, compared to 17% of men under 30 discharged
  • Between 1995 and 2004, there was an increase of 29% in the proportion of teenage girls aged under 18 discharged from hospital for alcohol?related conditions compared to an increase of 9% for males under 18

Jika sebuah negara seperti Republic of Ireland pun sudah gementar dengan ancaman arak kepada seluruh struktur kehidupan rakyatnya, mengapakah di Malaysia ini kita masih banyak berhelah dalam mempersoalkan kewajaran hukuman keras ke atas peminum arak, baik Muslim mahu pun yang non-Muslim?

Apakah kita mahu lebih Irish dari Irish?

Saya yakin, bukan sahaja peminum arak yang patut dihukum, malah pengeluar lesen kilang arak dan lesen penjualan arak itulah yang terlebih utama untuk dikenakan tindakan dan hukuman, itulah kemuncak ADIL.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Read more...

Pandangan Dr Asri terhadap isu Kartika

Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Saya hanya sempat mengikut dari jauh isu dan secebis 'hukuman sebat ke atas peminum arak' di Pahang.

Banyak juga email mengenainya meminta saya mengulas isu tersebut, termasuk email seorang tokoh politik dan ahli Parlimen ternama.

Banyaknya urusan menjadikan saya 'ketinggalan bas' kebelakangan ini. Rasanya, sikap rela model berkenaan patut dipuji.

Ya, arak itu haram di sisi Islam, tiada siapa pun yang beriman berbeza pendapat mengenainya. Namun apabila hukuman ke atas pesalah itu dilaksanakan, ia membabitkan dua aspek utama; pertama, hukuman yang dikenakan, kedua, individu yang dihukum.

Para sarjana hukum, walaupun ramai yang berpendapat kesalahan minum arak di bawah hudud, mereka berbeza pendapat pula tentang jumlah sebatan. Ini kerana al-Quran tidak menyebut hukumannya, cuma hadis ada menunjukkan dipukul empat puluh kali.

Namun pada zaman Khalifah Umar al-Khattab r.a. beliau berbincang kadar hukuman tersebut, lalu beliau menerima pandangan Abd Rahman bin al-'Auf untuk melaksanakannya sebanyak lapan puluh kali (lihat: Riwayat Muslim).

Tindakan Khalifah Umar ini menyebabkan sarjana berbincang apakah hukuman untuk peminum arak ini hudud atau takzir (discretionary punishment)? Ini kerana jika ia hudud, sepatutnya, tidak ditambah. Apatahlagi, Nabi s.a.w semasa melaksanakan hukuman ini tidak pula menjelaskan apakah ia hukuman yang ditetapkan oleh Allah (hudud) atau ia hanya ketetapan pemerintahan berdasarkan kepada keperluan (takzir).

ImageLebih daripada itu, dalam hadis menunjukkan pesalah minum arak ada yang dipukul dengan tangan, kain, dan selipar sahaja. Tiada ketegasan yang jelas dalam kaedah pukulan. Pun memang hukuman sebat dalam Islam bukan seperti sebat yang ngeri di penjara sivil yang biasa kita dengar dan lihat. Sebatan Islam sama sekali bukan untuk mencederakan, sekadar mengingat dan mengajar.

Lebih daripada itu, Islam tidak benarkan kita mengutuk pesalah yang dihukum. Dalam riwayat al-Imam al-Bukhari daripada Abu Hurairah, beliau berkata: "Dibawa kepada Nabi s.a.w seorang yang mabuk (minum arak), maka baginda memerintahkan agar dipukul, maka dalam kalangan kami ada yang memukulnya dengan tangan, ada yang memukul dengan selipar dan ada pula yang memukulnya dengan kainnya. Apabila selesai, seseorang berkata: "Allah telah menghinanya". Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: "Jangan kamu menjadi pembantu syaitan (merosakkan) saudara kamu". Maksudnya, mencercanya menyebabkan syaitan mudah untuk merosakkannya lagi.

Dalam hadis ini menunjukkan hukuman itu berjalan hanya sekadar dengan kain atau tangan atau selipar, tujuannya bukan untuk menyeksa, tapi mengingatkan. Janganlah pula berlebihan, hukumannya hanya pukulan tersebut maka tidak perlu diikuti dengan cercaan. Maka sesiapa yang merasakan dirinya pejuang Islam, janganlah menokok tambah dengan makian kerana itu tidak serasi dengan tabiat perlaksanaan yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w.

Hudud

Ramai yang bercakap tentang hudud. Namun ramai juga, sama ada yang bersetuju atau membantah tidak mempunyai pengetahuan yang jelas dalam banyak perkara mengenainya. Ramai yang blind imitation dalam memperkatakan hukuman jenayah dalam Islam ini. Sama ada hanya terikut-ikut dengan media, atau terikut-ikut teks kitab-kitab lama.

