Monday, December 3, 2012

Senarai Program Bulan Disember (Update)

Jambori Unit Amal Di Pantai Kelanang



30 November 2012, Jumaat - Pemuda PAS Taman Ehsan telah menyertai Konvoi dan Program Jambori Unit Amal yang diadakah di Pantai Kelanang, Pantai Morib, Banting, Selangor. Program yang berlangsung selama dua hari dua malam tersebut telah diadakan oleh Unit Amal Subang, dibawah pengelolaan Ketua Penyelaras Unit Amal Subang, En. Zulkifli dan Ustaz Hanafi Zulkapli. Program tersebut telahdirasmikan oleh Pengarah Jabatan Amal Selangor, Tuan Nazri. Program tersebut juga telah disertai oleh para remaja dan belia dari seluruh Subang, antaranya Taman Ehsan, Damansara Damai, Matang Jaya, Merbau Sempak, dan Kota Damansara. Program bermula malam, dimana Pemuda PAS Taman Ehsan berkumpul di PUTEH sebelum bergerak ke tapak konvoi. Konvoi bermula di Masjid Bandar Baru Sungai Buloh. Peserta Konvoi telah dinggah di sebuah Stesen Petronas.



Peserta Konvoi tiba di Pantai Kelanang pada tengah malam. Gambar di bawah menunjukkan khemah yang didirikan oleh peseta dari Taman Ehsan yang telah menarik perhatian banyak pihak, hingga menjadi tempat untuk para AJK beristri rehat.




Gambar di bawah diambil ketika para peserta sedang bebas santai, pada waktu pagi.







Pada keesokannya, peserta di sajikan dengan permainan bola sepak api antara kumpulan-kumpulan khemah.





Antara pengisian-pengisian lain yang disajikan ialah seperti Kuliyah Maghrib, kuliyah Subuh, kawad kaki, Jungle Tracking, Penerangan berkenaan Unit Amal dan sebagainya.










Taklimat Simulasi Pilihanraya bersama JPRD





05 Disember 2012, Rabu - Pemuda PAS Taman Ehsan telah bersama dengan JPRD menjayakan program taklimat pilihanraya yang disampaikan oleh En. Khairuddin Othman, Penyelaras DUN Paya Jaras. Taman Ehsan telah dijadikan tuan rumah bagi program tersebut.






Usrah Berkala Pemuda PAS Taman Ehsan

07 Disember 2012, Jumaat - Pemuda PAS Taman Ehsan telah membuat program Usrah berkala dengan membincangkan matlamat perjuangan Islam dan berkongsi pengalaman. Usrah telah dipengerusikan oleh En. Muhammad `Afif Bin Abd Majid dan bernakibkan Ustaz Fauzi.

Mesyuarat Unit IT UPU


09 Disember 2012, Ahad - Pemuda PAS Taman Ehsan mengadakan mesyuarat gerak kerja unit I.T. bagi UPU Taman Ehsan. Mesyuarat telah dihadiri oleh tiga orang wakil Pemuda Cawangan Taman Ehsan. Mesyuarat yang berlangsung selepas Zohor dan berakhir sebelum Asar.


Mesyuarat UPU

11 Disember 2012, Selasa - Pemuda PAS Taman Ehsan telah bersama dengan UPU Taman Ehsan dalam mesyuarat UPU bagi Cawangan Taman Ehsan bagi membincangkan pembahagian tugasan menjelang pilihanraya Umum yang akan datang. Mesyuarat dipengerusikan leh Haji Tamam Bin Patah Raji yang dihadiri oleh ahli-ahli PAS Cawangan Taman Ehsan.
Read more...