Sunday, June 2, 2013

Majlis makan malam BBQ sempena meraikan petugas Pilihanraya

01 Jun, 2013, Sabtu - Pemuda PAS Taman Ehsan telah menjalankan program BBQ sempena meraikan petugas-petugas Pemuda PAS Taman Ehsan, bersama dengan DHPP dan Pemuda PKR Desa Jaya. Majlis di hadiri oleh wakil dari wakil rakyat DUN Paya Jaras, En. Azlan, Ahli Majlis Matang Pagar, Eng Kok Chuan dan Ketua Cawangan Taman Ehsan, Hj Abdul Rahman Bin Hassan. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran para tetamu dari jentera pemuda, cawangan dan DHPP. Program pemanasan arang bermula selepas solat Asar dan diteruskan dengan memanggang ayam. Slepas Solat Isyak, majlis diteruskan dengan ucapan oleh Ketua Cawangan Taman Ehsan, Hj. Abdul Rahman Bin Hassan, Ketua Pemuda PAS Cawangan Taman Ehsan, En. Muhamad Nor Hisham Bin Sakarno, wakil YB Khairudin, En. Azlan, Ahli Majlis Matang Pagar, Eng Kok Chuan, dan wakil DHPP, Eric.











Read more...