Ramai yang tidak menyemak tentang maksud, kaedah, keadaan, suasana dan keluasannya. Seseorang muslim yang faham tidak mungkin menentang hudud, tetapi mungkin bertanya adakah suasana yang menyebabkan perlaksanaan hudud yang adil dan berkesan wujud pada sesuatu tempat dan masa untuk menjadikan ia mencapai tujuannya?

Apabila syarat dan suasana itu wujud, maka hudud dilaksanakan. Ketika itu akan dapat dilihat keadilan, keindahan dan kesan hukuman tersebut yang bertujuan untuk kebaikan manusia. Untuk melihat hudud secara lebih luas dan tidak fanatik mazhab atau pandangan tertentu, karya Mohamed S. El-Awa, Punishment In Islamic Law antara yang baik untuk dibaca di zaman kini.

Dalam hadis sahih, Nabi s.a.w bersabda:

"Jangan dipotong tangan (pencuri) ketika dalam peperangan" (Riwayat al-Tirmizi dan al-Darimi).

Al-Imam Tirmizi (297H) ketika meriwayat hadis ini menyebut:

"Sebahagian ilmuwan berpegang dengan nas ini, antara mereka al-Auza'i, mereka berpendapat tidak dilaksanakan hudud ketika peperangan, berhadapan dengan musuh kerana dibimbangi individu yang dihukum itu akan pergi menyertai musuh".

Saya melihat, jika kebimbangan musuh mengambil kesempatan atau orang Islam meninggalkan Islam itu adalah sebab yang dilihat oleh sebahagian sarjana mengapa Nabi s.a.w melarang hukuman tersebut dilaksanakan, maka pada zaman yang fitnah terhadap Islam di pelbagai penjuru dan kerapohan iman umat Islam begitu nyata, penelitian tentang perlaksanaan hudud itu mestilah lebih berhati-hati.

Perlaksanaan hudud mestilah membawa natijah yang positif, bukan negatif kepada Islam. Maka perjuangan mengujudkan suasana yang conducive itu mendahului usaha perlaksanaan hudud. Setelah wujudnya masyarakat adil; pemerintah dan rakyat, suasana iman dan Islam, kehidupan yang aman dan bahagia, tiba-tiba ada yang mencetuskan jenayah yang mencemarkan itu semua, ketika itu apabila dilaksanakan hudud tertonjollah kesan dan keindahannya.

Suasana

Ada beberapa email yang menarik perhatian saya mengenai hukuman arak di Pahang itu. Ada yang menyatakan kepada saya, mengapakah peminum arak sahaja dihukum, sedangkan taukeh-taukeh arak yang beragama Islam dibiarkan? Sedangkan mereka ini ada memakai gelaran yang hebat-hebat dan 'disembah hormat' oleh rakyat.

Ada pula berkata: 'Mengapa kes model itu begitu cepat diproses, sedangkan saya yang menderita kes rumah tangga saya sudah bertahun lamanya, mahkamah syariah belum putus apa-apa?'. Berbagai lagi sungutan yang lain.

Memang itu semua bukan justifikasi untuk peminum arak dibiarkan, tetapi hukuman apabila tidak kelihatan adil atau seragam, manusia akan membuat berbagai alasan dan akhirnya tujuan dan keindahan hukum itu hilang. Para ulama dan pejuang Islam mempunyai tugasan yang berat untuk memboleh Islam dalam bentuk dakwah dan pendidikan itu menjelma dalam bentuk hukuman dan perlaksanaan yang adil dan saksama.

Maka tidak munasabah dipotong tangan pencuri dalam masyarakat yang lapar dan terdesak. Tidak munasabah dihukum hudud orang berzina dalam masyarakat yang unsur zina bertebaran, perkahwinan disusah-susahkan, kes perceraian ditangguh-tangguhkan dan berbagai keadaan yang mendorong kepada zina.

Munasabahkah dilaksanakan hukuman murtad dalam dunia yang penuh keliru dan kegagalan golongan agama dan pemerintah merongkaikan kekeliruan secara berkesan. Apatahlagi hukuman murtad itu sendiri mempunyai berbagai penafsiran.

Perjuangan penting para pendakwah Islam masakini adalah memberikan pendidikan dan kefahaman yang jitu mengenai Islam. Generasi kini terdedah kepada berbagai perkara. Sudah banyak email saya terima daripada anak-anak muda melayu yang bukan sahaja tidak percayakan Islam, bahkan meragui kewujudan Tuhan.

Inilah epidemic yang sedang meningkat dalam dunia ini iaitu atheism yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan, atau seperti pelakon Brad Pitt yang tidak dapat membuat keputusan Tuhan wujud atau tidak yang disebut sebagai agnosticism. Mereka ini sedang memenuhi Dunia Barat hari ini dengan peningkatan yang menakjubkan.

