Sunday, November 4, 2012

Senarai Program Bulan November (Update)

Usrah Berkala Pemuda PAS Taman Ehsan


02 November 2012, Jumaat - Pemuda PAS Taman Ehsan telah membuat program Usrah berkala dengan membincangkan Tafsir Surah Al-Hujurat, tulisan Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Nakib Usrah ialah Ustaz Fauzi.

Konvoi Bermotor Program Forum 'Merempit Ke Syurga'


03 Nov 2012, Sabtu - Pemuda PAS Taman Ehsan telah menyertai Konvoi ARC Subng ke Program Forum 'Merempit ke Syurga' yang dianjurkan oleh NGO, Kumpulan Peransang. Antara barisan panel yang hadir ialah Ustaz Zaharuddin dan Ustaz Nazri. Moderator forum tersebut ialah Bob Lokman.

Pengedaran Risalah LPN bersama DHPP Subang


04 Nov 2012, Ahad - Pemuda PAS Taman Ehsan telah bersama menjayakan Program Pengedaran risalah PAS berbahasa Cina di Pasar Pagi Taman Ehsan, deretan kedai dan kawasan perumahan di E4, E3 dan E2.

Mesyuarat Jambori Amal Kawasan



04 Nov 2012, Ahad - Pemuda PAS Taman Ehsan telah menyertai mesyuarat Unit Amal Subang bagi menjayakan program Jambori Unit Amal Subang bersama Konvoi ARC Subang. Mesyuarat berlangsung di Surau Al-Falah, Bandar Baru Sungai Buloh yang diketuai oleh En. Zulkifli, Penyelaras Unit Amal Subang.

Usrah Berkala Pemuda PAS Taman Ehsan

23 Nov 2012, Jumaat - Pemuda PAS Cawangan Taman Ehsan telah mengadakan Usrah mingguan di Pusat Tarbiyah Ehsan(PUTEH). Usrah dihadiri oleh 5 orang pemuda, dan disertai bersama seorang ahli pemuda yang baru, En. Ali yang datang dari Subang Bestari U5. Usrah pada malam tersebut membincangkan tentang ciri-ciri jemaah Islam yang patut kita ikuti. Usrah diketuai oleh En. Khairulanuar Bin Abd Rahman. Terdapat juga hal-hal lain yang dibincangkan iaitu Program Jambori Unit Amal Subang bersama ARC Subang dan Program REHLAH Pemuda Cawangan ke Tanah Tinggi Cameron.

Mesyuarat Jambori Amal Kawasan


27 Nov 2012, Selasa - Pemuda PAS Taman Ehsan telah menyertai mesyuarat Unit Amal Subang bagi menjayakan program Jambori Unit Amal Subang bersama Konvoi ARC Subang. Mesyuarat berlangsung di Pejabat DPPK Subang, PASTI Kota Damansara, yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pemdua PAS Kawasan Subang, En. Hazwan.

Konvoi Kebajikan ARC Subang bersama Masjid Al-Muhtaddin, Damansara Damai


28 Nov 2012, Rabu - Pemuda PAS Taman Ehsan telah menyertai mesyuarat Konvoi ARC Subang bersama pihak Masjid Al-Muhtaddin, Damansara Damai, bagi menyerahkan sumbangan kepada senarai nama golongan miskin dan ibu tunggal di sekitar Damansara Damai. Gambar di atas menunjukkan pihak ARC dan pihak Masjid sedang membahagi-bahagikan sumbangan mengikut nama bagi setiap kumpulan penggerak. Gambar di bawah pula ialah sesi taklimat yang disampaikan oleh wakil pihak Masjid untuk menerangkan kaedah-kaedah penyampaian sumbangan.

Gambar seterusnya ialah antara penerima-penerima sumbangan yang menerima sumbangan dari pihak Kerajaan Negeri Selangor melalui MAIS.





Read more...