Laman-laman web mereka mengganggu minda sebahagian orang Islam yang tidak terdedah kepada Islam yang berteraskan hujah dan fakta. Hanya sekadar pernah mendengar ceramah kartun dan lawak oleh sesetengah penceramah. Ceramah atau pengajaran agama yang tidak memenuhi piawaian cabaran zaman kini akan gagal menyelamatkan generasi kita.

Ya, kita mahu Islam, kita mahu suasana Islam dan kita mahu hukum berteraskan Islam. Namun itu semua tidak boleh dicapai dengan mudah, memerlukan pengembelingan tenaga yang serasi dengan suasana kita.

Pemerintah dan rakyat hendaklah ada kesungguhan. Islam yang hendak ditonjolkan hendaklah membawa kepada sangkaan baik manusia terhadap Allah dan RasulNya, bukan mengelirukan mereka. Bak kata Nabi s.a.w: "Jangan bantu syaitan rosakkan saudaramu".

Read more...

Kemenangan di Permatang Pasir petanda positif buat Islam
Oleh: Roslan SMS

Tahniah sekali lagi kepada YB Ustaz Mohd Salleh Man, ADUN Permatang Pasir yang semalam diumumkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, bahawa namanya akan diangkat oleh kerajaan negeri sebagai calon Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang menggantikan ADUN Umno dari Permatang Berangan yang akan tamat tempohnya Disember ini.

Semoga banyak perancangan dan kerja-kerja memartabatkan Islam dapat dilaksanakan oleh Ustaz dan rakan-rakan dari PAS Pulau Pinang nanti insyallah.

Saya tertarik dengan laporan akhbar The Star hari ini berhubung pengumuman Lim Guan Eng itu yang turut memaklumkan bahawa kejayaan Ustaz Salleh dalam PRK itu turut datang dari dua kawasan majoriti Cina iaitu di Permatang Pauh dan Kampung Cross Street dimana dilaporkan yang undi calon PAS meningkat di kedua-dua tempat ini.

Bagi saya ini membuktikan yang masyarakat bukan Islam sudah mula menerima PAS dan segala propaganda bahawa PAS kononnya mahu memaksa cara hidup dan peraturan Islam ke atas kehidupan masyarakat bukan Islam adalah tidak berasas sama-sekali. Bagi kami di Selangor, ini suatu petanda yang melegakan bahawa usaha kami untuk membawa peraturan Islam ke atas masyarakat Islam di Selangor khasnya dalam kerja-kerja amar makruf nahi mungkar sudah difahami.

Semoga ini membuka jalan kepada PAS bagi bergerak ke arah melahirkan suatu jenerasi masyarakat Islam yang berkualiti menurut perhitungan al Quran dan Sunnah. Selain itu ia juga memberi peluang kepada PAS untuk membuktikan keadilan dan keindahan Islam kepada kawan-kawan kita masyarakat yang bukan Islam.


Read more...

Thursday, August 20, 2009

PAS FOR ALL


Read more...

Friday, August 14, 2009

BENARKAH UMNO JIJIK PADA ARAK ?

OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Hampir 200 ahli UMNO berhimpun di hadapan pejabat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi menyatakan sokongan terhadap tindakan pihak berkuasa tempatan itu merampas minuman keras di sebuah kedai serbaneka di Seksyen 8 di sini pada 29 Julai lalu.

Dalam perhimpunan yang bermula pukul 3 petang itu, kesemua mereka turut mengutuk tindakan Exco Selangor, Ronnie Liu yang mengarahkan MBSA memulangkan semula 70 tin dan botol minuman keras kepada kedai serbaneka terbabit serta membenarkan penjualan minuman tersebut kepada penduduk di situ yang majoritinya adalah penganut Islam.

Kesemua penyokong Umno tersebut turut membawa beberapa sepanduk yang antaranya tertulis 'Ajar Ronnie dengan ISA'; 'Pakatan Rakyat Halalkan Arak' dan 'Pas Dulu Takbir, Sekarang Take Beer (ambil arak)'.

"Kami mengutuk tindakan Ronnie menghalang dan memaksa MBSA memulangkan semula arak berkenaan selain mengatakan bir bukan minuman keras adalah satu kenyataan yang dangkal, bodoh serta tidak bertanggungjawab," kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Shah Alam, Azhari Shaari selepas menyerahkan memorandum sokongan kepada Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Md. Nor.

Tambah Azhari, kenyataan Ronnie itu juga satu bentuk penghinaan kepada umat Islam kerana arak tidak kira berapa kandungan alkoholnya adalah haram dan ia dinyatakan dengan jelas di dalam al-Quran serta difatwakan oleh Majlis Fatwa Selangor dan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Secara peribadi saya merasa simpati kepada saudara-saudara kita dalam Umno tersebut. Mengapa ? Saya yakin dan percaya mereka tidak tahu apa yang mereka buat . Mereka membantah hanya kerana ingin membantah dan kerana kepentingan politik yang sempit. Memandangkan isu ini melibatkan Pakatan Rakyat , Umno mengambil peluang menjaja isu ini tanpa memahami isu ini dengan betul. Inilah perangai Umno. Semasa isu babi dahulu mereka mainkan isu itu macam orang gila babi- berbuih -buih mulut mereka. Akhirnya dilaporkan ada pemimpin mereka yang terbabit dalam industri tersebut .

Jika ahli-ahli Umno tersebut membuka sedikit mata mereka nescaya mereka akan sedar sebenarnya Umnolah yang menjadi punca mengapa arak sehingga kini dibenarkan dijual di kedai-kedai serbaneka seperti 7 Eleven.

Untuk saudara-saudaraku dalam Umno perkara pertama yang kamu kena faham adalah penjualan arak atau minuman keras di kedai serbaneka adalah dibenarkan oleh Akta Eksais 1976 ( Akta 176 ). Penjualan itu juga dikawal oleh Peraturan-Peraturan Eksais ( Penjualan Liqour yang memabukkan ) 1976.Undang-undang tersebut digubal oleh Umno kerana ia terletak di bawah bidangkuasa Kerajaan Pusat yang dikuasai oleh Umno dan sekutu-sekutunya.

Ya , benar dari segi hukum Islam sesuatu mimuman adalah dikira haram meskipun kandungan alkoholnya adalah sedikit misalnya 1 peratus sahaja. Dalam keadaan hukum fiqah yang sudah terang dan jelas Umno masih boleh lagi menggubal undang-undang yang bercanggah dengan hukum fiqh yang jelas itu dengan menyatakan bahawa jika kandungan minuman yang dijual di kedai serbanika yang mengandungi kandungan kurang dari 8 peratus maka ianya “tidak haram” dan dibenarkan dijual di kedai serbanika tersebut.

Atas dasar itu Umno tidak sepatutnya menyalahkan Ronnie Liu kerana Ronnie hanya merujuk kepada undang-undang yang Umno gubal sendiri – undang-undaang yang membenarkan beer dijual di kedai-kedai serbanika. Mengapakah selama ini dan sehingga sekarang ini Umno tidak pernah membuat bantahan atau berdemonstrasi menentang undang-undang yang mereka gubal tersebut. Kalau betul Umno jijik dengan arak parti tersebut sepatutnya meminta Kerajaan Pusat yang dikuasai Umno meminda undang-undang yang saya nyatakan tersebut supaya penjualan beer di kedai-kedai serbanika dapat dihentikan.

Perkara kedua yang sepatutnya Umno perlu buat jika mereka benar-benar jijik pada arak adalah mereka juga sepatutnya terlebih dahulu membuat bantahan atau demonstrasi di negeri-negeri yang Umno kuasai . Sehingga kini di negeri-negeri yang Umno kuasai seperti Johor misalnya masih membenarkan minuman beralkohol seperti beer dijual dikedai-kedai serbanika seperti 7 Eleven. Mengapa kita tidak dengar bantahan oleh Umno sehingga kini. Adakah arak hanya haram di Selangor dan tidak di Johor dan negeri-negeri yang Umno perintah. Nampaknya ada “pengharaman terpilih” di sini.

Perkara ketiga jika Umno benar-benar jijik pada arak atau dalam Islam dipanggil “ummu al-khabaith ( ibu segala perkara buruk ) mengapakah Umno tidak pernah membantah tindakan Kemeneterian Dalam Negeri ( KDN ) yang membenarkan akhbar-akhbar bahasa Inggeris menyiarkan iklan-iklan arak di akhbar-akhbar tersebut.

Untuk makluman Umno , Pemuda PAS pernah menghantar memorandum bantahan kepada pihak KDN tentang hal tersebut . Semasa kami berjumpa dengan Setiausaha sulit Menteri yang bertanggungjawab beliau menyatakan kepada kami “ mengapa perlu risau iklan arak kalau kita kuat iman”. Saya menjawab kepada beliau tanda orang kuat iman adalah beliau mengharamkan apa yang Allah dan RasulNya haramkan.” Lihatlah mentaliti pemimpin Umno.

Perkara Keempat mengapa sehingga kini Umno tidak bersuara tentang hidangan arak dalam kapalterbang milik MAS. Jika Umno benar-benar peka kepada pekerja-pekerja Islam di 7 Eleven mengapa mereka tidak peka kepada nasib para pramugara dan pramugari Islam yang terpaksa menghidang arak kepada para penumpang MAS ? Dan adakah Umno sedar pembayaran Duti Eksais arak dikecualikan kepada Syarikat Air Asia X Sdn Bhd melalui Perintah Duti Eksais ( Pengecualian ) ( Pindaan ) No 2 ( 2008 ) yang diwartakan dan berkuatkuasa 1 hb Julai 2008.

Akhirnya jika Umno benar-benar jijik kepada perkara haram seperti arak dan judi mengapa sehingga kini Kerajaan Pusat melalui Kementerian Kewangan dan Perbendaharaan masih tidak segan silu “muntah kedarah” cukai hasil –hasil haram ini. Adakah Umno sedar di bawah Perbendaharaan sahaja ada lebih kurang 6 Akta yang berkaitan dengan perjudian iaitu Akta Pertaruhan 1953 ( Akta 495 ), Akta Betting & Sweepstake Duties Act 1948 ( Akta 201 ), Akta Rumah Judi Terbuka 1953 ( Akta 289 ), Akta Cukai Perjudian 1972 ( Akta 65 ), Akta Loteri 1952 ( Akta 288 ) dan Akta Pertaruhan Pool 1967 ( Akta 384 ). Read more...

Delegasi Mufti Perak bawa politik UMNO di Mesir

Oleh : Akmal Kamarudin
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Perak


Tarikh : 5 Ogos - 11 Ogos 2009
Destinasi : Mesir, Syria, Jordan





Cd krisis DUN Perak dan Buku Kemelut Politik Perak serta Cenderahati sebuah kotak pencil yang ada lambang umno pada kertas pembalut di edar ketika majlis bersama pelajar di Kaherah.

Kelihatan Ketua delegasi Dato’ Dr. Abdul Rahman bin Haji Hashim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Tan Sri Dato’ Seri Haji Harussani bin Haji Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak. Delegasi ini juga turut disertai oleh Y.B Kapt. (B) Mohd Osman bin Mohd Jailu, ADUN Changkat Jering, Y.B Jamaluddin bin Mohd Radzi ADUN Behrang.

Ketika majlis diadakan bersama pelajar di Kaherah, Tan Sri Dato’ Seri Haji Harussani mempertahankan akta ISA dan perlu dikekalkan.

Terdapat beberapa maklumat lain yang tak perlu dinyatakan disini.

Nota - Dewan Pemuda PAS Perak kesal dengan sikap delegasi yang mengheret pelajar ke kancah politik murahan UMNO dan BN yang kian pudar dalam politik tanah air. Diharapkan para penuntut tidak termakan dengan umpan yang lunak dari pihak delegasi.

Sikap Mufti Perak yang terus mempertahankan akta ISA amat dikesali kerana seperti yang sedia maklum, ISA telah menyeksa tahanan dengan siksaan yang kejam tanpa dibicarakan dan hanya mengikut budi bicara Menteri Dalam Negeri samaada dibebaskan atau terus ditahan. ISA juga menyebabkan ramai yang menanggung dosa kerana menyokong akta zalim ini.

Penderitaan keluarga tahanan terus menjadi bahan mainan kerajaan BN. Keluarga tahanan terus diabaikan tanpa pembelaan, malangnya penentang akta kejam ini dilayan dengan gas pemedih mata, gari, dipukul, dinafikan hak Allah untuk menunaikan Solat, dimaki hamun, dan barmacam-macam lagi bentuk hukuman yang dikenakan terhadap penentang akta ISA.

"Mampukah kau ketawa tika kau di mahligai indah sedangkan fuqara' menangis di lokap yang sempit"

Semoga para pelajar terus tabah dalam menghadapi ujian yang mendatang dalam perjuangan menimba ilmu Allah SWT di bumi Anbiya' .

Read more...

Adoiyai!!!!!...Pak Mufti.....

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengingatkan kumpulan ekstremis dan pelampau bahawa tanpa institusi raja yang menjaga golongan majoriti orang Melayu, negara ini tidak mungkin aman. Tegasnya, kerana institusi rajalah, negara ini yang suatu ketika dikenali Tanah Melayu kemudian Malaya seterusnya Malaysia terus kekal stabil dan makmur didiami pelbagai kaum.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan ekstremis yang cuba mewujudkan unsur perpecahan dalam negara. “Benda ini (menghormati institusi raja dan agama Islam) sudah ada dalam Perlembagaan Negara, kalau tidak suka, keluarlah dari negara ini.

“Selama 52 tahun negara kita aman makmur, tiba-tiba ada pihak cuba hancurkan semua ini, sengaja nak buat kacau. “Dulu mereka diberi kerakyatan setelah setuju mahu patuhi syarat-syarat yang diberi, kalau tak suka lagi, keluarkan mereka dan kalau ada orang Melayu sendiri tak suka, keluarkan juga mereka dengan melucutkan kerakyatannya,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

sumber TPU

Sya:

Emm nampaknya Pak Mufti dah mula keluarkan sesuatu kenyataan itu tanpa memikirkan akibatnya.Pak Mufti cakap "tanpa institusi raja yang menjaga golongan majoriti orang Melayu, negara ini tidak mungkin aman"......

Keras dakwaan tu sebabnya nampak gaya macam dah belakangkan AGAMA dah ni..ye lah semangat memuja manusia sehinggakan sanggup dia mengatakan bahawa kerana manusialah maka negara ni AMAN..??

So adakah ini penafian kepada Kuasa ALLAH..????

Bukankah ini boleh diketegorikan sebagai mensyirikan ALLAH SWT..???

Dia cakap juga kalau tak nak menghormati institusi itu maka keluarlah dari Negara ni...kalau tak hormat manusia hukumnya dilucutkan kewarganegaraan dan dihalau keluar..!!!!!

Ni lagi satu FATWA baru ke,sampai Pak Mufti pun nak jadi Tuhan jatuhkan HUKUMAN sampai macam tu...Allah SWT yang menjadikan manusia ni pun tak Keluarkan HUKUM macam tu tapi Manusia yang bernama Pak Mufti ni lagi Pandai nampak gaya nya...

Nak tanya pada Pak Mufti masa di ALAM ROH dulu bila Tuhan kata turunlah kamu kebumi untuk beribadat kepada AKU( ALLAH SWT ) dan kita terima syarat Allah SWT ,kiranya dalam situasi sekarang ni adakah Pak Mufti sendiri buat syarat-syarat Allah SWT yang ditetapkan pada kita masa di sana dulu???

Dan dalam banyak-banyak syarat dan HUKUM yang Pak Mufti langgar tu adakah Allah swt Halau Pak Mufti pi Planet lain????

Manusia diajar TAKUT pada HUKUM manusia dari HUKUM ALLAH SWT ...siapa ajar PAK MUFTI yang AJAR...!!! Read more...

Monday, August 3, 2009

Cam Mana tuuu........

sogo2

Pelancong Asing Juga Telah Diutamakan Dan Didahulukan Dengan Gas Pemedih Mata…

gambar ini aku sempat rakam semasa sedang berjalan terhuyun hayan kerana kepedihan mata yang teramat sangat… sampai berderai air mataku… kat belakangku ada beberapa orang lagi pelajar perempuan yang senasib denganku…. Apapun tahniah kepada 1 Malaysia kerana mendahulukan rakyat Malaysia dengan Cara begini…

sogo

Semua lari lintang pukang… selepas rakyat didahulukan dengan Gas Pemedih Mata sekitar jam 3:45PM

Gambar -Gambar Di Sini Menceritakan Segala-galanya..

Kalau nak tengok banyak lagi, lihat di pinkturtlephoto

Read more...

INI BUKAN DI GAZA....Tapi di..

A demonstrator tries to kick a tear gas canister back to riot police during a demonstration against the Internal Security Act (ISA) in downtown Kuala Lumpur August 1, 2009. Malaysian police fired tear gas and detained about 180 people on Saturday to break up an opposition-led rally of over 5,000 people protesting against ISA, a security law that allows detention without trial.

Malaysian riot police fire tear gas at protesters during a demonstration against the Internal Security Act (ISA) in downtown Kuala Lumpur August 1, 2009. Malaysian police fired tear gas and detained about 180 people on Saturday to break up an opposition-led rally of over 5,000 people protesting against ISA, a security law that allows detention without trial.

Demonstrators take cover from a water cannon fired by riot police during a protest against the Internal Security Act (ISA) in downtown Kuala Lumpur August 1, 2009. The ISA is a law that allows for detention without trial.

Demonstrators run away from tear gas during a protest against the Internal Security Act (ISA) in downtown Kuala Lumpur August 1, 2009. The ISA is a law that allows for detention without trial.

Satu Malaysia..Rakyat didahulukan dengan gas pemedih mata…

Demonstrators and journalists run away from tear gas during a protest against the Internal Security Act (ISA) in downtown Kuala Lumpur August 1, 2009. Malaysian police fired tear gas and detained about 180 people on Saturday to break up an opposition-led rally of over 5,000 people protesting against ISA, a security law that allows detention without trial.

Gambar – Gambar Terbaru Dari Semenanjung Gaza

Lihatlah keberanian anak- anak muda Palestin membaling balik Bom Asap ke arah tentera Y yang berbaju Hitam

Gambar-gambar ini aku copy dari Reuters… tapi yang paling menarik sekali gambar di bawah ini… Dah Surrenderpun asyik nak kena cota lagi kat tentera Y

A demonstrator pleads with riot police during a protest against the Internal Security Act (ISA) in downtown Kuala Lumpur August 1, 2009. Malaysian police fired tear gas and detained about 180 people on Saturday to break up an opposition-led rally of over 5,000 people protesting against ISA, a security law that allows detention without trial.

Dan yang akhir sekali gambar sadis kat bawah ini… dah la digari, cium jalanraya pula… Apapun kezaliman yang kita lakukan akan dibalas cash di atas muka bumi ini lagi oleh Allah SWT… kerana Allah SWT telah mengharamkan kezaliman itu dilakukan ke atas hamba-hambanya melalui hadis Qudsi yang kita semua sedia maklum… Dan ingatlah!!! sesungguhnya doa orang yang dizalimi ini tidak ada hijab di sisi Allah

A demonstrator is arrested during a protest against the Internal Security Act (ISA) in downtown Kuala Lumpur August 1, 2009. Malaysian police fired tear gas and detained about 180 people on Saturday to break up an opposition-led rally of over 5,000 people protesting against ISA, a security law that allows detention without trial.

Read more...

Sumbangan diperlukan untuk bantu Unit Amal yang cedera
Mohd Sabri Said

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Yusni Mat Piah merayu orang ramai yang bersimpati dengan dua orang anggota Unit Amal Negeri Pulau Pinang yang terlantar di Hospital Sungai Buloh akibat bas ekspres terbalik di Bukit Berutung ketika perjalanan menghadiri perarakan Mansuhkan Akta Keselamatan Dalan Negeri (ISA) pagi semalam menyumbangkan sedikit derma untuk pembedahan menghindarkan lumpuh separuh tubuh.

Kemalangan tersebut menyebabkan dua daripada dua puluh anggota Unit Amal yang menaiki bas ekspres Konsortium bertolak dari Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam jam 1,15 tengah malam terbabas dan seterusnya berbalik bila melanggar penghadang jalan.

"Dewan Pemuda PAS Negeri merayu orang ramai untuk membantu dua orang anggota Unit Amal yang parah sehingga menyebabkan kemungkinan lumpuh separuh badan. Kos rawatan mereka berdua ialah RM10 ribu," jelasnya.

Menurut Ustaz Yusni lagi, hari ini doktor terpaksa menjalani pembedahan tulang belakang Abdul Razak bagi mengantikan beberapa elemen saraf yang rosak.

Kepada sesiapa yang ingin memberikan sumbangan boleh terus kepada akaun Bank Islam Dewan Pemuda PAS Negeri 07016010059732 atau menghubunginya (Ustaz Yusni) untuk mendapatkan keterangan lanjut di talian 0194500660. - mns_

Read more...

13 VS 1.....HEBAT NKRA

(PIC COPY PINK TURTLE)
13 KEPALA SEMUT API VS 1 AKTIVIS DEMO
BERANI KE KORANG MENGHADAPI SAAT-SAAT GENTING MACAM NI...?
AP SALAH AGAKNYE MAMAT TU....
INILAH BALA TENTERA UMNO@BN.....HEBAT!!!!!

HENTAM SAJE LABU....BALUN IKUT SUKA
(INILAH NKRA)

TEMBAK YOP..JANGAN PEDULI SELAGI UMNO@BN ADA
(INILAH NKRA)
( PIC COPY PARLIMEN SHAH ALAM)

YB MOHAMAD NIZAR B JAMALUDDIN
MP BUKIT GANTANG / ADUN PASIR PANJANG Read more...

Himpunan Anti ISA: Pengalaman Pertama Bersama Rakyat - Zaid Ibrahim

Luahan Zaid Ibrahim

Hari ini (1 Ogos 2009) buat kali pertama dalam sejarah hidup saya, saya menjadi mangsa bom gas pemedih mata. Pedih sungguh mata dan hati saya! Inilah pengalaman saya berhimpun dan berarak bersama dengan berpuluh ribu rakyat Malaysia di Kuala Lumpur. Ia benar-benar membuka mata saya di samping memberi banyak pengajaran .



Saya amat terkejut kerana tidak menyangka betapa kejamnya polis bertindak terhadap rakyat yang hanya berhimpun dan berjalan secara aman. Rakyat hanya mahu meluahkan perasaan tentang buruknya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang perlu dimansuhkan secepat mungkin. Rakyat kita tidak membawa senjata, mereka hanya membawa anak-anak untuk menyedarkan warga kecil betapa kejamnya ISA.

Lelaki, perempuan, tua dan muda, pelbagai kaum, bermacam agama, semuanya berhimpun secara aman di ibu kota. Hak untuk berhimpun secara aman adalah hak asasi rakyat. Tapi nampaknya hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ini sudah tidak ada guna lagi. Hak kita sudah hancur kerana polis yang bersenjata, yang berkuasa penuh, yang sombong dan angkuh, kini telah menentukan hak kita.



Bila polis kata perhimpunanan itu haram, maka kita semua yang berhimpun atas dasar kebebasan dan hak yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, telah menjadi mangsa kekerasan polis. Ya, polis yang mengaku diri sahabat rakyat, kini menunjukkan belang sebenar mereka. Tak sangka, dengan sedikit kuasa itu, mereka sudah merasakan diri seperti Fira’un.

Saya sebagai warga Malaysia yang prihatin telah turut sama menyertai perhimpunan aman ini. Tapi saya bersama dua anak saya dan kawan-kawan lain tak tahu ke mana mahu dituju kerana polis telah tutup banyak jalan. Kami hanya mahu ke Istana Negara untuk menyaksikan penyerahan memorandum anti-ISA.



Kami telah tersepit di sebatang jalan dekat Masjid Negara. Ramai yang berarak menghala ke Jalan Kuching ke arah Selangor Club, kami pun ikut sama. Niat kami hanyalah untuk bersama-sama orang ramai menunjukkan sokongan. Tetapi bila sampai sahaja di belakang Selangor Club, polis dengan ganasnya telah menyembur gas pemedih mata dan menggunakan pncutan air tekanan tinggi. Lintang-pukang orang berlari. Saya pun tunggang-langgang lari.

Polis kemudian meminta orang ramai bersurai. Tetapi ke mana nak bersurai kerana semua jalan sudah ditutup. Tak ada cara lain kecuali patah balik ke arah Masjid Negara. Saya pun bersedia untuk bersurai. Tapi bila sampai dekat dengan Masjid Negara, ada pula sekatan jalan polis. Di situlah saya lihat orang ramai angkat tangan supaya polis membenarkan mereka bersurai ke arah bagunan Dayabumi.

Saya juga angkat tangan kerana kami memang nak bersurai. Ada dua orang wanita tua bersama saya yang merah serta berair mata mereka di samping terbatuk-batuk akibat bom gas pemedih mata. Seorang peserta lelaki yang cacat anggota dengan crutches nya tidak dapat lari. Saya tak tahu apa nasib manusia berani ini. Kasihan saya melihat mereka semua.

Rupa-rupanya polis sudah berniat jahat. Tanda angkat tangan tidak ada erti kepada mereka. Walau pun melihat ramai antara kami yang sudah mahu bersuara, polis terus melepaskan bom pemedih mata. Saya dapat lihat wajah-wajah polis berkenaan, kebanyakannya orang Melayu, yang penuh benci dan kesumat dendam.

Maka terpaksa lagi kami berlari elakan diri. Tapi nak ke mana lagi? Di Jalan Kuching dekat Selangor Club pun polis sudah melemparkan bom pemedih mata. Bom dari canisters yang tidak ada jenama kata kawan saya. Bererti bom jenis buatan haram. Dinegara kita apa pun boleh dilakukan Ramai orang termasuk saya terpaksa lari masuk ke dalam hutan kecil berhampiran Jalan Kuching dengan melompat pagar bangunan di situ.

Mujur juga ada pengawal keselamatan di situ yang baik hati yang telah melepaskan kami keluar dari perkarangan bangunan tersebut. Semoga Allah membalas budi baiknya. Di sana barulah kami dapat keluar untuk bersurai. Masa itu mata kami semua sudah merah, suara parau dan seluar koyak akibat terpaksa melompat pagar. Saya pun baru sedar bila sudah berumur begini lutut sudah tidak sekuat waktu muda dulu.

Memang jelas hak dan kebesan kita semakin terhakis. Apa yang polis lakukan dengan cara mengepung orang ramai yang hanya mahu berhimpun secara aman dan membelasah mereka dengan semburan air dan bom pemedih mata adalah untuk menunjukan kepada rakyat bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak peduli dengan kehendak dan keperluan rakyat.

Mereka mahu mengajar rakyat Malaysia bahawa era Pak Lah yang mahu mencuba membuka ruang kebebasan sudah tidak wujud lagi. Ini era Najib yang tak mahu dengar dan tak terima pandangan rakyat.

Bagi polis yang jelas bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional, mereka mahu rakyat takut kepada mereka. Mereka tidak mahu kita di Malaysia bebas seperti Indonesia dan Filipina yang memberi rakyat peluang bersuara dan berhimpun secara aman.

Mereka mahu semua rakyat sedar bahawa Malaysia adalah Negara Polis seperti Myanmar. Sesiapa yang berhimpun dianggap bersalah kecuali mereka yang berhimpun untuk menyokong Najib dan pemimpin UMNO yang lain. Inilah mesej 1Malaysia ciptaan Najib yang memberi amaran kepada rakyat bahawa kekerasan akan digunakan pada bila-bila masa sahaja demi mengekalkan kuasa.

Tapi rakyat Malaysia termasuk saya juga ingin menyampaikan berita kepada Najib. Kita akan berkorban apa saja untuk menentang kekejaman dan kezaliman. Kita yakin kita di pihak yang benar kerana kita menentang salaha guna kuasa, penyelewengan dan rasuah. Kuasa rakyat akan menang juga suatu hari nanti di negara Malaysia yang tercinta ini, InsyaAllah. Read more...